Uncategorized

2 tahun bercherai hidup jadi tak tentu arah.Tapi Alhamdulillah,Allah selamatkan aku.

Assalamualaikum, terima kasih admin sudi siarkan confession saya.

Saya rasa semua tahu solat dhuha tu apa dan macam mana nak buat. Tapi saya hanya buat solat Dhuha beberapa bulan selepas mengalami ‘major depression’ akibat bercerai dengan suami pertama 2 tahun lepas.

Masa tu saya tercari-cari arah tuju hidup ini. Rasa ‘lost’ sangat-sangat. Sampai kerja pun tak boleh nak focus, asyik meratap sedih je. Ye lah selama 9 tahun berumahtagga tiba-tiba suami tinggalkan saya gara-gara orang ke tiga.

Tapi pada satu hari, saya terbaca confession pasal kelebihan solat Dhuha di IIUM Confession. Saya tak ingat siapa penulisnya, tapi katanya solat Dhuha bagi impak yang besar dalam hidupnya especially soal jodoh. Saya sangat tertarik dengan apa yang dia tulis.

Mulai saat itu, saya cuba amalkan solat Dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat antara jam 8-11 pagi hampir setiap hari. Kemudian perlahan-lahan saya tambah dengan solat istikharah dan solat tahajud.

Hari-hari saya mintak doa pada Allah semoga saya diberi ketenangan hati dan boleh focus dengan kerja. Rasanya prestasi kerja saya merosot agak teruk selepas bercerai.

Alhamdulillah baru 2 minggu amalkan saya rasa perubahan besar dalam hidup saya. Saya rasa lebih tenang. Kemudian, perlahan-lahan rasa sakit pada bekas suami semakin pudar. Bukan setakat tu je, saya rasa saya dah boleh maafkan dia dengan hati yang terbuka. Walaupun kadang-kadang kenangan pahit tu datang dalam minda tapi saya masih boleh kawal tak sampai tahap depress. Ternyata solat Dhuha dah selamatkan saya dari terus depress.

Saya teruskan lagi dan lagi sehingga sampai satu tahap saya rasa hidup saya ni smooth je. Semua yang saya nak saya dapat. Semua kerja saya dapat diselesaikan dengan sempurna. Saya cepat naik pangkat, gaji pun naik on time. Setiap peperiksaan yang saya duduki saya lulus dengan cemerlang. Bukan tu je ramai orang-orang yang baik-baik datang dalam hidup saya.

Ada satu hari, saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja . Nasib tak baik hari tu sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan luka kecil pada dada. Tapi masa tu Alhamdulillah ada hamba Allah cepat datang membantu dan hantar saya ke hospital dan uruskan kereta saya. Barang-barang saya semua dia simpan dengan selamat. Saya terfikir, kenapa Allah permudahkan urusan saya ye? Baru teringat yang pagi sebelum saya gerak ke tempat kerja saya sempat buat solat Dhuha 2 rakaat. Allahu…Allah dah hantar bantuan melalui hamba Allah itu. Alhamdulillah tiada kecederaan serius saya alami dan saya dapat jalani kehidupan macam biasa.

Lepas setahun menyendiri rasa sunyi pulak. Rasa nak berteman. Yelah bila tengok orang lain bahagia dengan suami dan anak-anak terasa teringin jugak nak jadi macam tu. Dengan solat dhuha dan tahajudlah saya sungguh-sungguh mintak doa pada Allah semasa sujud terakhir supaya dipertemukan jodoh yang baik dan boleh bombing saya ke syurga.

Amazingly , lepas beberapa minggu, saya bertemu dengan seorang lelaki teruna yang cukup baik sifatnya dan sangat menjaga solat. Mula-mula ragu-ragu juga bila dia ajak kahwin walaupun baru beberapa bulan kenal tapi selepas berkali-kali buat solat istikharah, akhirnya Allah kuatkan hati saya untuk pilih dia. Tak sampai beberapa bulan kenal kami kahwin dengan majlis yang sederhana tapi meriah. Alhamdulillah kehidupan lepas kahwin sehingga kini sangat bahagia . Tapi solat Dhuha saya masih teruskan sehingga ke hari ini.

Yang paling menakjubkan bila jumpa bekas suami saya dah macam tak ada langsung perasaan benci atau sayang pada dia. Seolah-olah saya tak pernah hidup dengan dia padahal dulu memang frust menongeng saya dibuatnya bila dia tinggalkan saya. Saya siap boleh bersahabat dengan dia. Memang betul la solat Dhuha ni boleh membersihkan hati jugak. Suami sekarang pun boleh terima bila bekas suami selalu datang jenguk anak dan bagi nafkah.

Banyak lagi yang saya rasa rezeki yang tak disangka-sangka yang Allah bagi bila saya mengamalkan solat Dhuha ni. Dulu saya rasa rezeki selalu sempit dan susah nak dapat duit tapi sekarang ni walaupun gaji tak besar mana tapi cukup untuk saya menampung kehidupan saya, anak, mak ayah dan rumahtangga malah siap ada lebihan lagi. Syukur sangat-sangat.

Saya berkongsi pengalaman untuk mengajak sahabat-sahabat penbaca di sini cuba amalkan solat Dhuha
dan doalah seikhlas hati. Kalau ada kekuatan, tambah lagi dengan solat Tahajud atau Istikharah, in sha Allah kesannya sangat amazing. This is the power of Dhuha. Jangan percaya je tapi try buat dan lihat kesannya. Selamat beramal =)

– Cik Qaseh

Sumber: iiumc.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top