Berita

47 Tahun Derita Tumor Seberat 14.9kg.Pakar Bedah Ambil Masa 10 Jam Untuk Buang.

Sekumpulan pakar bedah di China mengambil masa hampir 10 jam untuk membuang tumor seberat 14.9 kilogram daripada leher seorang warga emas. Menurut Encik Zhao Xingfu, 64 tahun, tumor tersebut yang dikenali sebagai lipoma, mula tumbuh 47 tahun lalu dan pada awalnya ia hanya sebesar sebiji telur ayam.

Image: Asia Wire

Kesempitan hidup menghalang Encik Zhao daripada merawat ketumbuhan berkenaan dan ia dibiarkan terus membesar di bahagian belakang lehernya. Walaupun tidak mengalami kesakitan namun saiznya yang besar dan berat menyukarkan pergerakan Encik Zhao.

Set featured image

Image: Asia Wire

Berikutan hal tersebut, anak lelakinya Zhao Jianjiang meminta bantuan ahli keluarga dan membawa ayah beliau mendapatkan rawatan di Hospital Tumor Guizhou. Seminggu selepas pembedahan, keadaan Encik Zhou dilaporkan semakin baik dan beliau dijangka pulih sepenuhnya.

“Saya menjadi biasa dengannya.”

Encik Jianjiang tidak pernah melihat ayahnya tanpa pertumbuhan.
“Saya hanya mengenali ayah saya dengan tumor besar, jadi saya secara beransur-ansur menjadi biasa dengannya.”
 

Image: Asia Wire

Doktor Wong, antara doktor yang terlibat dalam proses pembuangan tumor itu turut berkata, “saya tak pernah tengok tumor sebesar itu sepanjang hidup saya.”

Siakapkeli.my
 
Sumber: Daily Mail

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top