Berita

‘Abang nak bunga ke? Mak dah tanya, tapi RM100, mak tak mampu bang…’

SETIAP ahli keluarga mempunyai peranan dalam mewujudkan rumah tangga aman dan bahagia. Ketua keluarga memainkan peranan utama memimpin isteri dan anak berakhlak mulia dan melaksana perintah disyariatkan. Institusi keluarga adalah ejen sosial terkecil dalam masyarakat, namun memainkan peranan besar melahirkan insan cemerlang.

 

Tatkala anak muda yang lain tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran, ibu bapa anak muda ini dengan yakin dan berani menghantar anak lelaki mereka ini menyambung pengajian di universiti swasta.

Biarpun si ibu terpaksa menebalkan muka untuk meminjam, semata-mata untuk anak lelakinya itu.

Enggan mengecewakan orang tuanya, si anak nekad belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah, seronok melihat anak muda ini berjaya dan juga tidak mensia-siakan pengorbanan ibu bapanya. Semoga menjadi inspirasi dan contoh kepada anak-anak muda yang lain.

Latar belakang keluarga saya bukanlah daripada golongan berharta dan berduit. Sejak saya kecil lagi, hidup hujung bulan beras habis ataupun kasut dan baju sekolah pakai sampai lusuh sebab tak mampu nak beli baru. Teringin nak jadi pengawas atau pustakawan, tetapi hasrat itu terpaksa diketepikan sebab tak cukup duit nak beli uniform baru.

Bila saya dapat tawaran sambung pengajian di UTP, saya fikir banyak kali sampai bergaduh dengan abah sebab last minute buat keputusan masuk UTP, berbanding IIUM. Malah ada yang bertanya pada mak, apakah keluarga kami mampu untuk membayar yuran pengajian saya di universiti swasta. Kadang-kadang mak sanggup tebalkan muka meminjam semata-mata untuk anak.

Masa masuk UTP dulu pun, waktu orientasi ada berborak dengan pelajar senior dan mereka juga terkejut macam mana seorang Pengawal Keselamatan boleh membuat keputusan untuk anak dia sambung pengajian di universiti swasta. Ada juga yang beritahu abah tentang hal ini, tetapi abah relaks saja.

“Selagi abah mampu, jangan fikir pasal duit,” kata abah.

Ahad lalu semasa konvokesyen, selepas saya menerima skroll, mak hantar mesej dan bertanya,
“Abang nak bunga ke? Mak dah tanya dah, tapi RM100. Mak tak mampu, bang.”

Sebak sungguh bila mak masih lagi fikir nak belikan bunga semasa konvokesyen saya. That moment when both of your abah and mak berjaya tanggung kau sampai ke Menara Gading.

To all students out there, either you’re rich or sebaliknya, make both of your parent proud of you. Don’t you even try to flip around during your student life, strive as you can. Tak semua mampu berada dengan apa yang kita ada sekarang. So be grateful and ingat abah dan mak.

So i dedicated this Degree to Mak and Abah

Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rumah tangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”

Lagi kisah sedih buat pengajaran

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”.

Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.

Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku bekerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung hari tu, tapi yang nie stok baru – harga sama je”, aku menyambut soalan nya.

Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je – karang rosak karang susah…” jawabnya dengan muka yang kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga kos dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar – yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah pikir sangat – warenti setahun.”.

Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.”Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula – dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira – wang aku masukkan dalam cash drawer, “Cukup duit tadi dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”.

Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya – penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin…

HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.

sumber : thereporter

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top