Akak gaji RM2500 kumpul 6 biji rumah. Nak percaya pun, jangan bulat-bulat

Gambar Hiasan

Korang jangan pandang yang indah saja tentang orang gaji RM2,500 kumpul 6 biji rumah. Nak percaya pun, jangan bulat bulat. Pengalaman saya sendiri, kumpul rumah, in fact terlibat dengan bina rumah dan jual, berjumpa orang macam-macam ragam.

Ada seorang tu, asyik kena kejar dengan bank setiap bulan. Kejar untukpayment. Susah nak tidur malam dan dia ada syarikat sendiri. Masalahnya, selalu bayar gaji pekerja dia lambat sebab mahu selesaikan bayaran rumah-rumah dia dulu. Memanglah rumah ada penyewa, tetapi, jangan anggap ada penyewa selama-lamanya. Bulan ni pindah, ingat bulan depan terus ada penyewa? Itu belum masuk kes penyewa sekejap bayar, sekejap bayar separuh dulu, sekejap bayar tertunggak, sekejap pura-pura lupa nak bayar.

Perlu ada duit tambahan, untukmaintanance. Baiki paip bocor, mahu cat baru, masalah wiring, dinding berlubang. Korang ingat deposit 2 bulan tu boleh tampung semuanya? Catundercoat untuk seluruh rumah bersaiz 20 x 70 pon main ribu. Tidak tahulah dia orang semua tu buat sendiri atau bawa kawan-kawan mereka gotong royong berjemaah.

Legal fee, korang pon kena standbyjuga. Korang kena tahu berapa kosnya. Jangan sebab mahu selesaikan itu dan ini, ada seorang ini, sanggup berlapar, makan bercatu, paling pantang kalau dapat macam free.

Ada satu kes, taksub jangan beli kereta. Dari bujang, kahwin hatta sampai sudah ada anak, masih pakai motor. Kalau cerita di Facebok, mesti dipuji. Hakikat, kasihan pada isteri yang terpaksa berhujan panas pergi balik kerja. Kasihan. Mahu kata tidak berharta, rumah sewa berderet.

Kes yang taksub catatan belanja keluar masuk pun ada jugak. Setiap masa, ada saja ledger debit kredit. Cukup berkira-kira. Masalahny kalau tidak menyusahkan orang tidak mengapa. Ini tidak, mahu pergi mana-mana, mesti mahu tumpang kawan-kawan. Puncanya mudah, takut terlebih bajet. Ini cerita orang kaya. Bukannya tiada duit. Hingga kawan-kawan semua sudah naik menyampah.

Kisah ini okay sikit, tidak menyusahkan orang. Tetapi bila kawan-kawan tengok pun terus jadi kasihan. Masa mahu pergi kerja, balik kerja,  sanggup berpeluh-peluh berjalan berkilometer sebab mahu jimat bayar tren atau Uber. Masa lunch, buat keluar bekal. Bila petang sikit, bila kawan-kawan sepejabat bawa keluar biskut, dia melahap macam mahu makan dengan plastik dan bekas sekali. Memanglah duit banyak, rumah sewa banyak.

Kisah ini pula, kisah orang yang sudah berumur. Bila masuk cerita pasal tanah dan rumah, memang dia akan menang. Pernah isteri dia mengadu, selama berkahwin ini, mahu bawa pergi melancong dalam negeri pun bising. Masa cuti sekolah, bawa anak-anak pergi mandi kolam renang yang percuma.

Banyak lagi, kisah saya boleh kongsi. Tetapi yang satu ini tak boleh blah. Katanya menuntut dengan sifu dia, pengumpul hartanah. Masa kawan-kawan ajak keluar makan, dia sengaja keluar tetapi tidak bawa wallet. Mula-mula orang ingat, memang jenis peluka. Tetapi lama-lama, kantoilah. Masalahnya, wallet saja yang lupa. Makan dan minum tidak lupa pula.

Korang rasa okay ke hidup sebegini? Masing-masinglah kan. Kalau saya, tak hinginnnnn. Menyeksakan diri sendiri, memperbodohkan diri sendiri. Bila mati nanti, orang lain pula yang berpesta , bergembira. Lainlah kalau sudah siap hibahkan harta siap-siap untuk kebajikan dan bawa ke alam akhirat.

Apa yang penting, jangan taksub dengan cerita indah orang lain. Kalau arguesecara logic, korang dihina. Dikata tidak berilmu, tetapi hakikatnya, kisah perit,  mereka letak bawah karpet. Jangan mudah terpengaruh. Janji kita rasa seronok dengan kehidupan kita.

Sumber : Shaari Anuar Via Oh My Media

Kredit: supermario16.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *