Kisah Hidup

Alhamdulillah. Bina masjid hasil jual ayam.

Yogyakarta: Bermula dengan menjual lima ayam kampung ketika bersekolah, Suciati Saliman Riyanto Raharjo berjaya membina masjid, impian yang di simpannya sejak kecil.

Wanita berusia 66 tahun yang kini jutawan dan memilik syarikat makanan di Indonesia, belajar berniaga apabila mengikut ibunya berniaga di pasar sejak kecil.

“Saya membonceng basikal ibu ke pasar dan selepas membantu ibu menyiapkan barangan jualan, terus ke sekolah.

“Apabila pulang, saya kembali ke pasar membantu ibu sebelum pulang ke rumah ketika hampir malam,” katanya kepada Kompas.com.

Menurutnya, di pasar itu tiada sesiapa menjual ayam siap diproses dan ibunya mencadangkan dia menjual ayam proses.

“Dengan sedikit modal diberi ibu, saya membeli lima ayam untuk diproses sebelum menjualnya kembali,” katanya.

Lama kelamaan perniagaannya semakin maju dan selepas tamat sekolah menengah, jualan ayamnya meningkat kepada ratusan ekor sehari.

Kini Suciati mempunyai kilang memproses ayam dan pengeluar pelbagai produk makanan berasaskan ayam seperti sosej, nuget dan burger.

Hasil perniagaan itu dia berjaya membina masjid mengikut rekaan Masjid Nabawi di Madinah di jalan Gito Gati, Sleman, Yogyakarta, yang boleh memuatkan 1,500 jemaah.

 

Sumber: hmetro.com.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top