Uncategorized

AMARAN KERAS!! Haram Makan Pil Perancang

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR 16 Jun – Lelaki Islam yang makan pil perancang dengan niat menjadi wanita adalah haram dan berdosa besar, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan itu umpama menyesali diri yang dilahirkan lelaki serta tidak bersyukur dengan anugerah Allah SWT.

“Berniat untuk menjadi wanita pun sudah berdosa apatah lagi memakan pil-pil yang boleh memudaratkan kesihatan seperti menyebabkan ‘mati pucuk’ dan mengancam nyawa. Perbuatan itu haram hukumnya dan termasuk dalam tujuh dosa besar.

“Seperti firman Allah SWT yang bermaksud ‘Jangan kamu mendedahkan diri kamu kepada kebinasaan’,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas Laporan Khas Utusan Malaysia semalam yang menyiarkan kecenderungan lelaki lembut dan ‘mak nyah’ makan pil-pil perancang untuk wanita.

Golongan tersebut beranggapan, amalan itu boleh merubah tubuh mereka seperti kaum hawa, payu dara membesar umpama gadis, kulit yang kasar menjadi halus dan gebu, suara parau bertukar merdu serta lunak.

Selain itu, mereka mahu otot-otot sasa pada badan pula hilang lalu bertukar menjadi seksi.

Trend mengambil pil perancang sebagai alternatif ‘bajet murah’ untuk menjadi ‘wanita’ ini dikatakan sudah menjadi amalan golongan tersebut sejak lima tahun lalu.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, golongan itu perlu segera bertaubat dengan meminta keampunan daripada Allah SWT.

“Jangan meneruskan kehidupan yang dimurkai Allah dan bertentangan dengan masyarakat.

“Hiduplah secara normal dan balik kepada masyarakat. Tiada masyarakat yang menolak golongan ‘mak nyah’ yang kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki normal,” ujarnya.

Beliau berkata, jika golongan tersebut berjaya menukar rupa seperti ‘wanita’ melalui pembedahan jantina atau sebagainya apabila mati tetap dikebumikan sebagai lelaki.

“Walaupun mereka (mak nyah) telah membuang atau menukar kemaluannya melalui pembedahan, apabila meninggal dunia mereka tetap akan dikebumikan sebagai lelaki,” katanya.

Menurut Harussani, beliau sendiri pernah mengadakan dialog secara terbuka dengan ‘mak nyah’ sekitar awal 1980-an sambil menyeru mereka kembali kehidupan normal.

“Dalam dialog itu ada ‘mak nyah’ yang marah dengan saya kerana menganggap saya tidak memahami naluri mereka.

“Hukum tetap hukum. Menderhaka kepada Allah tetap berdosa,” tegasnya.

Sementara itu, Harussani juga mengingatkan ahli-ahli farmasi Islam yang sengaja menjual pil-pil perancang kepada lelaki yang berniat untuk menjadi wanita turut menanggung dosa yang sama.

“Jika mereka (ahli-ahli farmasi) tahu niat lelaki tersebut, mereka juga turut berdosa besar.

“Perbuatan itu seperti bersubahat dengan golongan tersebut,” ujarnya.

SUMBER

Facebook Comments

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top