Amaran Keras!! Jangan Berani Ishtihar Baitumaqdis Ibu Negara Israel Atau Terpaksa Berhadapan Kebangkitan Islam

Amaran Keras!! Jangan Berani Ishtihar Baitulmaqdis Milik Israel Atau Terpaksa Berhadapan Kebangkitan Islam

Gambar Hiasan

 

“Al Quds merupakan garisan merah orang muslim. Ketika kecederaan rakyat Palestin masih berdarah, kekejaman dan penindasan masih berlaku, keputusan untuk menyokong tindakan Israel bukan hanya mencabul Undang-undang Antarabangsa malahan bertindak mempermainkan nilai hati nurani dalam kemanusiaan.

-Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki

Kenyataan berani Presiden Turki yang balas kenyataan Presiden Amerika yang hendak menjadi Baitul Maqdis @ al- Quds @ Jursalem sebagai ibu kota @ ibu negara; negara Israel menggantikan Tel Aviv.

Amaran Keras!! Jangan Berani Ishtihar Baitumaqdis Ibu Negara Israel Atau Terpaksa Berhadapan Kebangkitan Islam

Ia adalah garisan merah yang tidak boleh dilanggar dan akan menyebabkan kebangkitan umat Islam. Mahkamah Agung Amerika juga pada masa yang sama membenarkan @ meluluskan larangan masuk ke Amerika bagi warganegara negara Islam tertentu.

Dari dulu lagi Dasar Amerika Syarikat yang didalangi oleh Zionis sama sekali tidak akan memihak kepada Islam dan penganutnya.

Ubah pendirian tentang Baitulmaqdis atau berdepan tentangan – Erdogan

Turki memberi amaran akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel jika Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Tel Aviv dipindahkan ke Baitulmaqdis.

Malah, Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan, Israel dan AS bakal berdepan kemarahan umat Islam seantero dunia jika perkara itu benar-benar berlaku.

Jelasnya, keputusan yang bakal dibuat Presiden Donald Trump pada Rabu adalah tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

“Anda tidak boleh secara membuta tuli melakukan tindakan tersebut. Baitulmaqdis adalah perjuangan mutlak orang Islam dan ia adalah garis merah yang tidak boleh dijajah begitu sahaja.

“Selain itu, tindakan seumpama itu adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” tegasnya dalam ucapan di Parlimen pada Selasa.
Ankara, katanya, juga tidak akan teragak-agak mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara- negara Islam OIC untuk membincang lanjut perkara itu.

“Turki akan menggunakan mandat sebagai pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memanggil mesyuarat tergempar bagi membantah dan melakukan tindakan balas terhadap keputusan terbabit,” tambahnya.

Sementara itu, Israel dalam reaksi balasnya berkata, kecaman Erdogan itu sama sekali tidak menjejaskan usaha pemindahan kedutaan terbabit.

Donald Trump sebelum ini telah membuat pengumuman bahawa beliau akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.Perkara ini benar-benar memberi kejutan kepada seluruh umat islam dan penduduk dunia sekaligus mengabaikan polisi berdekad negara itu serta amaran daripada sekutunya di Timur Tengah dan seluruh dunia.

Pegawai kanan pentadbiran AS berkata, Trump akan membuat pengumuman khas dari White House di Washington DC, AS pada 1 tengah hari waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia).

“Beliau akan berkata kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Beliau melihat ini sebagai pengiktirafan dari segi realiti bersejarah dan moden,” katanya dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Trump juga akan mengarahkan Kedutaan AS mula berpindah dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Bagaimanapun, Trump akan menandatangani pengecualian bagi membolehkan kedutaan itu berada di Tel Aviv buat masa ini dan mungkin untuk beberala tahun.

“Pencarian lokasi, menangani masalah keselamatan, rekaan bangunan baru, pembiayaan dan pembinaan akan mengambil masa,” kata pegawai itu.

Kebanyakan masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel secara rasmi , dengan menyatakan bahawa isu ini hanya dapat diselesaikan dalam rundingan akhir.

Dalam satu siri panggilan pagi ini, pemimpin Arab Saudi, Mesir, Jordan, EU, Perancis, Jerman dan Turki memberi amaran kepada Trump terhadap langkah itu.

 

Gambar Hiasan

 

TANPA menghiraukan bantahan seluruh dunia, termasuk sekutu rapat Eropah dan Britain, apatah lagi negara Islam, Presiden Donald Trump mengumumkan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengumuman itu dibuat pada tengah hari (selepas tengah malam tadi waktu Malaysia) Trump menyatakan di Bilik Tetamu Diplomatik Rumah Putih berlatar belakangkan hiasan Krismas.

Trump berkata, Kedutaan Amerika akan dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Saya memutuskan sudah tiba masanya untuk mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Presiden sebelum ini gagal melaksanakannya walaupun berjanji melakukannya.

“Hari ini, saya melaksanakannya.

“Apabila saya menjadi presiden, saya berjanji melihat cabaran global dengan mata terbuka, dengan fikiran yang jelas.

“Kita enggan menerima sebarang ibu negara Israel tetapi hari ini, kita akhirnya menerima hakikat itu bahawa Baitulmaqdis ialah ibu negara Israel. Ia adalah pengiktirafan sesuatu yang sudah menjadi hakikat.

“Ia juga

Menurut Trump, Amerika akan terus menyokong usaha damai Israel-Palestin.

“Pada sama sama, saya meminta semua pihak menghormati status Bautulmaqdis sebagai bandar suci.

“Baitulmaqdis perlu kekal sebagai tempat penganut Yahudi bersembahyang di Dinding Barat, penganut Kristian berjalan di ‘Stations of the Cross’ dan umat Islam bersembahyang di Masjidil al-Aqsa,” katanya.

Menurutnya, kerja pemindahan kedutaan akan dilakukan segera dengan melantik arkitek, jurutera dan perancang.

Sumber: www.islamituindah.info
Sumber:www.hmetro.com.my
Sumber:www.hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *