Uncategorized

Anak Berjaya Jadi Peguam.Ibu Nyanyuk Dibiarkan Tinggal Dengan Sampah Dan Tikus

Biarkan Ibu Tinggal Bersama Sampah Dan Tikus. Si Anak Berjaya Sebagai Peguam, Surat Lelaki Ini Amat MENYENTUH PERASAAN !!! | Kepada si anak yang mulia dan berpendidikan,

Saya tahu awak adalah seorang peguam, saya ternampak gambar awak tamat pengajian dari Universiti Sultan Azlan Shah. Anak, saya percaya awak belajar tentang undang-undang. Undang-undang yang digubal untuk memberi keadilan dan memastikan tiada sesiapa yang dipijak dan dibuli sewenang-wenangnya. Bukan sahaja keadilan untuk orang lain, malah keadilan untuk orang yang kita sayang, pendek kata untuk semua orang.

Saya sedih, ibu awak tidak pernah berkata buruk tentang awak melainkan hanya memuji awak. Tidak pernah dia kata anaknya jahat, malah dia berulang kali mengatakan bahawa kasih sayang ibu adalah selama-lamanya.

Anak, dia tidak pernah mempunyai katil yang sempurna untuk baring. Namun semasa kecil, dia mengendong dan menidurkan awak setiap kali awak menangis. Tetapi sekarang, dia menangis seorang diri. Dia tidak dapat mengawal dirinya untuk membuang air besar/kecil. Dia tidur dengan tikus dan sampah.

Saya nampak banyak gambar awak dan nota perundang di sekelilingnya. Saya boleh saja mengambil salah satu gambar dan tunjukkan kepada dunia gambar awak. Tetapi ibu memandang tinggi pada awak, jadi saya batalkan hasrat saya itu.

Anak, awak hanya ada seorang ibu. Apabila dia pergi kelak, dia tidak akan kembali lagi. Tolong jangan seksa ibu awak dengan keadaan seperti ini. Dia makan apa yang orang berikan pada dia. Saya nampak wajah ayah awak, gambar keluarga awak, tetapi saya tidak mahu memalukan awak mahupun menjatuhkan mendedahkan identiti awak.

 

Saya berharap surat terbuka ini dapat membuka pintu hati awak untuk berubah dan kembalilah ke pangkuan ibu awak dan layanilah dia dengan baik. Dia tidak wajar diperlakukan seperti ini. Saya harap awak sedar dan berikanlah kehidupan yang baik di usia senjanya itu.

Jika awak adalah anak yang baik, ambillah dia, jangan biarkan dia tinggal dengan tikus. Dia nyanyuk, sepanjang masa memuji tentang awak dengan harapan awak akan kembali. Sudah lama dia menunggu dan tidak sabar untuk bertemu dengan awak.

Anak Berjaya Jadi Peguam.Ibu Nyanyuk Dibiarkan Tinggal Dengan Sampah Dan Tikus

Saya berdoa dan berharap awak akan kembali pada dia. Moga tuhan merahmati awak.

Ikhlas,

Kuan Chee Heng

Sumber: facebook/~Kuan Chee heng

Berikut adalah 7 ciri-ciri anak derhaka.
1⃣. Mengatakan ‘ahh’ kepada ibu bapa dan mengeraskan atau meninggikan suara di hadapan mereka ketika berbicara, dan juga tidak memberikan nafkah kepada ibu bapa apabila dan ketika mereka memerlukan.

2⃣. Tidak melayani mereka dan berpaling daripadanya. Lebih derhaka lagi apabila memerintahkan ibu bapa.

3⃣. Menajamkan pandangan mata kepada keduanya ketika marah atau kesal kepada mereka berdua kerana sesuatu hal.

4⃣. Membuat kedua ibu bapa bersedih dengan melakukan sesuatu hal, meskipun si anak berhak untuk melakukannya. Namun, wajib diingati, hak kedua ibu bapa ke atas diri anak lebih besar daripada hak seorang anak.

5⃣. Malu mengakui kedua ibu bapanya di hadapan orang kerana keadaan kedua ibu bapanya yang miskin, berpenampilan sederhana, tidak berilmu, cacat atau alasan lainnya.

6⃣. Tidak berdiri (menyambut kepulangan) sebagai tanda menghormati ibu bapa dan mencium tangannya.

7⃣. Duduk mendahului ibu bapanya dan berbicara tanpa meminta izin saat memimpin majlis di mana ibu bapanya hadir di majlis itu kerana ini adalah sikap sombong dan takabur dan melecehkan ibu bapa.
[8/2, 10:05 PM] Us Afiq Iskandar: Semua itu termasuk bentuk-bentuk kederhakaan kepada kedua ibu bapa..

Oleh kerana itu kita haruslah berhati-hati dan membezakan dalam berkata-kata dan berbicara dengan kedua ibu bapa dengan orang lain..

Selalunya, balasan derhaka kepada kedua ibu bapa akan dibayar ‘cash’ oleh Allah swt, di dunia..

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Abu Daud dan Tirmidzi daripada sahabat Abi Bakrah ra mengatakan bahaw Nabi Muhammad saw berkata,
“Tidak ada dosa yang Allah cepatkan azab kepada pelaku di dunia ini dan Allah juga akan mengazab di akhirat, iaitu yang pertama ialah mereka yang berlaku zalim, kedua memutuskan silaturahim.”

Dalam hadith lain dikatakan;

“Dua peruntukan dosa yang Allah cepatkan azab seksaannya di dunia iaitu orang yang zalim dan al-‘uquq (derhaka kepada kedua ibu bapa).”

[ Hadith Riwayat Hakim 4/177 daripada Anas bin Malik ra ]

Keredhaan ibu bapa harus kita dahulukan daripada keredhaan isteri dan anak.

Kerana Nabi saw mengatakan anak yang derhaka akan di azab di dunia dan di akhirat serta tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan memandangnya di hari kiamat nanti.. Allahu..

Sedangkan dalam lafaz yang lain diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Hakim, Ahmad dan juga yang lainnya, dikatakan:

” Daripada Abdullah bin Umar ra berkata, ‘Telah berkata rasulullah saw, ada tiga golongan yang tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat nanti iaitu anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, perempuan yang menyerupai lelaki dan ketua rumah tangga yang membiarkan  ada keburukan dalam rumah tangganya.’.” …

[ Hadith Riwayat Hakim, Baihaqi, Ahmad 2/134 ]

Jadi, salah satu yang menyebabkan seseorang tidak akan masuk syurga ialah derhaka kepada kedua ibu bapanya…

*gulp*

Dapat kita lihat bahawa mereka yang derhaka kepada ibu bapanya tidak mendapat berkah dan selalu mengalami pelbagai macam kesulitan.

Kalaupun orang tersebut kaya maka kekayaan tidak akan menjadikan dirinya bahagia…

Seandai ada seorang anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya kemudian kedua ibu bapa tersebut mendoakan keburukkan, maka doa kedua ibu bapa tersebut akan segera dimakbulkan oleh Allah swt…

Kerana dalam hadith yang sahih Nabi saw bersabda;

” Daripada Abu Hurairah ra telah berkata Rasulullah saw, ada tiga doa yang dikabulkan oleh Allah swt yang tidak diragukan tentabg doa ini, yang pertama iaitu doa kedua ibu bapa terhadap anak, keduanya adalah doa orang yang bermusafir (yang sedang dalam perjalanan), yang ketiganya ialah doa orang yang dizalimi.” …

[ Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Abu Dawud dan Tirmidzi ]

Banyak sekali riwayat yang sahih yang menjelaskan tentang akibat buruk daripada derhaka kpd ibu bapa di dunia mahupun di akhirat.

Terdapat juga kisah-kisah nyata tentang azab (siksaan) terhadap anak yang derhaka, dari kisah tersebut ada yang sahih dan sewajarnya kita mengambil ibroh (pengajaran) daripadanya..

Ibu bapa dalam kaca mata islam mempunyai banyak kedudukan yang istimewa. Terlalu banyak petunjuk daripada al-quran yang memerintahkan anak-anak supaya mematuhi dan berbuat baik kepada keduanya. Perintah dan arahan supaya berbuat baik kepada ibu bapa ini adalah suatu kewajipan yang tidak boleh dipandang enteng oleh anak-anak selagi mana tiada kemaksiatan kepada Allah swt.

Antaranya beberapa firman Allah swt ;
1⃣. “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”

( Surah al-Nisa’ 4:36 )
2⃣. “Katakanlah: ‘Marilah, supaya Aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa”

( Surah al-an’am 6:15)
3⃣. Begitu juga jika kita perhatikan wasiat Luqmanul Hakim kepada anaknya:

… “Dan Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan Kami mewajibkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.”

( Surah Luqman 31:13-14)

Jika seorang anak yang soleh dijamin kebaikannya oleh Allah swt dan rasulnya, begitu juga seorang anak yang derhaka..

Azabnya dan sengsara pasti akan datang kepadanya..

Rasulullah saw pernah bersabda: “Dua kejahatan yang akan disegerakan balasannya di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua ibubapa”

[ Hadith riwayat al-Tirmizi ]

Dalam hadith yang lain juga Baginda saw ada bersabda: “Semua dosa akan ditangguhkan oleh Allah swt iaitu menurut kehendaknya  hingga ke hari kiamat, melainkan balasan menderhaka kepada ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah swt akan menyegerakan kepada pelakunya semasa hidup di dunia ( sebelum mati ).”

[ Hadith riwayat al-Hakam ]

Ibnu Umar ra juga pernah menyebut bahawa ada sembilan dosa-dosa yang paling besar antaranya:

* Mempersekutukan Allah
* Membunuh orang lain tanpa hak
* Melarikan diri dari medan perang
* Memfitnah wanita solehah dengan tuduhan zina
* Memakan riba
* Memakan harta anak yatim
* Melakukan maksiat dalam masjid
* Menghina ibu bapa
* Ibu bapa menangis disebabkan kederhakaan seorang anak

[ Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad hadith no.8 ]

Semoga kita dijauhkan daripada ciri-ciri ini. Jika ada, segeralah ubahnya dan bersegeralah taubat memohon keampunan pada Allah swt dan seterusnya yang utama, mohonlah kemaafan daripada ibu bapa…

Jangan suatu waktu menjadi penyesalan yang tak sudah. Yang mana waktu itu, menangis air mata darah sekalipun sudah tak guna lagi..

Hargai, santuni, sayangi dan perkenankanlah segala kehendak mereka. Seringlah bermuhasabah diri,

‘Tanpa mereka siapalah aku?’

Sekian sahaja usrah kita. Kita tutup majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.

🌹سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْك
َ
(حديث صحيح رواه ترمذي)

“Subhanakallahumma wabihamdika asyhadualla ilahailla anta astagfiruka wa’atubu ilaik”

Artinya :

“ Maha Suci Engkau ya
Allah, dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa tiada tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon pengampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.”

(HR. Tirmidzi, Shahih)

 

Sumber 1: Semasaviral.com
Sumber 2: usrahsantai.blogspot.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

To Top