Berita

Anak gemar berkata lucah,Ayah berang lalu tetak sehingga mati

Seorang kanak kanak berusia 8 tahun ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dipercayai di bunuh oleh bapa kandungnya sendiri Ahmad Sulaimi 48 tahun di rumahnya di Karang Bagu, Mataram, Indonesia.

Haris Dinzah, Ketua Polis Mataram, berkata pihaknya telah berjaya menahan Ahmad Sulaimi tanpa sebarang kesukaran dan sudah mengaku atas perbuatannya.

Motif pembunuhan dipercayai akibat dari kesal dengan perangai anaknya Muhammad Albani yang selalu menuturkan kata-kata kesat terhadapnya dan isteri.

Ketika kejadian Sulaimi dikatakan baru sahaja bangun dari tidur mengambil sebilah parang dan terus menetak anaknya yang tengah tidur di atas tilam di ruang tamu.

Akibat dari tetakan kepala bahagian kiri mangsa koyak dan meninggal di tempat kejadian.

Sementara menurut ibu mangsa tidak ada perilaku pelik mahupun mencurigakan suaminya itu sebelum membunuh anak bongsu mereka “Ia nampak normal, Muhammad Albani adalah satu-satunya anak lelaki kami dan suami sangat memanjakannya dengan apa yang terjadi saya sangat terkejut, katanya.

Kata-kata kasar berbaur lucah dan suka mengumpat kedua ibubapa adalah punca kematian kanak-kanak berkenan, kata Haris Dinzah.

Beliau juga berkata bahawa bapa mangsa tidak mengalami gangguan jiwa mahupun mendengar bisikan ghaib yang menyuruh untuk membunuh anaknya itu. Ia adalah pembunuhan murni, katanya.

Bagaimanapun Sulaimi turut menyesal dengan apa yang dia lakukan. Anak saya suka mengumpat dan berkata kotor kepada kami, saya malu dengan jiran tetangga dan orang kampung, ujar Sulaimi dengan nada kesal.

 

 

BEIJING – SEORANG PEMANDU DIDAKWA MEMBUNUH SEORANG BUDAK PEREMPUAN YANG DILANGGARNYA UNTUK MENGELAK MEMBAYAR PAMPASAN KEPADA KELUARGA MANGSA.

 

Media tempatan melaporkan, mangsa bernama Tao, sembilan tahun, dilaporkan hilang dari kampungnya di wilayah Hubei pada 25 November lalu sebelum mayatnya ditemui dalam belukar berhampiran tempat tinggalnya.

Saksi memberitahu ayah mangsa, dia melihat seorang lelaki memasukkan seorang budak perempuan ke dalam keretanya sebelum memandu dari situ sekitar waktu tengah hari.

Saksi terbabit sempat mengambil butiran kereta berkenaan yang diserahkan kepada polis. Suspek bernama He ditangkap pada 27 November lalu mengaku membunuh mangsa, lapor akhbar Hebei Daily.

He mengaku terlanggar mangsa ketika memandu melalui kampung itu dan takut perlu membayar kos perubatan yang tinggi. Disebabkan itu, dia melarikan mangsa sebelum membawanya ke sebuah ladang dan membunuh serta membuang mayatnya.

Polis masih menyiasat kes itu.

Mengikut undang-undang China, pemandu yang mencederakan atau membunuh orang dalam nahas jalan raya mesti membayar pampasan. Begitu juga mereka yang didapati bersalah membunuh.

Jumlah pampasan boleh dirunding dengan keluarga mangsa atau ditetapkan hakim. Kes mengakibatkan kematian hanya memerlukan satu bayaran pampasan, namun kejadian membabitkan kecederaan serius mungkin menyebabkan pelakunya terpaksa membuat bayaran berterusan sepanjang hayatnya.

Sumber: thecoverage.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top