Ilmu/Tips

Anak gigit-gigit mainan.Tiba-tiba bateri mainan hilang.

BAYI TERTELAN BATERI!

SubhanAllah! Ni sah bateri bulat kecil yang dari mainan berelektronik!

Doktor yang bertugas memang mengurut dada. Malas nak bebel panjang-panjang kat mak bayi tu. Lain kali la bagi tazkirah. Muka mak budak tu rilek saja. Dia memang tak tahu apa yang sebenarnya yang menunggu akibat tertelan bateri tu. Bagus juga dia tenang sebenarnya. Kang stres pula doktor nak terangkan pada mak bayi tu.

Macam-macam la kecuaian yang berlaku akibat terlepas pandang. Nasiblah mak tu cepat datang ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Mak bayi umur 7 bulan tu tengah kelam kabut nak siapkan makan tengahari bila bayi tu main-main dengan abangnya yang berusia 6 tahun. Digigit-gigit agaknya mainan tu terus la tercabut penutup bateri tu. Apa lagi, 1 bateri pun dah masuk mulut. Yang 2 lagi ada kat luar.

Nakkan kepastian, buat XRay.

Nah! Nampak terang benderang bateri kat perut dia. Doktor tu terus minta mak jangan bagi bayi tu minum atau makan apa. Segera doktor tu buat surat rujukan ke hospital. Dahlah tempat tinggal pesakit tu terperuk di hujung dunia. Nak sampai hospital paling koman 2 jam. Hospital daerah yang ada tu takde pakar bedah kanak-kanak. Bayi tu nampak stabil masa tu. Harapnya sempat sampai hospital.

Awal pagi tadi, diberitahu yang bateri tu dah selamat dikeluarkan dari perut bayi tu melalui prosedur endoskopi. Nasiblah juga boleh keluar tanpa pembedahan abdomen.

MAK AYAH!

Bateri tu nampak macam benda biasa-biasa macam tertelan mainan plastik ke, duit syiling ke, atau seangkatannya. JANGAN SALAH ANGGAP. Bateri tu mengandungi logam berat seperti zink, merkuri, nikel, kadmium dan litium. Ia juga ada larutan berkepekatan tinggi yang menghakis seperti kalium atau natrium hidrosida. Rupanya nampak naif tapi bahaya menanti!!!

Anak gigit-gigit mainan.Tiba-tiba bateri mainan hilang.

Kalau bateri tu sangkut kat esofagus, iaitu saluran makanan, ia mesti dikeluarkan segera. Sebab? Ia sama ada akan:

1. Menekan pada esofagus
2. Menghakis dinding esofagus dari larutan
alkali bateri tu
3. Aliran elektrik yang mungkin terhasil

Kalau bateri tu boleh lepas ikut esofagus, ia akan masuk ke perut. Kecederaan pada dinding perut boleh berlaku dalam masa 1 jam. Perut boleh bocor keseluruhannya dalam masa 4 jam! Kalau dah pecah tu, jawabnya memang kena buat pembedahan besar dan boleh jadi rumit sangat. Nak kena jahit balik perut tu bukan benda boleh ambil ringan. Komplikasinya banyak!

Kalau mak ayah suspek anak tu tertelan bateri, TERUS BAWA KE HOSPITAL TERDEKAT SECEPAT MUNGKIN! Sebab selalunya memang takde simptom yang kita boleh nampak kalau dia baru je telan bateri. Simptom akan ketara bila bateri dah mula bertindakbalas dalam sistem penghadaman.

Tanda-tanda bayi yang tertelan bateri:
 
1. Muntah
2. Sedu
3. Sakit abdomen
4. Demam
5. Merengek dan meragam
6. Susah atau sesak nafas – kalau bateri
masuk kat saluran pernafasan, ni
memang bahaya sangat
7. Ruam timbul akibat alahan kepada logam
berat
8. Najis mengandungi darah

Langkah-langkah pencegahan:

1. Bateri jenis apa pun, sila lah simpan
dekat dalam bekas bertutup rapat dan
letak jauh dari anak-anak.
2. Penutup bateri pada mainan anak kita
tu, kita letaklah plaster untuk pastikan
bateri tu tak tercabut.
3. Kalau anak tu masih bayi, jangan bagi
mainan yang ada bateri.
4. Beli mainan yang penutup baterinya
diskru rapat dan bukannya hanya dengan
klip saja. Dan tampalkan plaster.
5. Mak atau ayah yang kena tukarkan
bateri mainan tu. Bukan anak kita tukar
sendiri.
6. Kalau mak sibuk di dapur, letakkan bayi
kecil tu dalam play-pen yang selamat
untuk mengelakkan dia kutip segala
benda masuk mulut.

Ni pengajaran besar untuk mak ayah bayi tu. Semoga kita pun ambil iktibar. JANGAN AMBIL MUDAH BAB KESELAMATAN DI RUMAH!

Semoga bayi ni cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah dengan sihat walafiat. In shaa Allah.

NAMA DOKTOR, PESAKIT, KLINIK, HOSPITAL DIRAHSIAKAN.

Bukan kes pertama

“cerita seakan sy..terus ke hosp terdekat,yg ada hosp daerah je,hosp besar jauh..mmg lama menunggu giliran dipanggil..tp alhamdulillah doktor kata akan keluar melalui najis..sgt2 mendebarkan😁😁 ” – Salbiah Mokhtar

Anak gigit-gigit mainan.Tiba-tiba bateri mainan hilang.

“Ini bateri lithium. Anak saya baru tertelan bulan lepas. Saya tunggu kat emergency lama nak masuk ank tggu xray.saya faham xmengapa. Hanya dapat lactulose untuk keluarkan secara natural.” – Nizah Nizot

Anak gigit-gigit mainan.Tiba-tiba bateri mainan hilang.

Sumber: Facebook Rusyainie Ramli Via blogmazeer.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top