Uncategorized

Awas!! Jangan Biarkan Lagi Anak Menyentuh & Bermain ‘Slime’,Tak Sangka Kesannya Sangat Mengejutkan

Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu tentang satu permainan yang popular di kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka sibuk bermain.

Ianya di panggil ‘slime’ dan ia tiba-tiba sahaja popular. Ia bukan sahaja boleh dibeli di pelbagai tempat (kedai fizikal dan juga di atas talian), malah terdapat banyak juga tutorial membuatnya di rumah.

Disebabkan bahan-bahannya yang mudah diperoleh dan cara membuatnya yang mudah, ‘slime’ boleh ditemui hampir di semua rumah. Kerana kanak-kanak suka membuat dan bermain dengannya.

Walaubagaimanapun, anda perlu memberi lebih perhatian terhadap bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ‘slime’. Ini kerana, hampir kesemua bahan-bahannya berasal dari bahan kimia.

Dan disebabkan inilah, kejadian malang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun berasal dari Massachusets, Ameria Syarikat.

Ibunya seronok yang Kathleen mempunyai hobi baru kerana dia umpama saintis kecil. Ibunya juga menggalakkan Kathleen dengan membelikan bahan-bahan membuat ‘slime’. Kathleen sudah kerap membuat ‘slime’ sendiri.

Namun pada suatu malam apabila Kathleen tidur di rumah kawannya, Kathleen telah bangun ditengah malam akibat rasa yang teramat sakit pada jari-jarinya.

Keesokkan paginya, Quinn, ibu kepada Kathleen telah menjemputnya dan mendapati dia sedang menangis kesakitan.

Awas!! Jangan Biarkan Lagi Anak Menyentuh & Bermain 'Slime',Tak Sangka Kesannya Sangat Mengejutkan

Foto ehsan WCVB

Quinn segera membawanya ke Hospital Shriners di mana doktor telah mengklasifikasikan kesan melepuh pada jari Kathleen sebagai kesan terbakar tahap 2 dan 3.

Menurut doktor lagi, itu merupakan kesan daripada terdedah kepada Borax One, salah satu bahan utama membuat ‘slime’.

Menurut Dr. Megan Hannon, Borax One adalah bahan kimia panas yang akan menyebabkan kesan lepuh jika dibiarkan terdedah pada kulit untuk jangka masa yang lama tanpa perlindungan.

Disebabkan itu, sebagai ibu bapa, kita harus betul-betul memeriksa bahan yang kita ingin gunakan terutamanya terhadap anak-anak.

Ini merupakan kemalangan yang tidak dijangka dan ia boleh terjadi kepada sesiapa pun. Namun, kisah Kathleen harus dijadikan iktibar untuk kita lebih berhati-hati dengan bahan yang kita pilih untuk permainan anak-anak.

Sedikit tentang Borax:

Nama kimianya ialah tetrasodium borate dan ia banyak terdapat di dalam serbuk pencuci baju terutamanya. Antara kesan jika terdedah dalam jangka masa yang lama atau kuantiti yang banyak ialah:

jika termakan boleh menyebabkan cirit-birit
jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan mata
jika terhidu boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan
jika terkena kulit boleh menyebabkan melepuh dan keradangan

 

LAMBAKAN jenis barang mainan di pasaran boleh mengaburi mata anak anda. Kebanyakannya diimport dari negara luar yang tahap keselamatan dan kandungannya diragui.

Bagi ibu-bapa jangan cepat ‘cair’ dengan rayuan anak anda. Keselamatan mereka itu yang lebih utama. Ini kerana ada antara barang mainan itu yang mengandungi bahan berbahaya yang boleh meragut nyawa.

Menjadi fenomena di China ketika ini adalah ‘Crystal Slime Clay’ mainan berbentuk lendir yang berwarna warni dan amat mudah menarik minat kanak-kanak. Ia mungkin sudah berada dalam pasaran negara kita.

Awas! lendir ini disahkan mengandungi toksik Sodium Tetraborate yang turut dikenali sebagai Borax. Bukan hanya boleh menyebabkan keracunan sekiranya tertelan, ia juga boleh mengundang maut.

Apa itu Borax?

Borax adalah mineral boron dan garam yang diperoleh dari dalam tanah. Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Thailand telah mengharamkan Borax sebagai bahan tambahan dalam makanan.

Sekiranya Borax memasuki tubuh seseorang itu dalam itu dalam kuantiti yang banyak ia mampu meracuni organ badan anda.Awas!! Jangan Biarkan Lagi Anak Menyentuh & Bermain 'Slime',Tak Sangka Kesannya Sangat Mengejutkan

Jika anak anda bermain barang mainan yang mengandungi Borax ia boleh mengakibatkan berlaku tindak balas biokimia dalam sistem saraf mereka. Secara tidak langsung turut menjejaskan fungsi system endokrin.

Mereka yang mengalami kerosakan kulit seperti luka dinasihatkan agar tidak sama sekali mendekati Borax. Menyentuh mulut selepas memegang bahan mengandungi Borax, akan secara segera menyebabkan bahan beracun itu menyerap dalam tubuh anda.

1 hingga 3 gram Borax sudah memadai untuk meracuni orang dewasa. Jika kuantitinya lebih 15 gram ia boleh mengundang maut. Bagi kanak-kanak pula 3 gram sudah cukup untuk meragut nyawa mereka.

Mudahnya ‘racun’ tersebar

Menurut laporan China Press lendir ini dijual secara terbuka di China tanpa nama syarikat pengeluar dan pensijilan kualiti tertera pada labelnya. Ia dibuat mengunakan sebatian Borax, gam pewarna dan beberapa bahan lain. Ini menjadikan ia menarik pada pandangan kanak-kanak.

Ia juga boleh ditempah secara dalam talian dengan harga yang murah. Sekaligus menjadikan ‘racun’ ini berpotensi untuk merebak ke luar China termasuk Malaysia.

 

Sumber 1: my.theasianparent.com
Sumber 2: astroawani.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

To Top