Berita

Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!

Kejadian mengerikan ini menimpa seorang bayi berusia baru 1 tahun. Kejadian ini berlaku selepas hari jadi.

Hari itu, keluarga mengundang seluruh keluarga terdekat maupun saudara jauh untuk merayakan ulang tahun Bobby yang pertama.
Semua saudara mara membawa hadiah. Ada yang membawa mainan, ada yang membawa alat tulis. Seluruh rumah menjadi meriah.
Nenek kanak2 itu pun menghadiahkan sebuah gelang perak kepada Bobby.
Gelang tersebut ada loceng dan berbunyi. Bayi atau kanak2 sering memakai gelang ini di tangan
maupun kakinya, supaya orang tua boleh tahu kalau bayi bangun atau bergerak kerana ada bunyinya.
Dengan hati gembira, nenek memakaikan gelang tersebut ke tangan cucu kesayangannya.

Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!

Setelah acara selesai, di mana sehingga larut malam. Ibu pun meletakkan Bobby di tempat tidurnya
dan meninggalkan kamar, dan terus bersembang dengan kelurga dan saudara yang hadir.
Keesokan paginya, ibu masuk ke dalam kamar bayi dan menemukan Bobby masih tertidur
Hairan.. Biasanya dia sudah bangun dan melompat-lompat di katil bayi pada jam begini.

Selepas dipegang, ibunya baru sadar, badannya sudah sejuk, sepertinya tidak bernafas, tidak mengeluarkan suara!

Dengan secepat kilat, keluarga membawanya ke hospital.
Mengejutkan, doktor menemui sebuah “loceng” kecil di dalam mulutnya yang sudah membiru.
Sudah terlambat… Bobby sudah lama sesak nafas.

Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!

Setelah diberitahu doktor, keluarga baru sadar, loceng tersebut berasal dari gelang yang diberikan nenek semalam!
Semalam, ibu tidak melepaskan gelang itu dan membiarkan ia tidur dengan gelang terpasang di tangannya.
Menurut perkiraan mereka, Bobby tertarik dengan gelang yang boleh berbunyi dan menggigit-gigit hingga locengnya kemudian tertelan. Doktor juga tak berdaya, loceng tersebut sudah terlalu lama berada dalam kerongkongnya, membuat ia tidak boleh bernafas dan sudah tak bernyawa.

Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!

 

Sumber : palembang.tribunnews.com

Via: mukabuku.press

Apa anda perlu tahu jika anak mula tersedak atau tercekik
KUALA LUMPUR: Apabila seorang kanak-kanak sedang tersedak atau tercekik, ia bermaksud terdapat objek atau makanan yang terperangkap di bahagian trakea (laluan pernafasan).

Ini akan mengakibatkan gangguan dalam aliran udara ke paru-paru dan akan menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bernafas dengan lancar.

Trakea adalah sebahagian organ pernafasan yang dilindungi satu injap, yang dinamakan Epiglottis.  Laluan di bahagian tekak itu dikongsi dengan bahagian esofagus, iaitu laluan bagi makanan dan minuman ke bahagian perut.

Epiglottis memainkan peranan penting sebagai ‘penutup’ yang membenarkan makanan dan minuman melalui Esofagus tanpa memasuki bahagian trakea.
Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!
Peranan Epligottis dalam saluran pernafasan.-sumber:https://www.akronchildrens.org/
Bagaimanapun, timbul situasi dimana bahagian Epiglottis ini tidak ‘tutup’ dengan cepat (ketika kanak-kanak sedang menelan) yang menyebabkan objek atau makanan memasuki laluan trakea.

Kebiasaannya, makanan atau objek yang menutupi sebahagian laluan trakea itu mampu dikeluarkan apabila anak itu batuk dan pernafasan mereka akan kembali normal.

JIKA SITUASI LEBIH CEMAS

Kadangkala, timbul juga situasi di mana makanan atau objek tersekat di bahagian trakea yang menghalang pernafasan anak.

Laluan udara ke paru-paru yang tersekat akan menyebabkan  otak kekurangan oksigen dan ini boleh menyebabkan kematian. Situasi ini serius dan perlu diberi perhatian penuh.

Tanda kanak-kanak sedang tercekik, dan perlu bantuan serta merta:

1) Tidak boleh bercakap dan menangis.

2) Muka menjadi biru.

3) Memegang tekak dan minta bantuan.

4) Kelihatan panik.

 

5) Tidak sedarkan diri.

Dalam situasi ini, anda boleh menekan perut, juga dikenali sebagai Manuver Heimlich. Ia adalah prosedur standard menyelamat jika anda sudah dilatih.

TEKAN PERUT (Manuver Heimlich)
Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!
Teknik Manuver Heimlich ke atas kanak-kanak.-sumber:http://firstaidforkids.yolasite.com/
Jika anda mempunyai anak, anda digalakkan untuk mengambil latihan dalam bantuan pernafasan (CPR) dan teknik menekan perut (Manuver Heimlich).

Kepada yang tidak mempunyai anak turut digalakkan kerana mungkin pengetahuan dan latihan ini boleh membantu menyelamatkan sesiapa dalam situasi yang mencemaskan.

Teknik menekan perut adalah dimana penolakan udara secara mengejut ke laluan trakea dari diafragma (bahagian perut) yang boleh menolak keluar objek atau makanan yang tersekat.
Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!
Teknik Manuver Heimlich.-sumber : https://empoweryourknowledgeandhappytrivia.files.wordpress.com/
Walaupun teknik ini kelihatan mudah, ia perlu dilakukan dengan penuh berhat-hati terutamanya ke atas kanak-kanak kecil. Terdapat juga teknik khas dalam menekan perut kepada bayi kerana saiz mereka yang kecil dan jika ia tidak dilakukan dengan betul boleh memburukkan lagi keadaan.

Oleh kerana itu, teknik ini paling selamat dilakukan oleh individu yang terlatih.

APA ANDA BOLEH BUAT

Ini bergantung kepada situasi:

Kanak-kanak masih boleh bernafas:

1) Jika kanak-kanak itu sedang tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada.

2) Jangan cuba keluarkan objek atau makanan itu kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam.

3) Langkah terbaik dalam situasi ini adalah untuk tidak melakukan apa-apa, tetapi beri perhatian penuh ketika kanak-kanak itu batuk  sehingga dia kembali bernafas seperti biasa.

Apa yang anda perlu lakukan jika kanak-kanak tidak boleh bernafas? 

1) Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan, ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.

2) Jika kanak-kanak itu sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mula menjadi biru, gunakan teknik menekan perut. Ini boleh dilakukan oleh sesiapa yang sudah dilatih melakukan teknik ini.

Tidak sedar dan tidak bernafas:

1) Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.

2) Teruskan dengan teknik CPR jika anda atau sesiapa sudah dilatih.

Bagi bayi yang berumur di bawah 1 tahun dan dalam keadaan sedar:

1) Menggunakan lengan, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah, dengan sokongan paha.

2) Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala

3) Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.
Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!
Teknik Manuver Heimlich ke atas bayi.-sumber:http://www.webmd.com/

4) Seterusnya,  pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala lehernya.

5) Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.
Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!
Teknik Manuver Heimlich ke atas bayi.-sumber:http://www.webmd.com/
Ulang teknik, iaitu  tepukan di bahagian belakang bayi dan penekanan di bahagian dada sehingga objek keluar. Jika ia tidak diteruskan anak mungkin tidak sedarkan diri.

Jika bayi masih tidak bernafas, anda boleh membuka laluan pernafasan dengan meletakkan ibu jadi di mulut anak dan genggam gigi kacip atau gusi. Bahagian rahang perlu dinaikan supaya anda boleh melihat objek yang tersekat.

JANGAN cuba keluarkan objek tersebut melainkan anda melihat objek dengan jelas. Anda berkemungkinan menolak lagi objek ke dalam tekak anak, dan ini lebih merbahaya.

Lakukan teknik CPR, jika perlu.

BILA ANDA PERLU BAWA ANAK KE KECEMASAN

Bawa kanak-kanak ke hospital secepat mungkin, terutamanya jika kanak-kanak itu terus tidak boleh bernafas dan tidak sedar.

Selain itu, anda harus untuk bawa ke hospital jika:

1) Batuk yang berterusan, susah untuk bernafas dan menelan.

2) Kanak-kanak mula menjadi biru; tidak sedarkan diri, walaupun kelihatan seperti sudah pulih.

3) Jika anda berasa kanak-kanak itu menelan objek yang bahaya seperti mainan atau bateri.

LANGKAH PENCEGAHAN

Semua kanak-kanak mempunyai risiko untuk tersedak dan tercekik, terutamanya anak yang berumur di bawah 3 tahun.

Anda boleh mengurangkan risiko ini dengan:

1) Elakkan memberi makanan yang berisiko (seperti buah anggur, kismis, gula-gula, kacang) – makanan yang  mempunyai saiz dan bentuk sama dengan laluan pernafasan kanak-kanak.

2) Ketika makan, berikan kanak-kanak makanan dalam kuantiti sedikit, mudah dikunyah. Ini bermaksud kita perlu memotong makanan itu kepada saiz yang kecil. Kanak-kanak juga perlu diajar untuk duduk ketika makan dan tidak bercakap atau ketawa ketika makanan di dalam mulut.

3) Mainan dan barang rumah juga boleh menjadi merbahaya terutamanya duit syiling, manik, mainan yang kecil, dan lain-lain. Pastikan barangan seperti ini tidak berada di kawasan anak sedang berada.

4) Pilih mainan yang sesuai untuk umur kanak-kanak. Pastikan mainan itu menepati cadangan umur dari pihak pengeluar kerana beberapa mainan mungkin terlalu kecil. Sebarang mainan atau objek yang lebih kecil dari saiz bola golf berpotensi menyebabkan kakank-kanak tersedak atau tercekik.

 

Sumber: astroawani.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top