Ilmu/Tips

Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Bayi yang menangis tanpa henti tidak harus diambil mudah. Bagi kebanyakkan ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata, bayi menangis tanpa henti menjadi igauan jika ia berlaku.
Jika bayi terus menangis, tentu ini membuatkan ibu bapa menjadi tertekan. Sebab yang sering belaku kenapa bayi menangis tanpa henti adalah biasanya mereka buang air, lapar atau demam.
Setelah memperoleh banyak pengalaman, ibu bapa belajar bagaimana cara menenangkan bayi.

Mereka biasanya akan tenang ketika ada dipelukan si ayah.
Ada juga dengan menggendongnya maka tangisnya akan reda.

Tetapi, ini tidak terjadi pada bayi pasangan Scoot Walker dan Jessica Walker. Ketika bayinya menangis tanpa henti, mereka melakukan berbagai cara namun tidak membuahkan hasil.
Mereka menggendong, mengayun, bahkan merendam bayinya kerana takut dia kepanasan.
Pada akhirnya, pasangan Walker ini melepas sarung kaki yang digunakan bayinya. Keresahan mereka pun terjawab.

Perkara yabg tidak di sangka-sangka terjadi pada jari kaki bayinya.
Bukannya ada benda tajam atau serangga, melainkan benda yang dianggap remeh sahaja.
Sehelai rambut terlilit di satu dari jari bayinya.

Lilitan rambut tersebut sangat kuat sehinggakan meninggalkan kesan pada kulit bayi itu dan menimbulkan luka.
Ketika melihat keadaan mengerikan bayinya, Jessica yang berkerja sebagai jururawat bertindak cepat.
Dia mengambil satu penyepit dan mengambil sehelai rambut tersebut.

Nasib kedua ibu bapa ini baik kerana menyedari kejadian ini tepat waktunya.
Kejadian ini disebut sebagai hair tourniquet dan sering terjadi kepada bayi.

Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Sehelai rambut dengan mudah terlilit di jari ketika bayi bergerak dengan aktif.
Semakin kuat rambut melilit, maka akan memotong perjalanan darah.
Kejadian ini biasanya terjadi ketika bayi sedang tidur atau bermain di tempat tidur.

Rambut-rambut yang tidak kelihatan dengan mudah melilit jari mereka.
Ibu bapa yang tidak berapa teliti terus memakaikan sarung kaki pada sang bayinya dan tanpa disedari jari bayi telah terikat rambut.
Scoot dan Jessica menceritakan kisah mereka agar ibu bapa yang lebih peka.

Bukan hanya kerana lapar atau mengantuk, perkara ini juga boleh menjadi penyebab bayi mereka menangis tanpa henti.
Mereka juga meminta semua ibu bapa untuk selalu mememeriksa jari anak-anak mereka. Pastikan memeriksa sarung kaki ketika bayi menangis.
Hair tourniquet membuatkan bayi merasa sangat sakit.

Jika tidak segera disedari, maka ia boleh mengancam nyawa si buah hati.

Sumber : bali.tribunnews
Via: mediamalaysia.win

Ini 10 Sebab Bayi Anda Asyik Menangis
Bayi kecil tidak pandai berkata-kata. Mereka hanya mampu mengeksperi perasaan mereka yang pelbagai melalui satu cara sahaja iaitu tangisan. Ibu bapa seringkali runsing apabila bayi mereka menangis terutamanya yang baru pertama kali menimang cahayamata.

Namun, yang sudah berpengalaman juga tidak terkecuali kerana setiap bayi adalah berbeza keadaannya. Siapa yang tidak runsing jika bayi mereka menangis tanpa henti.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto Kredit: thestir.cafemom.com

BAYI MENANGIS SEBAGAI TANDA KOMUNIKASI
Benar, bayi memang akan menangis sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi. Namun, hanya ibu bapa yang tahu betapa tertekannya mendengar tangisan anak yang tak henti-henti.

Ada kalanya situasi boleh menjadi tegang hingga menyebabkan ibu bapa menjadi marah dan hilang kawalan.

Ibu yang berpengalaman biasanya akan mengerti gaya tangisan bayi yang lapar. Ia boleh dikenalpasti dengan gaya menghisap atau meregangkan badannya.

Punca menangis yang tidak dapat dikenalpasti akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar. Mari kita lihat antara perkara yang biasanya menjadi sebab bayi menangis selain lapar.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto Kredit: saudeinfantil.blog.br

SELAIN LAPAR, INI 10 SEBAB BAYI MENANGIS DENGAN KERAP
Berikut adalah 10 sebab bayi menangis yang perlu difahami oleh ibu bapa.
1. PERUT KEMBUNG
Kembung berlaku disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah pemakanan ibu yang menyusukan bayi. Makanan dan minuman seperti ais, minuman bergas, buah tembikai, buah mangga, dan beberapa jenis sayur tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang menyusu kerana boleh menyebabkan perut bayi kembung.

Kerapkan menyapu tubuh bayi dengan minyak bayi supaya bayi berasa selesa di bahagian seperti perut, tapak kaki, betis, belakang badan, ubun-ubun serta dada. Pemakaian stokin dan barut juga mungkin dapat membantu.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto Kredit: www.wljn.com

2. LAMPIN BASAH
Bayi yang tidak selesa kerana lampin penuh juga akan menangis sebagai cara untuk memaklumkan kepada si ibu supaya menukar lampinnya.

Tukar lampin bayi segera sekiranya telah penuh. Periksa juga ruam lampin jika ada.

Bayi berkemungkinan juga kegatalan di punggung kerana ruam lampin. Seeloknya lampin bayi kerap ditukar untuk mengelakkan ruam lampin dan sapukan krim ruam lampin atau ubat yang berkaitan setiap kali menukar lampin.

Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan
3. MENGANTUK & LETIH
Seperti juga orang dewasa, bayi akan menjadi tidak keruan sekiranya mengantuk. Sesetengah bayi tidak mudah untuk tidur walaupun selepas menyusu kerana perlu didodoi terlebih dahulu.

Sesetengah ibu menganggap bayi yang letih perlu ditidurkan. Tidak semestinya. Kadangkala mereka cuma mahukan keadaan yang tenang.

Jika dalam perjalanan jauh, kerapkan berhenti di hentian rehat atau di kawasan yang sesuai. Semasa di dalam kereta juga, dukung bayi sekali sekala untuk melihat sekeliling dari dalam kereta kerana kemungkinan bayi penat berbaring atau duduk.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto Kredit: chicagotribune.com

4. SUHU TERLALU PANAS ATAU SEJUK
Keadaan suhu adalah satu lagi sebab bayi menangis. Oleh kerana tidak pandai mengadu, bayi akan menangis jika merasa terlalu sejuk atau panas.

Perhatikan cuaca dan suhu di tempat anda berada. Sekiranya keadaan agak sejuk, pakaikan pakaian yang sedikit tebal kepada bayi berserta topi, sarung tanga dan sarung kaki.

Pakaikan pakaian nipis atau yang tidak panas seperti singlet dan baju berlubang-lubang pada ketika keadaan suhu yang panas. Jika berada di rumah, pasang kipas atau penghawa dingin pada suhu yang sederhana agar bayi selesa.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto kredit: mamashealth.com

5. SEMBELIT
Bayi mudah terkena sembelit walaupun ada yang menyusu badan.

Ini kerana sistem pencernaan mereka sangat sensitif dan kadangkala tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap makanan tertentu.

Cuba tuamkan perut, urut dengan minyak aromaterapi, atau mengusap perlahan untuk membantu melegakannya.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto Kredit: https://www.psychologytoday.com

6. NAK TUMBUH GIGI
Fasa tumbuh gigi atau ‘teething’ adalah fasa yang agak menyakitkan apabila gigi pertama menembusi gusinya.

Kadangkala berasa tidak selesa dan ‘gatal-gatal’ ini adalah sebab bayi menangis.

Jadi, cuba berikan mereka menghisap sesuatu yang sejuk seperti buah-buahan atau‘teether’.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto Kredit: clinica-dentalpraxis.ro

7. REAKSI TERHADAP ‘ENVIRONMENT’ BARU
Antara sebab bayi menangis adalah apabila mereka tidak selesa atau ‘takut’ dengan keadaan baru.

Mungkin beberapa minggu pertama mereka akan menangis dan perlu mengambil masa untuk berasa sesuai dengan pengasuh baru.

Meskipun ada bayi yang teruja, tapi ada pula yang rasa rimas apabila dikelilingi ramai orang.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto Kredit: chicagotribune.com

8. BOSAN
Mereka ingin bermain dan bosan apabila ditinggalkan bersendirian.

Cuba bawa mereka bermain sebentar dan ajarkan mereka menggunakan permainan supaya bayi berupaya bermain sendiri kelak.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto Kredit: nspcc.org.uk

9. PERLU DISENDAWAKAN
Bayi yang menyusu botol terutamanya mudah tertelan angin dan berasa tidak selesa apabila selesai menyusu.

Oleh itu, biasakan menyendawakan si kecil dengan kerap sebelum atau selepas makan.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto Kredit: eleanagkioka.gr

10. ANDA TERTEKAN
Kadangkala kita tak perasan nada kita bercakap dengan bayi semasa mereka menangis.

Bayi sebenarnya sangat sensitif dan dapat mengenalpasti kemarahan anda walaupun tidak memahami perkataan yang diucapkan.

Oleh itu, banyakkan bertenang dan cuba bergilir-gilir dengan suami atau penjaga untuk memastikan emosi anda dalam keadaan yang terkawal apabila cuba menenangkan bayi.
Bayi Tak Berhenti Menangis,Bila Stokin Di Buka Ini Yang Terjadi.Puncanya Amat Mengejutkan

Foto Kredit: verywell.com

SETIAP BAYI ADALAH BERBEZA
Ibu bapa perlu mempelajari cara mengenalpasti sebab bayi yang menangis dan menyelesaikannya. Pengalaman menghadapi tangisan bayi akan mengajar ibu untuk lebih sabar dan berdikari.

Lama kelamaan perasaan panik akan dapat diatasi. Perlu diingat bahawa bayi masih kecil dan tidak pandai mengadu.

Oleh itu, kita sebagai orang dewasa perlu sentiasa bertenang dan cuba belajar untuk memahami keperluan mereka.

Sumber:Siraplimau.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top