Berita

Beli Handphone Di Lazada Berharga RM3219,Tapi Yang Sampai Cuma Tisu Basah.

Kita sebagai pengguna atau pelanggan, lebih memilih untuk membeli barangan elektronik melalui dalam talian kerana harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan di kedai, walaupun sudah termasuk dengan caj penghantaran.

Ini kerana ianya lebih mudah dan senang. Namun sebelum kita membuat apa-apa pembelian, kita perlulah meneliti setiap perkara bagi mengelakkan daripada kes penipuan terjadi.

Seperti lelaki ini, yang telah meluahkan rasa kesalnya apabila barangan yang dia ingin dibeli, malah sudah buat pembayaran, masih belum diterima sehingga sekarang. Menurut Ivan Liew menerusi laman Facebooknya, dia telah mengeluarkan status di mana dia telah membeli Samsung Galaxy Note 8 menerusi laman rasmi Lazada sejak 12 Disember yang lalu, namun masih belum diterimanya hingga sekarang. SERIOUSLY?!

 

Beli Handphone Di Lazada Berharga RM3219,Tapi Yang Sampai Cuma Tisu Basah.Sumber: Samsung

Difahamkan, produk tersebut dijual dan dihantar sendiri oleh pihak Lazada seperti yang tertera di websitenya. Juga tertera di website itu, telefon bimbit berkenaan dijangka akan diterima antara 16 Disember hingga 20 Disember. Ivan telah membuat pembayaran sebanyak RM 3219.00 melalui kad kredit CIMB visamiliknya.

“Pada 15 Disember lebih kurang jam 1 tengah hari, saya telah periksa pengesan kod dapati barang telah dalam perjalanan penghantaran. Pada hari yang sama jam 9 malam, saya telah mengesan lagi kod tersebut, dapati barang tersebut gagal dihantar”

Beli Handphone Di Lazada Berharga RM3219,Tapi Yang Sampai Cuma Tisu Basah.Sumber: Facebook

Kata Ivan, pada 16 Disember dia telah menerima barang berkenaan yang dihantar oleh seorang lelaki melayu dengan menggunakan kereta persendirian berwarna putih, tanpa ada apa-apa lambang atau tulisan syarikat. Sebaik sahaja menerima, dia terus membuka kotak tersebut, dan apa yang mengecewakannya, kotak tersebut hanyalah berisikan dua paket tisu basah. Jahatnyaaaa!!

 

Sejurus sahaja daripada kejadian ini, dia terus membuat laporan polis dan menghubungi perkhidmatan pelanggan Lazada. Dia memulangkan semula dua paket tisu basah berkenaan kepada lazada, namun hingga sekarang dia masih belum terima apa-apa daripada pihak mereka.

Beli Handphone Di Lazada Berharga RM3219,Tapi Yang Sampai Cuma Tisu Basah.Sumber: Facebook
Beli Handphone Di Lazada Berharga RM3219,Tapi Yang Sampai Cuma Tisu Basah.Sumber: Facebook

Pada 16 Januari baru-baru ini, dia telah menghubungi pihak Pos Laju bagi memastikan barang yang dipulangkan kepada pihak Lazada sudah diterima, namun pihak Lazada masih belum mengesan kod barangan tersebut, membuatkan status barang itu masih belum diterima. Alahai kesiannya…

Beli Handphone Di Lazada Berharga RM3219,Tapi Yang Sampai Cuma Tisu Basah.Sumber: Facebook

“24 Februari ni genap dua bulan saya tak dapat apa-apa maklumat daripada Lazada. Saya tak sangka, ini cara Lazada layan pelanggan mereka!”

Alahai kesiannya.. Bayar mahal-mahal, tapi dapat dua paket tisu basah je.. Harap semua hati-hati lah beli online tu ye…

Sumber: lobakmerah.com

 

CARA DAPAT BALIK DUIT JIKA DITIPU PENIAGA ONLINE
Zaman teknologi semakin canggih. Perniagaan atas talian semakin popular seiring dengan meningkatnya pengguna laman sosial seperti facebook dan instagram. Atas peluang ini, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menipu dalam perniagaan atas talian ini. Mereka menyangka dengan transaksi wang secara online tanpa bersua muka boleh menyelamatkan mereka dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Jika kena caranya, mereka pasti tumpas tetapi pembeli barangan secara online ini perlu menyimpan butiran peniaga online ini seperti nombor akaun bank dan nombor telefon.

Beli Handphone Di Lazada Berharga RM3219,Tapi Yang Sampai Cuma Tisu Basah.ELAK DITIPU PENIAGA ONLINE

 

Tetapi apa yang dikongsikan oleh Suzana OA di dalam Group Miri Community  tampak lebih efisien dan lebih cepat untuk langkah mendapatkan kembali duit anda secara pantas sekiranya ditipu oleh peniaga online.

Hanya buat mereka yang pernah d tipu peniaga on9 n cara nak tebus duit balit dr c penipu.. Hari ini saya nak share cara untuk mendapatkan duit apabila buyer di tipu melalui transaksi online.
Senang saje dan dengan menggunakan cara ini, anda pasti akan dapat balik wang anda…

1. TAK PERLU UPDATE FACEBOOK
Apabila dah kena tipu, 1st thing… Ini penting… Mesti ingat….

1st yang kita kena buat, JANGAN UPDATE FACEBOOK… Tak guna update facebook.. Takkan dapat balik duit punya…

2. BUAT LAPORAN POLIS
2nd, kita buat report polis.. Dalam report tak payah nak cakap banyak… Tak payah nak kata benda Tak sampai la kena tipu la ke ape2… Kalau awak boleh report kena tipu barang Tak sampai, seller boleh report kata dah sampai… & cerita ini Tak akan habis punya… Buyer cakap Tak dapat, seller cakap dah send … Mmg bukan tanggungjawab polis atau bank nak selesaikan masalah ini… Diorang Xde kerja lain ke? Takkan nak settle kes mcm ni je… So biasanya diorang Tak follow up… So ape kita nak buat?? Dah lah kena kencing… Bazir masa dan bazir petrol pulak sekarang…

3. ISI LAPORAN UNTUK TINDAKAN BANK
3rd, masa report tuliskan sahaja, SAYA TELAH MEMASUKI WANG KE ACCOUNT YANG SALAH, REPORT INI BERTUJUAN UNTUK RUJUKAN PIHAK BANK. Report ini kena buat sebab Tak buat, bank pulak Tak layan….

4. PERGI KE BANK
Bila dah buat report mcm ni, teruskan ke BANK dan tunjuk report, biasanya, BANK AKAN MENGARAHKAN PIHAK BERKENAAN UNTUK MEMULANGKAN WANG KEPADA ANDA…

Ramai yang akan tanya, ehhhh… Boleh keh macam ni? Saya silap bank in bukan salah sesiapa…
Jawapannya PASTI BOLEH… Kalau orang salah bank in 20,000 kat account kamu, kamu ingat Tak payah pulangkan ke?? Ingat boleh withdraw guna duit tu pastu update FB “YAY!! Ada orang tersalah bank in kat aku 20 ribu.. Best giler aku aku shopping beli banyak2 #VAPORSHARK” Mesti Tak boleh maaaa… Kena return juga mah… Kalau tak return, tunggu la Surat mahkamah ke ape2.. Tapi saya pasti anda Akan balik balik wang anda…

 

Tambahan

Saya telah mendapatkan pengesahan dari rakan yang kerja di bank. Beliau mengesahkan cara ini boleh dipraktikkan selagi ada bukti transaksi dari mangsa kepada saspek dan salinan laporan polis. Perkara ini perlu dilakukan dalam masa 48 jam.

 

Sumber: magicalips.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top