Ilmu/Tips

Berhentilah guna ‘aluminium foil’ utk memasak. Ini kesan bahaya kepada tulang & buah pinggang anda

Memasak menggunakan kertas aluminum (aluminum foil) sememangnya satu kerja yang mudah memandangkan ia tidak mengotorkan bekas dan kertas aluminum tersebut boleh dibuang selepas digunakan. Tapi apa yang anda tidak tahu adalah, penggunaan kertas aluminum secara berterusan sebenarnya memberi kesan yang buruk kepada kesihatan.

Selain dalam masakan, kertas aluminum turut digunakan dalam penghasilan plastik pembungkusan makanan seperti pembalut snek dan sebagainya. Bagi suri rumah, kertas aluminum digunakan untuk memanggang daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran. Selain itu, kita sering kali menggunakan kertas pembalut aluminum ini sebagai lapik kepada bekas membuat kuih sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar ataupun sebagai penutup makanan untuk memerangkap wap stim.
Berhentilah guna 'aluminium foil' utk memasak. Ini kesan bahaya kepada tulang & buah pinggang anda
Namun penggunaan kertas pembalut aluminum ini secara berterusan oleh masyarakat telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengamal perubatan. Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, kandungan aluminum yang ada pada pembalut aluminum boleh luntur ketika proses memasak dan meresap masuk ke dalam makanan.

Menurut World Health Organization (WHO), badan manusia hanya mampu meneutralkan dengan baik kandungan aluminum sekiranya ia dalam jumlah yang sedikit. WHO menyatakan kandungan aluminum yang selamat untuk sistem penghadaman mencerna adalah sebanyak 40 miligram bagi setiap kilogram berat badan setiap hari. Malangnya, kebanyakkan orang pada hari ini mengambil kandungan aluminum lebih daripada sepatutnya.

Saintis yang sekian lama mencari kesan bahaya lebihan aluminum dalam badan manusia menemui hasil yang sangat yang memeranjatkan. Contohnya, penyelidik mendapati tisu otak penghidap Alzheimer mengandungi kandungan aluminum yang tinggi. Selain itu, kajian juga menunjukkan pengambilan aluminum secara berlebihan mempunyai kaitan dengan pengurangan pertumbuhan sel manusia dan berbahaya kepada mereka yang menghidapi penyakit kaitan tulang dan buah pinggang.
Berhentilah guna 'aluminium foil' utk memasak. Ini kesan bahaya kepada tulang & buah pinggang anda
Pada tahun 2012, satu laporan yang mengkaji mengenai jumlah aluminum yang meresap dalam makanan yang dimasak menggunakan kertas aluminum telah diterbitkan dalam International Journal of Electrochemical. Dapatan daripada kajian tersebut menyebut bahawa jumlah aluminum dalam kertas aluminum yang terlerai ketika dimasak bergantung kepada pelbagai faktor antaranya tahap keasidan sesuatu makanan (ikan dan tomato makanan berasid tinggi) dan suhu. Namun yang utamanya adalah laporan tersebut mengesahkan bahawa aluminum pada kertas aluminum memang terlerasi dan meresap masuk ke dalam makanan.

‘Peningkatan suhu menyebabkan aluminum terlerai. Faktor lain seperti garam, paras asid makanan dan rempah yang digunakan dalam perapan makanan tersebut”, memetik kenyataan penyelidik.

‘Tahap keasidan makanan sangat mempengaruhi pengleraian aluminum pada kertas aluminum. Bagaimana aluminum ini memberi kesan kepada tubuh badan bergantung kepada banyak faktor, antaranya adalah tahap kemampuan badan seseorang untuk menerima jumlah aluminum,” kata Dr. Ghada Bassiani daripada Universiti Ain Sham.

Jadi, patutkah kita mengelak daripada menggunakan kertas aluminum ketika masak? Ya, itulah sebaiknya ataupun kurangkan penggunaannya. Guna daun pisang pun boleh ketika hendak membakar makanan.

Sumber : Reader Digest Via Siakapkeli.my

 

AWAS! Tanda-Tanda & Simptom Buah Pinggang Anda Rosak – Dr. Bahrain Samah

TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.

Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang – kegagalan akut dan kronik – akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

 

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

Tanda utama kerosakan buah pinggang sakit pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang.

Apabila seseorang misalnya sering mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.

Berhentilah guna 'aluminium foil' utk memasak. Ini kesan bahaya kepada tulang & buah pinggang anda

Kesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.

Kulit gatal berpanjangan

Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan buah pinggang.

Berhentilah guna 'aluminium foil' utk memasak. Ini kesan bahaya kepada tulang & buah pinggang anda

Bersegeralah mendapatkan perhatian doktor dengan menjalani pemeriksaan dan diagnosis. Kerosakan buah pinggang peringkat awal dikatakan lebih mudah untuk dirawat dan prognosisnya biasanya adalah baik.

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit
kering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.

Bagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.

Sesungguhnya ubat-ubatan tertentu contohnya ubat pengawal paras kolesterol jenis statin dikatakan menyebabkan kerosakan hati dan kegagalan buah pinggang.

Sila semak British Medical Journal (2010) di bawah laporan berjudul Unintended effects of statins in men and women in England and Wales: population based cohort study using the QResearch database.

Semaklah butiran yang tercatat pada label ubat pengawal kolesterol anda atau ahli keluarga anda. Ramai tidak tahu sebahagian besar preskripsi ubatan pengawal kolesterol adalah daripada keluarga statin!

Jika anda benar-benar mengalami kerosakan buah pinggang, maka krim sapuan yang dipreskripsi doktor hanya berfungsi meredakan keradangan. Jika simptom ruam, kulit gatal dan kering dialami secara berpanjangan janganlah dipandang ringan terutama jika anda
mengalami tanda atau simptom yang lain seperti didedahkan dalam artikel ini.

Berhentilah guna 'aluminium foil' utk memasak. Ini kesan bahaya kepada tulang & buah pinggang anda

 

Buah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah.

Beberapa perubahan yang berlaku akibat kerosakan buah pinggang termasuk air kencing berbuih, kerap kencing pada waktu malam, semakin kerap buang air kecil sepanjang waktu dengan sifat air kencing yang kurang berwarna.
Kekerapan buang air kecil juga adalah tanda kerosakan buah pinggang atau buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap.
Air kencing mengandungi darah apabila didapati air kencing campur darah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah.

Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain.

Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai menyebabkan seseorang kerap buang air kecil.
Kerap buang air kecil juga boleh berpunca daripada stres kronik, lemah syahwat, masalah ereksi, terlalu kerap melakukan hubungan biologi serta sering melancap (beronani).

Perubahan kekerapan buang air kecil dikatakan sebagai tanda buah pinggang mengalami kerosakan tahap sederhana manakala perubahan warna air kencing pula merupakan tanda buah pinggang mengalami kerosakan lebih akut.

Jadi, pastikan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing anda benar-benar dapat dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang sebelum berbincang dengan doktor.

Berhentilah guna 'aluminium foil' utk memasak. Ini kesan bahaya kepada tulang & buah pinggang anda

Bengkak air

Seperti dinyatakan di atas, fungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh.

Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak.

Pada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera.

Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan (edema).

Untuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.

Anemia

Buah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel darah merah. Masalah dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut.

Akibatnya ialah penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia. Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.

Berhentilah guna 'aluminium foil' utk memasak. Ini kesan bahaya kepada tulang & buah pinggang anda

Apabila fungsi buah pinggang semakin lemah ia akan menimbulkan simptom seperti hilang selera makan, loya, muntah, melayang-layang, lesu kronik, sukar fokus, insomnia, sakit kepala, berat badan berkurangan, kulit gelap, kejang otot, sukar bernafas dan sakit
dada. Kulit semakin kering dan gatal. Semakin kerap atau sukar untuk buang air kecil.

Terdapat pelbagai punca kerosakan buah pinggang termasuk yang utama ialah paras gula yang sentiasa tinggi seperti dialami oleh penghidap diabetes.

Penghidap diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang jika mereka mengambil ubat-ubatan kombo (beberapa jenis ubatan) termasuk ubat mengawal kencing manis, paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.

 

Kredit: mediamaklumat.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top