Uncategorized

Bertahun Menderita.Akhirnya Suami Menangis Kali Pertama Dapat Melihat Wajah Isteri Dan Anak

Mata adalah  anugerah Allah yang paling besar kepada manusia. Dengan mata,kita dapat melihat dan menikmati keindahan dunia yang dicptakan Allah kepada kita. Kebolehan melihat ini juga dapat membantu manusia dalam memudahkan melakukan akiviti-aktiviti seharian. Penglihatan mata amat penting bagi manusia untuk menjalani hidup.

Tidak semua manusia bernasib baik baik.Tedapat juga manusia istimewa yang tidak dianugerahkan penglihatan mata. Hal ini disebabkan beberapa faktor masalah kesihatan mata yang dihadapi daripada sejak lahir atau pun kecederaan.

Kisah yang kami ingin bawakan ini berlaku di luar negara . Kisah ini telah disiarkan di salah satu stesen televisyen tentang seorang yang menghadapi masalah mata sejak remaja. Akibat daripada masalah itu,beliau tidak dapat melihat dengan baik. Wajah isteri dan anaknya juga beliau tidak dapat melihat dengan baik. Namun semua itu berubah apabila beliau dijemput oleh sebuah rancangan untuk mencuba alat yang dapat membantu beliau melihat. Jom kita baca kisah yang telah dikongsikan sebelum ini oleh Semasaviral.com. Semoga bermanfaat.

 

Gene yang menderita akibat kemerosotan keadaan matanya dan tidak pernah melihat isteri dan anak lelakinya dengan jelas. Namun keadaan berubah apabila cermin mata elektronik ini dicipta seiring dengan kemajuan teknologi semasa.

Bertahun Menderita.Akhirnya Suami Menangis Kali Pertama Dapat Melihat Wajah Isteri Dan Anak

Gene merupakan pengidap penyakit Stargardt di mana penglihatannya semakin merosot dan perlahan-lahan hilang semenjak beliau remaja. Penyakit ini menyerang titik tengah penglihatan manusia dan menjadikannya kabur lantas gagal untuk melihat objek bertumpu seperti muka dan sebagainya.

Gene gemar memasak dan menghabiskan masa dengan isteri dan anak lelakinya yang baru berusia setahun namun dia tidak dapat melihat wajah mereka.

Isterinya, Joy yang kebetulan menyaksikan rancangan Rachel Ray di mana sedang menayangkan episod wanita penghidap penyakit Stargardt yang dapat melihat ahli keluarganya melalui bantuan cermin mata elektronik. Lantas Joy menulis surat meminta bantuan Rachel.

Bertahun Menderita.Akhirnya Suami Menangis Kali Pertama Dapat Melihat Wajah Isteri Dan Anak

Rachel Ray kemudiannya bertindak membawa Gene dan Joy ke rancangannya supaya Gene dapat mencuba memakai cermin mata elektronik tersebut dan melihat ahli keluarganya.

“Saya sangat teruja. Saya kira, tiada kata-kata yang mampu saya gambarkan saat saya pertama kali melihat ahli keluarga saya dengan sempurna,” ujar Gene sejurus cermin mata tersebut dipakai.

Bertahun Menderita.Akhirnya Suami Menangis Kali Pertama Dapat Melihat Wajah Isteri Dan Anak

Pakar daripada e-sight yang menghasilkan teknologi ini sendiri yang memakaikan Gene cermin mata tersebut dan orang yang pertama dilihat ialah isterinya.

Suasana menjadi sebak apabila isterinya menitiskan air mata selepas Gene berkata, “Cantiknya! Saya boleh nampak seluruh wajahnya dalam satu masa. Wah! Biasanya saya hanya nampak imej-imej yang pecah dan cuba meletakkan semua rincian wajahnya dan mengingatinya sehingga saya melihatnya lagi.”

Bertahun Menderita.Akhirnya Suami Menangis Kali Pertama Dapat Melihat Wajah Isteri Dan Anak

Malah, Gene juga mampu melihat para penonton di studio. Ibu bapa Gene juga turut dipanggil naik ke pentas dan sangat gembira apabila anaknya melihat mereka.

e-sight telah menderma cermin mata yang berharga $15000 tersebut kepada Gene dan ahli keluarganya. Saksikan episod yang meruntun hati tersebut di bawah.

 

 

Kredit: semasaviral.com
Edit oleh: Suaramedia.org

 
3 Petua untuk Rawat Rabun dan Silau Mata
1. Petua untuk senaman mata
Mata juga perlukan senaman yang konsisten untuk membantu menganjalkan kembali otot-otot mata dan memastikan peredaran darah optimum ke mata.

Senaman 1
Bertahun Menderita.Akhirnya Suami Menangis Kali Pertama Dapat Melihat Wajah Isteri Dan Anak

Klik pada gambar untuk ilustrasi bergerak

Senaman 2
Bertahun Menderita.Akhirnya Suami Menangis Kali Pertama Dapat Melihat Wajah Isteri Dan Anak

Klik pada gambar untuk ilustrasi bergerak

Untuk lebih terperinci, boleh lihat video ini. Bagaimana beliau melakukan secara konsisten selama 2 bulan dan mata kembali normal.


2. Sunning dan Palming
Sunning ataupun berjemur membantu mengaktifkan semula flex dan juga otot mata kita.

Berjemur mata dengan membiarkan mata terbuka dan mengadap matahari. Seolah mata akan menyerap ‘tenaga’ yang dipancarkan oleh matahari dengan nafas dalam-dalam. Lakukan dalam beberapa minit setiap hari.

Lebih baik lakukan di waktu pagi kerana cahaya matahari lebih sihat.

Palming iaitu dengan menggosokkan kedua-dua belah tangan hingga terasa haba panas. Kemudian tekup di mata tanpa sebarang tekanan. Lakukan dalam keadaan santai.

Pastikan mata ditutup rapat hingga tiada cahaya masuk.
3. Makanan Tinggi Vitamin A dan Beta Karotena
Biasanya sayuran yang berwarna selain hijau mengandungi beta karotena yang tinggi. Saya detailkan disini antara makanan harian kita yang membantu untuk mata.

i) Karot mengandungi tinggi Vitamin A untuk bantu kekalkan kesihatan kornea mata dan bantu melindungi sel mata dan keseluruhan sel.

ii) Bayam sangat bagus jika dijadikan jus dan minum setiap pagi semasa perut kosong. Jangan fikir jadi macam dalam cerita Popeye kan. Hehehe.

Bayam mengandungi vitamin A, lutein and zeaxanthin yang diperlukan untuk mata sihat.

iii) Minyak ikan sangat bagus untuk mata yang selalu kekeringan. Kandungan asid lemak Omega membantu untuk menganjalkan otot-otot di sekitar mata.

Antara sumber utama minyak ikan adalah daripada ikan Salmon.

iv) Tomato antara yang bagus untuk sumber Lutein untuk mengelakkan terjadinya katarak mata.

Katarak sejenis selaput yang di mata yang menganggu penglihatan mata.

Untuk kesan yang lebih baik, memang kena amalkan ambil sayuran dan minyak ikan secara konsisten. Untuk anak-anak lebih bagus diamalkan sejak dari kecil.
Sumber: azeniahmad.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top