Berita

Bukan ayam,tapi simpan mayat anak dalam peti ais selama 14 tahun akibat tekanan kerja

Seorang wanita yang didakwa membunuh dan meletakkan dua bayinya di dalam peti sejuk untuk tempoh masing-masing 10 dan 14 tahun akhirnya dihukum penjara di Jerman.

Steffi Schmidt, 46, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selaman p tahun setengah atas jenayah yang dilakukannya itu.

Malah, salah seorang bayinya itu masih hidup ketika dia bertindak mengurung mereka di dalam peti sejuk.

”Apa yang saya buat adalah serius. Saya patut dihukum,” kata Steffi yang turut memberitahu mahkamah bahawa dia bertindak demikian kerana tekanan kerja lebih.

Malah di turut memberitahu bahawa dia menyimpan mayat kedua-dua anaknya kerana mendakwa dia tidak dapat berpisah dengan mereka.

Jenayahnya terbongkar apabila pihak polis menyerbu rumah wanita itu yang terletak di Bemmdorf, Januari lau selepas mendapat laporan daripada rakan wanita tersebut.

Ketika sesi pembicaraan berlangsung, mahkamah diberitahu bahawa dia menyembunyikan kehamilannya pada tahun 2004, dan melahirkan bayi yang sihat di dalam bilik air rumahnya.

Steffi kemudian bertindak memasukkan bayi tersebut di dalam plastik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.

Bedah siasat yang dilakukan terhadap bayi tersebut menemui bukti bahawa bayi itu masih hidup ketika dimasukkan ke dalam peti ais dan mati disebabkan hipothemia. Empat tahun kemudian, dia melahirkan seorang lagi bayi, namun bayi itu meninggal dunia ketika lahir.

Pihak pendakwa raya meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara selama 10 tahun manakala peguam Steffi, yang juga mempunyai dua orang lagi anak, merayu mahkamah mengurangkan hukuman kepada 6 tahun.

Sumber : Daily Mail
Kredit: siakapkeli.my

”Its All My Faults”,Luahan Sayu Permohonan Maaf Seorang Anak Kehilangan Ibu Bapa Dalam Kemalangan

Seorang anak tidak menyangka bahawa kereta yang dipandunya bakal terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa ibu bapanya sendiri. Dalam kemalangan yang berlaku di  Kilometer 413.3 Lebuh Raya Utara-Selatan itu, kenderaan jenis Perodua Alza tersebut dipandu oleh anak mangsa Faiz Hakim Darwis, 18 tahun terbabas dan terjunam ke dalam longkang dipercayai akibat hilang kawalan.

Namun, apa yang mengharukan adalah kemas kini yang dibuat oleh anak mangsa yang juga pemandu kenderaan tersebut, Faiz yang dibuat di akaun Instagramnya.

”Along minta maaf abah, along tak patut drive kereta masa tu. Its all my faults”, luah Faiz.

Luahan Faiz yang merasa bersalah atas kejadian yang berlaku telah dimuat naik oleh seorang pengguna twitter, Ahmad Arif pasti membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya tersentuh.
Bukan ayam,tapi simpan mayat anak dalam peti ais selama 14 tahun akibat tekanan kerja
Dalam kemalangan tersebut, ibu kepada Faiz sendiri, Zahera Ahmad, 55, maut di tempat kejadian apabila tercampak keluar daripada kenderaan akibat impak kemalangan.

”Along doakan mak sejahtera dan aman di sana mak, jumpa wa dan atok di syurga nanti. Along tak sempat balas jasa mak lagi, tak jadi imam ketika solat jenazah mak, hmm.” luah Faiz lagi.
Bukan ayam,tapi simpan mayat anak dalam peti ais selama 14 tahun akibat tekanan kerja
Pada mulanya, ketika Faiz memuat naik perkongsian ini, ayahnya Darwis Sanja, 46, yang juga terlibat dalam kemalangan tersebut masih terlantar di hospital akibat cedera parah.
Bukan ayam,tapi simpan mayat anak dalam peti ais selama 14 tahun akibat tekanan kerja
Namun tidak lama selepas itu, melalui perkongsian keluarganya yang terbaru, ayahnya juga sudah pun kembali ke rahmatullah.
Bukan ayam,tapi simpan mayat anak dalam peti ais selama 14 tahun akibat tekanan kerja
Setiap yang hidup pasti mati.Tiada makhluk yang akan hidup selamanya.Kami di sini mengucapkan takziah kepada Faiz sekeluarga dan semoga kedua-dua orang tuanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, amin. Al-Fatihah. Semoga beliau tabah mengharui cubaan dan dugaan yang diberikan Allah kepadanya.

Sumber : Ahmad Arif , Kosmo Online
Kredit: siakapkeli.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top