Ilmu/Tips

Cara mudah dan cepat hilangkan dakwat kekal SPR di jari.

Buat pengundi yang baru pertama kali membuang undi, mencelup jari telunjuk kanan atau kiri pada dakwat SPR kekal adalah satu pengalaman baru untuknya. Memandangkan inilah pengalaman kali pertama dan cuma akan lakukannya lagi selepas 4 tahun, rasa sayang pula nak buang warna dakwat kekal dekat jari telunjuk tu.

Puas jugalah mengambil gambar dengan jari telunjuk yang berjasa untuk hari ini. Sampaikan jari telunjuk masing-masing tu boleh jadi trending sangat di media sosial. Dari setinggi-tinggi pangkat sampailah orang kebanyakan, tak lepaskan peluang bergambar dengan jari telunjuk masing-masing.

Kelakar pun iya, tapi itulah hakikatnya kan. Maka, kita pun berjalan-jalanlah dengan bangga kerana dah menjalankan tanggungjawab pada negara. Tapi selepas jam 5 petang, dah selesai pun masa untuk membuang undi anda akan rasa satu perasaan tak selesa dekat jari telunjuk tu.

Dia mulai kering dan mengecut. Sangatlah tak selesanya. Jadi bila dah malam mulalah mencari-cari cara nak menghilangkan warna biru gelap itu dekat jari tu. Cara ini boleh dipraktikkan sekiranya anda mempunyai kulit jenis tak sensitif ya.

Sebab ia akan melibatkan penggunaan peluntur pakaian. Bimbang kulit bermasalah jadi lagi bermasalah. Bermakna cara ini terpakai untuk kulit jenis yang tahan lasak saja. Hihi..

Caranya Boleh Buat Macam Ini Sedikit Peluntur Pakaian – ada kata guna klorox tapi bila dekat rumah tak ada cuma ada Kao Bleach. Boleh juga try (sukatannya, agak-agak boleh rendam jari telunjuk tu)
Sediakan mangkuk
Sedikit losyen tangan – ini pakai apa brand pun boleh, yang sesuai untuk jari andalah.
Sehelai tisu basah/guna kain pun boleh

 

Cara hilangkan dakwat kekal di jari

 

Masukkan sedikit peluntur dekat mangkuk. Rendam sekejap, lepas tu gosoklah sampai rasa warna tu dah berkurang. Nak bagi sampai hilang 100% memang mustahillah (mungkin ikut jenis peluntur). Guna yang dicadangkan ini dapat hilangkan dalam 90%. Tak mau gonyoh lebih, takut jari sakit.

 

Cara hilangkan dakwat kekal di jari

 

Lepas itu cuci sampai bersih. Sebab tangan akan jadi lekit-lekit nanti. Saya guna juga sabun mandi biasa nak bagi kurang rasa lekit-lekit tu.

PS : Jari tu memang ada kesan luka lama ya. Hihi..

 

Cara hilangkan dakwat kekal di jari

 

Bila dah rasa selesa, keringkan jari. Letakkan sikit losyen dekat tisu basah dan gosok dekat jari tadi. Tujuannya nak bagi kulit jari kita kembali lembap. Sebab, penggunaan dakwat kekal SPR dan peluntur tadi membuatkan hujung jari telunjuk jadi kering.

Nanti bila rasa tak selesa, boleh sapu lagi losyen dekat jari telunjuk itu sampai selesa balik.

Okay, selamat mencuba!

 

Tujuan penggunaan dakwat kekal.

 

Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan penipuan pilihan raya seperti pengundian berganda. Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.

“Dakwat kekal” (indelible ink) bererti “tidak dapat dihilangkan”. Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu. Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namiun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.

Penggunaan dakwat kekal dianggap tidak sempurna kerana ia boleh digunakan dalam penipuan pilihan raya dengan menanda penyokong parti lawan sebelum mereka berpeluang membuang undi. Selain itu, terdapat juga lapuran mengenai “dakwat kekal” boleh dicuci dengan peluntur daripada tangan pengundi.[2] Di Malaysia, dakwat kekal juga dikatakan mampu menghalang penyempurnaan wuduk bagi orang Islam yang memerlukan air wuduk rata ke seluruh bahagian tubuh yang dibasuh. Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan selepas menguji dakwat terbabit memutuskan bahawa dakwat itu tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Hukum dakwat kekal berasaskan argentum nitrat adalah harus dan dibenarkan. Sumber : ms.wikipedia.org

Selaras dengan keputusan Dewan Rakyat meluluskan syor-syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada 19 April 2012 yang lalu, SPR telah mendapatkan sampel dakwat kekal yang pernah diguna pakai oleh negara lain untuk diuji oleh Jabatan Kimia. Hasil ujian tersebut telah dibawa untuk pertimbangan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan kandungan dakwat kekal tersebut tidak memberikan kemudaratan kepada pengundi-pengundi yang beragama Islam.

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 Januari 2012 telah memutuskan bahawa penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya adalah diharuskan. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia telah merumuskan bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat kekal tidak memudaratkan kesihatan.Tujuan diperkenalkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi menangani persepsi bahawa terdapat pengundi yang mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan yang berlainan. Dengan tanda yang kekal pada jari, ia menandakan beliau telahpun diberikan kertas undi dan hanya boleh mengundi sekali sahaja. Dakwat tersebut juga disediakan dalam dua warna yang berbeza bagi membezakan pengundi yang mengundi awal dan yang mengundi pada hari pengundian biasa.

Dakwat kekal akan dicalitkan di atas permukaan atas jari telunjuk kiri pengundi sehingga meliputi kuku dan ke bawah. Sekiranya tiada jari telunjuk, dakwat akan dicalitkan di atas mana-mana jari tangan kiri. Sekiranya tiada tangan kiri, dakwat akan dicalit pada mana-mana jari tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada tangan, maka dakwat kekal akan dicalitkan pada lengan pengundi di bahagian yang mudah dilihat.Adalah diharapkan penggunaan dakwat kekal ini dapat menambah keyakinan orang ramai terutamanya masyarakat pengundi terhadap ketelusan proses pengundian.

 

Sumber: mingguanwanita.my
Sumber 2: akunakpahang

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top