Ilmu/Tips

Cara Masak Pulut Yang Betul,Supaya Tidak Terkena Angin Badan Jika Makan

Ramai yang mengatakan makan pulut boleh buat angin dalam badan yang menyebabkan kita lemah dan lemau. Tetapi kalau tahu cara masak yang betul, anda boleh makan pulut tanpa perlu bimbang kesan pada tubuh badan.

Ok, sebenarnya makanan yang kita ambil perlulah bersederhana, setiap makanan ciptaan Allah membawa kebaikan kepada hamba-hambanya. Janganlah menyalahkan sesuatu masakan itu.

Jadi kalau nak tahu cara masak pulut yang betul, semak perkongsian daripada penulis makanan dan resepi Puan Ainini Zainal ini. Ada orang memang terus sakit perut, sakit urat satu badan, sakit kepala (angin naik ke kepala) bila makan pulut, kan?

Pulut atau ‘glutinous/sticky/sweet rice’ memang sifatnya sedikit ‘berangin’. Tapi ada cara yang boleh membantu anda makan dan jika tidak dapat hilangkan terus anginnya pun, kurangkannya sedikit.pulut mangga, makan pulut berangin, angin dalam badan, makanan punca angin, makanan berangin

Cara Masak Pulut Yang Betul,Supaya Tidak TerkenaAngin Badan

 

Cara Masak Sebelum Makan Pulut

1. ‘Wajib’ rendam semalaman. 
Untuk membuang phyctic acid di dalamnya. Rendam dan esoknya buang air rendaman, masak seperti biasa. Biasanya antara penyebab utama ‘bloating’ adalah beras pulutnya tidak direndam lama sebelum dimasak.

2. Masak bersama hirisan halia. 
Halia antara makanan yang membantu menyingkirkan angin berlebihan di dalam badan. Seperti mana kita kukus keledek (juga penyebab ‘bloating’) bersama halia untuk mengelakkan masalah ini, lakukan yang sama dengan masakan pulut.

3. Pastikan kombinasi makanan yang sesuai. 
Biasanya kombinasi makanan yang tidak sesuai ini boleh menyebabkan ‘gastronomical problems’, ketidakhadaman dan penghasilan gas dalam perut. Hasilnya, ‘bloating’. Grain (beras) adalah makanan yang sesuai digandingkan dengan sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang, sayuran.

Kombinasi ‘grain’ dengan makanan apa yang tidak sesuai?

BUAH.

Biasa makan pulut mangga dan rasa perut tidak selesa?

Sekali dua mungkin ok.

Tapi jika selalu, masalah penghadaman yang selalu di’stimulate’ dengan kombinasi makanan yang tidak sesuai akan menyebabkan gangguan sistem penghadaman menjadi semakin lemah (selalu ada gas).

Bagaimana dapat kita capai kesihatan yang optimum jika begitu? Perut yang ‘sihat’, hasilnya badan yang sihat.

Selamat makan pulut!

 

Sumber : Petua Ibu via jarumpanas.com

 

Baca Juga : Wanita Ini Kongsi Resepi Makanan Tradisi ‘Kekal Sihat & Awet Muda’. Boleh Amalkan Minuman Ini

Cara Masak Pulut Yang Betul,Supaya Tidak TerkenaAngin Badan

Ini dia makanan dan minuman untuk awet muda yang wajar kita semua kaum perempuan amalkan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Dikatakan jika hidangan ini jika diambil selalu anda akan rasa lebih bertenaga dan nampak berseri.

Apa tidaknya salah satu bahan yang digunakan adalah cendawan tremella atau white fungus di mana khasiatnya hampir sama dengan sarang burung. Jadi tidak hairanlah menjadikannya cukup hebat dan bertindak aktif untuk melewatkan kesan penuaan pada wajah.

Oleh itu, usah tunggu lagi. Ayuh kita pelajari resipi penyediaannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Khairunissa untuk manfaat bersama. Selamat mencuba!

LUK MEI ni ialah makanan tradisi Korea,Cina & Jepun sejak ratusan tahun dulu. Bertuah betul diri dapat resepi ni. Hari ini saya share dengan korang semua supaya korang pon boleh sihat dan awet muda.minuman awet muda, minuman luk mei, sup luk mei, luk mei halal, minuman kesihatan, minuman kekal sihat, minuman cina, minuman korea, minuman jepun

 

Cara Masak Pulut Yang Betul,Supaya Tidak TerkenaAngin Badan

Bahan-Bahan:

 

1. Cendawan Tremella @ WHITE FUNGUS
( Khasiatnya hampir sama dengan sarang burung )
Barli (optional)

Cara Masak Pulut Yang Betul,Supaya Tidak TerkenaAngin Badan

3. Barli (Optional)

Cara Masak Pulut Yang Betul,Supaya Tidak TerkenaAngin Badan

 

4. Jujube (Kurma Merah)

Cara Masak Pulut Yang Betul,Supaya Tidak TerkenaAngin Badan

 

5. Longan Kering

Cara Masak Pulut Yang Betul,Supaya Tidak TerkenaAngin Badan
6. Gula Batu

Cara Masak Pulut Yang Betul,Supaya Tidak TerkenaAngin Badan

7. Daun Pandan.

Cara Masak Pulut Yang Betul,Supaya Tidak TerkenaAngin Badan

Cara Masak:

1. Rendam barli 30 minit dan cendawan sampai lembut dan kembang. Buang tampuk berwarna kuning di bawah cendawan.

2. Rebus barli terlebih dahulu sampai empuk baru masukkan cendawan. Rebus lagi selama 40minit dengan api sederhana.

3. Kemudian masukkan longan kering, kurma dan daun pandan serta gula batu. Rebus lagi lebih kurang 20 minit atau bila nampak kurma merah itu sudah kembang.

Sedap dimakan ketika sejuk.

**Kalau rebus pakai periuk tanah lebih bagus.
* Gula batu boleh digantikan dengan gula kerek/gula organik(tapi masukkan lepas rebusan sudah siap) untuk rasa ala-ala laicikang

 

Khasiat:

meningkatkan kelembapan kulit.
anti penuaan.
mengurangkan kedut.
Bagus utk paru- paru serta sistem penghadaman.
mengelakkan dr sakit sendi(sesuai utk mereka yg ade sakit lutut).
antioksida.
antifungal.
anti bakteria.
anti stress.
efektif menangani jaundis pada bayi.
cepat pulihkan luka.
merendahkan kadar kolestrol.
sihatkan usus.
Bantu menangani masalah kencing kotor.
Menyejukkan badan.
Amalkan minum setiap hari untuk kulit yang cantik serta awet muda.

Dikatakan amalan meminum rebusan Tremella ini berasal dari gundik maharaja Cina. Beliau dikatakan sangat awet muda kerana kelihatan seperti wanita 40tahun pada usia 80 tahun!

Saya dah test pada encik suami, sebelum bersukan dia minum Luk Mei dan hasilnya, encik suami boleh main futsal tanpa rasa semput selama 1 jam.

Sumber : Khairunissa Rahin via Vee Zawiah
Kredit: adamhawa.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top