Dato Nazim Johan BONGKAR “Konspirasi Jahat Bank,Peguam & Pemaju Perumahan”

Gambar Hiasan

 

KUALA LUMPUR: Beratus ribu pembeli rumah di seluruh negara menjadi mangsa penipuan bank dan pemaju membabitkan kerugian sekitar RM20 bilion dalam tempoh 2004 hingga 2011 dakwa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pemaju perumahan gagal menyiapkan 200,000 unit rumah yang berharga antara RM100,000 dan RM300,000 seunit dari 2004 hingga 2011, kata ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Dalam tempoh tujuh tahun itu Bank Negara membenarkan bank-bank tempatan memilih sendiri pemaju untuk membangunkan projek perumahan kos rendah dan sederhana di seluruh negara, tambahnya.

“Kerana karenah bank dan pemaju, rumah yang berharga RM100,000, pembeli terpaksa membayar hingga RM700,000. Pegawai bank khususnya peguam telah berpakat dengan pemaju untuk menganiayai pembeli.

“Ramai pembeli rumah yang tertipu datang mengadu kepsda kita (PPIM). Proses untuk mendapat pembelaan di tribunal perumahan atau melalui proses mahkamah sangat lambat.

“Ini menyebabkan mereka menjadi muflis. Malah bank yang menawarkan perbankan secara Islam juga terbabit dengan penipuan ini.

“Hanya Maybank yang tidak terbabit dengan kes ini,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya.

Nadzim berkata, pihak pemaju perumahan menggunakan pelbagai helah untuk menipu pembeli, seperti membina sebuah rumah contoh dan memasang papan tanda di atas tanah tertentu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana tanah berkenaan bukan milik syarikat itu malah tidak diketahui pemiliknya.

Ia berlaku kerana Bank Negara tidak memantau pihak bank perdagangan yang melantik pemaju untuk melaksanakan projek perumahan.

Bagaimanapun, pada 2011 Bank Negara telah membatalkan kebenaran pemaju tidak berdaftar melaksanakan projek perumahan setelah mendapat aduan orang ramai.

Menurut Nadzim lagi, projek perumahan tergendala kerana bank hanya memberikan sebahagian jumlah pembiayaan kepada pemaju perumahan.

“Sebagai contoh jika rumah berharga RM300,000, bank hanya meluluskan pinjaman RM50,000 … bagaimanakah pemaju mahu menyiapkan projek mereka?

“Akhirnya pemaju cabut lari tetapi mereka sudah kutip wang pendahuluan daripada pembeli, kemudian nama pembeli disenaraihitam oleh bank atas alasan tidak bayar hutang.

“Atau bank bawa kes itu ke mahkamah untuk `mengbangkrapkan’ mereka. Dalam kes seperti ini ada pakatan antara peguam bank dan syarikat pemaju perumahan,” dakwa Nadzim.

Beliau menasihatkan pembeli rumah berhati-hati dengan permainan jahat pihak-pihak berkenaan yang semata-mata mencari keuntungan bertopengkan projek perumahan.

Sumber : antarapos.com via beritatular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *