Uncategorized

Demi Menyara Isteri Uzur,Pakcik Ini Sanggup Ulang-alik 100 km Jual Ikan Masin

Demi Menyara Isteri Uzur,Pakcik Ini Sanggup Ulang-alik 100 km Jual Ikan Masin

Gambar Hiasan

MELAKA – Seorang warga emas dari Muar, Johor sanggup berulang-alik ke sini setiap hari, semata-mata mencari rezeki dengan menjual ikan masin untuk menyara kehidupannya dengan isteri yang uzur.

Md Zin Ahmad, 63, dari Bukit Pasir, Muar keluar dari rumah seawal jam 8 pagi menaiki bas ke Melaka Sentral, di sini, perjalanan kira-kira 100 kilometer.

Demi Menyara Isteri Uzur,Pakcik Ini Sanggup Ulang-alik 100 km Jual Ikan Masin

Beliau menjual kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperoleh dari Parit Jawa, Muar.

Katanya, beliau akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi memastikan semua ikan masin yang dibawa terjual.

Md Zin berkata, kadang-kadang orang ramai tidak peduli dengan jualannya, namun dia tidak sesekali mendesak.

Beliau berkata, isterinya, Fatimah Md Said, 73, terlantar di rumah akibat sakit tua dan dia perlu bekerja kuat mencari rezeki.

Demi Menyara Isteri Uzur,Pakcik Ini Sanggup Ulang-alik 100 km Jual Ikan Masin

“Pak cik tidak mahu membebankan empat anak yang sudah dewasa kerana mereka mempunyai keluarga sendiri,” katanya ketika ditemui, di sini.

Md Zin hanya memperoleh komisen sebanyak 50 sen bagi setiap bungkus jualan ikan masin dan terpaksa berbelanja kira-kira RM30 sehari untuk tambang pergi dan pulang, perbelanjaan makan sehingga jam 9 malam.

 

Saya terpaksa berjalan ke kawasan Melaka Sentral untuk menjual ikan masin dengan harga RM10 bagi empat bungkus kerana sambutan di situ lebih menggalakkan, berbanding tempat lain,” katanya yang turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Md Zin berkata, dia masih mempunyai kudrat untuk bekerja, walaupun terpaksa berjalan sendirian mendekati orang ramai menjual ikan gelama masin itu.

Demi Menyara Isteri Uzur,Pakcik Ini Sanggup Ulang-alik 100 km Jual Ikan Masin

“Kadangkala ada rezeki lebih apabila pelanggan yang sedia tahu saya di sini (Melaka Sentral) akan mencari saya untuk menempah bekalan ikan masin untuk majlis kenduri kesyukuran dan kenduri perkahwinan,” katanya.

 

Katanya, jarak dari Muar hingga ke bandar Melaka bukanlah penghalang untuk mencari rezeki kerana dia menjaga pengambilan ubatan secara harian untuk penyakit yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

 

Sumber: bharian.com.my

 

‘Udang Tak Ada Ke?, Air Sirap Manis Sangat… Niat Baik Ajak Peminta Sedekah Makan Buat Lelaki Ini Mula ‘Letih Bersangka Baik’

Demi Menyara Isteri Uzur,Pakcik Ini Sanggup Ulang-alik 100 km Jual Ikan Masin

Dalam zaman barang serba mahal ini, semua pihak pasti akan membuat kira-kira mengenai perbelanjaan hidup setiap hari. Setiap duit yang dikeluarkan dan dibelanjakan dalam keadaan hati-hati agar tidak berlaku pembaziran. Ada yang sanggup mengikat perut demi mengumpul simpanan di kemudian hari.

Namun, segelintir pihak mengambil cara mudah untuk mengaut keuntungan dan kesenangan dalam cara yang mudah. Dengan tubuh badan yang sihat, mereka ini tanpa segan silu meminta-minta agar diberikan sedikit wang. Tapi jika diberi makanan dan wang yang sedikit, pemberi pula dituduh sebagai kedekut.

Seorang pengguna laman Facebook, Nur Yusof membuat sedikit perkongsian mengenai dirinya yang penat bersangka baik terhadap peminta sedekah…

 

Demi Menyara Isteri Uzur,Pakcik Ini Sanggup Ulang-alik 100 km Jual Ikan Masin

Demi Menyara Isteri Uzur,Pakcik Ini Sanggup Ulang-alik 100 km Jual Ikan Masin

Demi Menyara Isteri Uzur,Pakcik Ini Sanggup Ulang-alik 100 km Jual Ikan Masin

Sumber: Siakapkeli.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top