Kisah Hidup

Seperti ditoreh,Isteri merayu henti siksa suami.Ulat sampah bersepah didalam rumah

Apabila mendengar keluhan-keluhan mangsa penganiyaan santau ini,kami berasa kasihan terhadap nasib yang menimpa mereka. Bukan mudah untuk menyembuhkan penyakit itu. Kesabaran pastinya teruji di saat mengalami penderitaan begini. Ini kerana ukan sakit biasa yang boleh dilihat dan disentuh,tetapi penyakit yang hadir dalam keadaan ghaib tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang isterinya yang sedih melihat melihat suaminya terus diseksa . Tidak melanggar apa-apa benda tajam yang membahayakan,tiba-tiba rasa sakit dan apabila dilihat kesan toreh banyak di anggota badan. Semoga orang-orang yang suka melakukan penganiayaan seperti ini akan bertaubat sebelum ajal menjemput mereka. Jom ikuti kisah wanita ini.

 

TOLONGLA jangan hantar barang dekat suami..seksa melihat kakinya berdarah tanpa sebab

Assalamualaikum. Kesian Dekat suami sy dia punya kaki tiba² je macam tu setiap kali nak pergi kerja.

Dia kena start bulan 10, tahun lepas. Pergi berubat dekat sorang HAJI ni (Meninggal Dah Org nya) arwah Haji ni berubat pun guna ayat suci al-quran tak ada pulak nampak dia guna barang apa² ke baca ayat je. Dia kata macam kena santau. Lepas tu baik suami sy punya luka dah tak lagi kena.

Selang beberapa hari kena lagi, sampai lah dapat tahu arwah Haji ni dah meninggal selepas sahaja berubat dgn dia 2 minggu sebelum tu. Terkejut dengar dia dah Tak ada. Lepas tu bulan 12 hingga bulan 3 skg dah tak ada kena luka mcm tu lagi. Bulan 4 ni dah masuk 2 Kali luka nya macam tu dtg semula.

Masa kena tu dia tgh keje tiba² darah banyak keluar sekali tengok. Terpaksa dia balik rumah,majikan suruh balik , majikan pun kata luka dia nampak bukan luka biasa².

Hari ni jadi lagi sebelum subuh tadi tapi teruk kali ni sampai kena dekat dada dia sekali. Ya’Allah terasa perit kesian dekat dia menahan sakit macam tu. Rasa nya start dia kena sampai sekarang dah lebih 10 kali dekat tempat yg sama tapi ni sampai dada memang teruk lah.

Macam Mana nak buat ya? Dulu ada pergi darussyifa pun jadi lagi. Kami bukan keluarga yg senang pun masih ada yg iri hati juga. Bukan ada harta pun kami ni. Siapalah kejam sgt buat mcm ni.

“Tak Boleh percaya benda mcm ni” ramai ckp cmni tapi bayang kan benda ni berlaku dgn tiba² tak ada langgar barang apa² tahu² darah keluar luka dalam² . Nak kami tak percaya macam mana lagi. Allah S.W.T sahaja yg tahu apa kami lalui.

Hari ni benda pelik tiba² ada. Ulat sampah banyak penuh dekat rumah entah mana dtg. Baru je semalam berubat. allahuakbar, kami berasa ketakutan melihat ulat banyak macam ni. Apakah maksudnya semua ni ??
#BantuKamiYgBolehSegera

Ditoreh tiba²,Isteri merayu berhenti siksa suami.Ulat sampah bersepah didalam rumah

Cara memagar diri,rumah dan keluarga daripada gangguan jin atau syaitan.

Berpandukan Al Quran , Hadis Dan Kaedah Ulama bagi ikhtiar menghalang , mencegah dan mempertahankan diri , keluarga dan harta benda agar tidak dicerobohi oleh kejahatan manusia dan makhluk halus

PEMAGAR PERTAMA : MAKAN TAMAR AJWAH DAN TAMAR MADINAH

Amalkan memakan tamar (kurma) Ajwah dan kalau mampu makanlah sekali dengan Tamar Madinah. Hal ini sangat-sangatlah disuruh dan andaikata tidak mendapati kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah  yang berbunyi:

Ertinya: “Barangsiapa Yang Memakan Tujuh Biji Tamar Ajwah, Dia Tidak Akan Mendapat Sebarang Kemudaratan Racun Atau Sihir Yang Terkena Pada Hari Itu”. Riwayat Al Bukhari.

 

PEMAGAR KE 2 : BERWUDUK SEBELUM TIDUR

Sihir sama sekali tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Kerana setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah :

Ertinya: “Sucikanlah Jasad-Jasad Ini Mudah-Mudahan Allah Akan Menyucikan Kalian. Kerana Sesungguhnya, Tiada Seorang Pun Dari Mereka Yang Bersuci Terlebih Dahulu Sebelum Tidur, Melainkan Ada Bersamanya Seorang Malaikat. Malaikat Tersebut Tidak Akan Pernah Terlalai Walaupun Sedetik Untuk Mengucapkan Doa:

“Ya Allah, Ampunilah Dosa Hambamu Ini Kerana Dia Telah Tidur Dalam Keadaan Bersuci””. Riwayat At Tabraaniy dengan sanad yang baik.

 

PEMAGAR KE 3 : MENGAMBIL BERAT TENTANG SOLAT BERJEMAAH

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim itu bebas dan aman dari gangguan syaitan. Adapun bersikap sambil lewa terhadap tugas tersebut menyebabkan syaitan akan mengambil peluang dengan mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan Berjaya merasuk, menyihir atau apa-apa kejahatan lain lagi yang mampu diperlakukan.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah  telah bersabda:

Ertinya: “Mana-Mana Kampung Mahupun Kawasan-Kawasan Hulu Yang Tidak Mendirikan Solat Berjemaah Meskipun Penduduknya Cuma Tiga Orang, Nescaya Akan Didampingi Oleh Syaitan.

Oleh Itu, Hendaklah Dirikan Solat Berjemaah. Sesungguhnya Serigala Akan Memakan Kambing-Kambing Yang Menyendiri Dari Puaknya”. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

 

PEMAGAR KE 4 : MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD

Salah satu cara lain lagi untuk memagarkan diri dari sihir, hendaklah bangun mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan untuk bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai dirinya. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya tak ubah bagaikan bumi yang ketandusan, lantaran kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud r.a telah berkata:

Rasulullah  pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah  pun bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

 

PEMAGAR KE 5 : MEMBACA DOA PERLIDUNGAN KETIKA MASUK TANDAS

Tandas adalah tempat kotor dan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali dia masuk ke dalamnya. Salah seorang mangsa sihir telah memberitahu kepada saya bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Akan tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat menghalau dan menyuruh syaitan itu keluar dari jasad si mangsa.

Saya pernah diberitahu oleh seekor jin katanya:

Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada kamu satu senjata tajam yang mampu kamu pergunakannya untuk menentang kami tetapi aku harap kau jangan lah gunakannya untuk kami.

Saya kemudian bertanya apakah yang dimaksudkan dengan senjata tajam tersebut, lalu ia menjawab: zikir-zikir yang diajar oleh nabi.

Rasulullah  apabila mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata:

Ditoreh tiba²,Isteri merayu berhenti siksa suami.Ulat sampah bersepah didalam rumah

Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Maksudnya berlindung dari gangguan syaitan-syaitan baik syaitan jantan atau betina.

 

PEMAGAR KE 6 : PERLINDUNGAN KETIKA HENDAK MENGERJAKAN SOLAT.

Jubair ibnu Mu’tim r.a pernah mendengar Rasulullah  menyebut zikir berbunyi:

 

sebanyak tiga kali, kemudian menyebut:

 

PEMAGAR KE 7 : MEMAGAR ISTERI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH.

Selepas majlis akad nikah, kemudian tibalah pula malam pengantin, sebelum memulan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang telah engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah engkau selubungi keatasnya.

Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dari perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dari perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya” Riwayat Abu Daud

PEMAGAR KE 8 : MENDAHULUKAN KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA DENGAN BERSOLAT

Abdullah ibnu Mas’ud r.a telah berkata:

“Apabila seseorang kamu telah mendampingi isterinya (yakni pada malam pengantin) maka suruhlah dia ikut serta bersolat sunat dua rakaat di belakangmu. Selepas itu berdoalah dengan menyebut:

Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah Aku Dan Isteriku Serta Ahli Keluargaku. Ya Allah! Satukanlah Kami Suami Isteri Dengan Sebaik-Baiknya Sekiranya Catuan Yang Engkau Jadikan Ini Benar-Benar Memberi Kebaikan, Pisahkanlah Di Antara Kami Sekiranya Perpisahan Yang Engkau Jadikan Itu Benar-Benar Menuju Ke Jalan Kebahagiaan”. Riwayat At Tabraaniy

 

Pemagar Ke 9 : Memagar Diri Ketika Memulakan Aktiviti Persetubuhan.

Abdullah ibnu Abbas r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah  telah bersabda:

Ertinya: “Sekiranya salah Seorang Di Antara Kamu Ingin Mendatangi (Menyetubuhi) Isterinya, Maka Hendaklah Dia Membaca Doa Ini:Ditoreh tiba²,Isteri merayu berhenti siksa suami.Ulat sampah bersepah didalam rumah

 

PEMAGAR KE 10 :

“Hendaklah berwuduk sebelum tidur, kemudian bacalah ayat-ayat al kursi kemudian berzikirlah kepada ALLAH sehingga terlelap”.

Ditoreh tiba²,Isteri merayu berhenti siksa suami.Ulat sampah bersepah didalam rumah

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursiy sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi. Rasulullah  telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:

Ertinya: “ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu:. Riwayat al Bukhari.

 

PEMAGAR KE 11 :

Bacalah ayat-ayat di bawah pada tiap-tiap hari selepas solat maghrib:

Surah al Baqarah dari ayat 1 hingga ayat 5.
Selepas itu bacalah ayat-ayat al Kursiy dengan ditambah dua ayat lagi selepasnya (yakni ayat 256 dan 257 surah al Baqarah).
Selepas itu bacalah tiga ayat terakhir surah al Baqarah. Riwayat ad Daarimiy dari Ibnu Mas’uud.

insyaAllah akan terlepaslah dari sebarang gangguan jin dan sihir, dari malam itu ke subuh.

 

Pemagar Ke 12 : Bacalah Zikir Ini Sebanyak Seratus Kali Pada Selepas Subuh Pada Tiap-Tiap Hari Iaitu:

Dalam sebuah hadis sahih ada meriwayatkan bahawa Rasulullah  telah bersabda:

Ditoreh tiba²,Isteri merayu berhenti siksa suami.Ulat sampah bersepah didalam rumah

Ertinya: “zikir ini menyamai sepuluh orang pengawal, sesiapa yang menyebut zikir ini akan dituliskan baginya seratus kebaikan kemudian dihapuskan seratus kejahatan dan ia berperanan sebagai perisai melawan syaitan sepanjang hari itu.

Tidak seorang pun yang mampu menandingi kelebihan orang yang menyebut zikir ini melainkan sekiranya orang itu benar-benar beramal dengan amalan-amalan yang banyak”. Riwayat al Bukhari.

 

PEMAGAR KE 13 :

hendaklah membaca doa ini sebelum masuk masjid:

Ditoreh tiba²,Isteri merayu berhenti siksa suami.Ulat sampah bersepah didalam rumah

Dalam satu riwayat sahih ada menyebut:

Ertinya: Barangsiapa Yang Menyebut Doa Tersebut, Maka Syaitan Akan Mengeluh: Terlepas Aku Untuk Menggodanya Sepanjang Hari Ini”. Riwayat Abu Daud

 

PEMAGAR KE 14:

Hendaklah menyebut doa ini baik waktu pagi dan waktu petang sebanyak tiga kali:

Ditoreh tiba²,Isteri merayu berhenti siksa suami.Ulat sampah bersepah didalam rumah

Hadis riwayat Tirmiziy dan katanya: Hadis hasan gharib sahih.

 

Pemagar Ke 15 :

Hendaklah selalu menyebut doa ini ketika keluar dari rumah:

Ditoreh tiba²,Isteri merayu berhenti siksa suami.Ulat sampah bersepah didalam rumah

Sekiranya anda berkata demikian nescaya syaitan akan berkata kepada anda: engkau telah Berjaya menyelamatkan dirimu dari godaan syaitan.

Selanjutnya ia akan berkata kepada syaitan lain: Bagaimana Dengan Hasil Kau? Adapun Awal-Awal Lagi Lelaki Itu Telah Menyelamatkan Diri Dengan Ilmu Pendindingnya. Riwayat Abu Daud dan Tarmiziy hadis hasan sahih.

 

Rujukan Kitab Kitab Sihir Dan Guna Guna Cara Mencegahnya Dan Merawat Cara Islam Dan Senjata Tajam Untuk Menangkis Sihir Dan Ilmu Hitam Karangan Syeikh Wahid Abdul Salam Bali

 

Sumber 1: infoje.com
Sumber 2: nur-alhafiz.com.my
Disediakan oleh: Suaramedia.org

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

To Top