Kisah Hidup

Dulu saya main ‘oder’ je nak anak 11 orang.Kini tak lagi lepas baca kisah ini.

Pengorbanan seorang ibu yang melahirkan kita tak mungkin dapat dibalas. Disebabkan itu Islam mengangkat darjat seorang ibu tiga kali melebihi ayah. Ini menunjukkan betapa mulianya jasa dan pengorbanan seorang ibu itu.

Namun, sebagai seorang suami pernahkah kita terfikir akan risiko yang akan dihadapi oleh si isteri saat menempuh proses bersalin hingga nyawanya sendiri jadi taruhan. Ya, mungkin anggapan kita itu memang fitrah seorang wanita untuk melahirkan zuriat. Disebabkan itulah adanya segelintir suami yang sanggup main ‘order’ je nak berapa anak dekat isteri masing-masing.

Perkongsian daripada Doktor Taufiq Razif ini mungkin boleh membuka mata para suami di luar sana. Hargailah jasa isteri kerana pengorbanan mereka melahirkan zuriat anda tidak ternilai.Tolong beranak lagi sayang!

Saya dulu main order je nak anak 11 orang kat isteri saya. Kononnya nak cukupkan kuota 1 pasukan bola sepak bila semua dah besar nanti tapi bila dah tengok sendiri kesusahan isteri menjaga anak dan berhadapan dengan risiko bersalin saya jadi termenung sendiri.

Risiko bersalin ni bukan main-main. Memang melibatkan kesakitan dan nyawa. Silap haribulan boleh melayang tanpa amaran awal. Macam yang terjadi pada kes kematian Julia Fransiska Makatey di Manado yang menggemparkan Indonesia suatu ketika dulu.

Arwah meninggal ketika proses melahirkan walaupun sebelum tu sihat walafiat je. Arwah mulanya dah ada tanda-tanda nak melahirkan tapi selepas 8 jam menunggu, masih takde perubahan dan janin pun dah mula menunjukkan tanda-tanda fetal distress jadi para doktor pun putuskan untuk lahirkan secara pembedahan.

Semasa pembedahan, darah hitam keluar daripada potongan pertama! Itu menandakan oksigen dalam darah arwah dah makin berkurang! Alhamdulillah bayi dapat dikeluarkan. Semuanya kembali tenang. Tiba-tiba keadaan arwah makin teruk, saturasi oksigen makin berkurang dan akhirnya arwah diisytiharkan meninggal 20 minit selepas pembedahan tu dilakukan.

Bila dah bedah siasat rupanya arwah mengalami emboli udara. Emboli udara tu la yang mengganggu peredaran darah di tubuh arwah. Emboli tu dijumpai di ruang jantung sebelah kanan arwah. Kes ni betul-betul buat saya tersentap seketika. Bila pandang muka isteri saya jadi sayu je.

Sekarang ni saya dah faham. Saya dah faham, kenapa la seorang wanita ni sangat mudah untuk masuk syurga. Cukup buat kewajiban agama dan taat pada suaminya. Dulu saya pelik dan rasa tak adil. Sekarang saya dah sedar. Kesanggupan mereka berdepan dengan risiko kematian dalam menjadi penyambung mata rantai zuriat la yang menyebabkan martabat seorang perempuan diangkat tinggi oleh Tuhan!

p/s : Saya Taufiq Razif bukan suami yang terbaik tapi saya berusaha jadi suami yang terbaik untuk isteri saya. Apa pun, saya respect kepada semua yang bergelar ibu. Anda sememangnya golongan yang hebat!

Tolong Follow Taufiq Razif & Set See First supaya tak tertinggal info yang akan sangat berguna untuk kehidupan berkeluarga.

Kredit : Siakapkeli.my
13 Ganjaran Kemuliaan dan Pahala Untuk Ibu Mengandung
Subhanallah! Banyaknya ganjaran kemuliaan dan pahala untuk ibu mengandung! Betapa beruntungnya kita menjadi perempuan. Bukan sahaja kita dapat merasai proses pembentukan manusia secara langsung, tetapi kita juga mudah mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Betapa mulianya darjat ibu mengandung di sisi Allah.

Dulu saya main 'oder' je nak anak 11 orang.Kini tak lagi lepas baca kisah ini.

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap seteguk dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang menyusukan bayi mereka sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya. Apabila dia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka para malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Kredit:superbvitamin.blogspot.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top