Ilmu/Tips

‘Encik Tak Perlu Bayar Apa-apa’ Hanya Kerana Buku Merah,Selamat Bayar RM19713.00

Masalah kesihatan membuatkan lelaki ini, Tan Shafry dimasukkan ke wad. Sepanjang diwadkan beliau telah menjalani 6 kali pembedahan. Malah ditahan dekat 35 hari dalam wad. Ada cerita di sebalik sekeping buku merah lusuh yang ada dalam simpanannya.

Sebelum ini, lelaki ini mempunyai satu habit yang akan dilakukan setiap 3 bulan sekali. Iaitu menderma darah. Tanpa culas, itulah rutinnya.

Rupa-rupanya, rutin itulah yang telah menyelamatkan bil keseluruhan rawatan hospitalnya yang berjumlah RM19713. Dan selepas subsidi dapatlah pengecualian sejumlah RM878. Tapi akhirnya, jumlah itu semua tak perlu pun dibayar walau satu sen.
Tak Sangka Ini Rupanya Kebaikan Buku Merah
Akhirnya saya dibenarkan pulang oleh doktor selepas penyakit dah beransur pulih. Cuma jantung pula rasa aktif lebih daripada biasa bila ke kaunter HASIL.

Jumlah keseluruhan RM19713.00. Manakala jumlah yang perlu dibayar dan subsidi dari kerajaan adalah RM878.00.

Saya pun hulur buku merah ini pada kaunter. “Puan, buku merah saya ini boleh membantu saya ke untuk dapatkan diskaun?”

Selepas sahaja pegawai kaunter itu membelek buku merah saya. Terus dia print bill yang lain sambil tersenyum dan berkata, “Encik tak perlu bayar apa-apa pun.”

Waktu itu saga rasa amat terharu dan sujud syukur. “Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia.”

'Encik Tak Perlu Bayar Apa-apa' Hanya Kerana Buku Merah Terselamat Bayar RM19713.00

Mendermalah Setiap 3 Bulan Sekali
Harapan saya selepas sahabat-sahabat saya baca kisah saya ini, bolehlah buat apa yang saya lakukan. Tiga bulan sekali menderma darah.

Lama kelamaan dapat meringankan beban kita bila kita terima rawatan di hospital nanti. Anda takkan menyesal. Jom derma darah!
'Encik Tak Perlu Bayar Apa-apa' Hanya Kerana Buku Merah Terselamat Bayar RM19713.00

Kredit foto : telegraph.co.uk

Ini Kriteria Penderma Darah Yang Dicari
Berdasarkan info dari laman web rasmi Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah ini adalah senarai kriteria penderma darah yang layak menderma.

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.

2.    i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.

4. Tidur minimum 5 jam.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
a.Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
b.Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
c.Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
d.Bertukar-tukar pasangan seks.
e.Mengambil dadah secara suntikan.
f.Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :
a.Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
b.Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.

11. Membawa salah satu dokumen ASAL berikut :

'Encik Tak Perlu Bayar Apa-apa' Hanya Kerana Buku Merah Terselamat Bayar RM19713.00

 

Sumber: Tan ShafryPusat Darah Negara
Kredit: mingguanwanita.my

 
Lima Kelebihan Menderma Darah….Yang Akan Mengejutkan Anda!
Ramai yang percaya menderma darah adalah amalan yang mulia; dapat menolong menyelamatkan nyawa orang lain. Ada yang menderma sebab mereka kenal seseorang yang ada masalah sakit kronik, yang perlukan sumbangan darah dari orang lain. Ada segelintir yang mencubanya hanya untuk mencari pengalaman dan memenuhi rasa ingin tahu.

Tak kiralah apa sahaja sebab-sebab anda menderma darah. Sebenarnya, banyak faedah pada kesihatan yang boleh kita dapat dari usaha kemanusiaan yang tak seberapa ini. Cuba lihat.

Sesuatu yang PER-CU-MA

Teruja bila nampak perkataan percuma? Haa, sebenarnya, seseorang itu hanya boleh menderma kalau dia sihat secara keseluruhannya. Jadi, sebelum proses menderma, akan ada satu siri pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan secara percuma.

Dengan pemeriksaan tersebut, kita boleh tahu kalua-kalau ada yang tak normal dalam tekanan darah atau kolestrol kita. Ataupun, ada sebarang penyakit yang kita tak tahu lagi, kemungkinan penyakit itu masih diperingkat awal. Seperti sedia maklum, rakyat Malaysia sangat ‘prihatin’ dengan kesihatan sendiri; bila dah sakit baru nak jumpa doktor. Sebelum ia bertambah teruk lagi, sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui dan merawatnya dengan segera, dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain boleh dielakkan.

'Encik Tak Perlu Bayar Apa-apa' Hanya Kerana Buku Merah Terselamat Bayar RM19713.00Selepas itu, darah yang diderma tadi ditapis untuk kenalpasti kalau ada sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya. Pemeriksaan kesihatan berjadual sangat bermanfaat kepada penderma; membantu kita untuk menyemak perkembangan kesihatan kita, terutama sekali jika penderma kerap menderma darah.

Tingkat tahap kesihatan

Sebenarnya, sesiapa yang kerap menderma darah boleh mengurangkan perasaan bimbang mengenai kesihatan. Ujian kesihatan yang tadi dibuat boleh memberitahu mengenai tahap kesihatan kita. Hilangnya perasaan bimbang, boleh melahirkan perasaan positif dan seterusnya membina dan menambahkan keyakinan diri serta kesejahteraan hidup seseorang secara umumnya.

Buang yang kotor, ambil yang jernih

Jangan tak tahu, darah kita akan digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma. Ia memaksa badan menggantikan darah yang hilang, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan bekerja dengan lebih produktifnya.

Membakar kalori

Tak disangka-sangka, menderma darah boleh juga mengurangkan kalori si penderma hanya dengan berbaring diatas kerusi. Walaupun ramai yang diberitahu berat badan penderma akan bertambah selepas menderma, itu sama sekali tak benar.

Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kal seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti. Sekarang, tentu lebih ramai yang ingin menderma darah, bukan?

Tetapi, menderma darah ada hadnya. Penderma hanya boleh menderma sekali dalam dua atau tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi seseorang.

Mengurangkan risiko sakit jantung

Walaupun zat besi adalah elemen yang penting untuk memastikan badan berfungsi dengan baik, jika ia berlebihan akan membawa kepada stres oksidatif – penyumbang utama kepada serangan jantung, strok, percepatan proses penuaan serta lain-lain penyakit. Jika seseorang itu menderma darah dengan kerap, ia dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan. Mereka yang menderma darah setahun sekali mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapatkan serangan jantung berbanding mereka yang tidak menderma.

Mengurangkan risiko kanser

Ramai sebenarnya tak tahu, menderma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser hati, kanser kolon, kanser perut dan kanser tekak. Siapa yang tak mahu mengurangkan risiko kanser?

'Encik Tak Perlu Bayar Apa-apa' Hanya Kerana Buku Merah Terselamat Bayar RM19713.00Oleh itu, jadikanlah aktiviti menderma darah suatu rutin, lebih baik lagi kalau kita dapat mengajak ramai teman-teman dan kaum keluarga untuk sama-sama menderma. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama membantu mengeratkan perhubungan, malah menyumbang kepada komuniti bagi menyelamatkan nyawa orang lain, pada masa yang sama memperolehi manfaat kesihatan.

Sumber: negaraku.astro.com.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top