Uncategorized

Gambar Bukti Mukjizat Bahawa Nabi Musa Pernah Membelah Laut.

Auto Draft

Auto Draft

Auto Draft

 

PerPernah dengar kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut dengan tongkatnya? Kisah tersebut bukanlah kisah dongeng semata­mata tetapi ianya adalah kisah benar. Sampai sekarang kita masih boleh melihat bukti­bukti tersebut. Seorang ahli arkeologi bernama Ron Wyatt pada tahun 1988 mengakui bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini adalah bangkai kereta tempur Pharaoh yang tenggelam di dasar laut semasa digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.

 

Auto Draft

Auto Draft

 

Menurut pengakuannya, selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga turut menemui beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.

Auto Draft

 

Penemuan itu menguatkan lagi bahawa sisa tulang belulang itu adalah merupakan sebahagian dari kerangka para bala tentara Pharaoh yang tenggelam di laut Merah.

 

Auto Draft

 

Hasil kajian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui itu memang benar bahawa struktur dan kandungan beberapa tulang tersebut telah berusia sekitar 3500 tahun, dimana menurut sejarah, peristiwa tersebut berlaku pada kurun yang sama.

Auto Draft

Auto Draft

Auto Draft

Auto Draft

 

 

Selain itu, turut ditemui poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah ditutupi dengan batu karang, bentuk asalnya sukar untuk dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi bukti­bukti ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada utusanNya merupakan suatu yang nyata dan bukan dongeng. Di antara beberapa bangkai kereta, turut ditemui sebuah roda dengan 4 buah jeriji yang diperbuat daripada emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggang oleh Pharaoh Raja Firaun.

 

Auto Draft

 

Berdasarkan peta, menurut para ahli pengkaji sejarah di situlah sekitar lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi laut Merah. Lokasi penyeberangan itu berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan kedalamannya mencapai 1500 meter. Kecerunan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 darjah, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.

 

Auto Draft

 

Kira­kira jarak antara Nuweiba ke Arab adalah sekitar 1800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah kira­kira 900 meter. Menurut sumber lain jaraknya kira­kira mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam.

Sumber: CiteHeboh

Gambar Bukti Mukjizat Bahawa Nabi Musa Pernah Membelah Laut.

Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW Yang Mungkin Kita Tidak Pernah Lihat.
Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata;“Saya masuk ke rumah Nabi Muhammad SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar.

Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?” Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”

Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”. Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.

Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. Diatas adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)
Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, dimana tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.

Runtuhan pintu masuk ke kamar Rasulullah Saw di rumah Sayyidah Khadijah as

Runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah SAW dilahirkan.

Sisa runtuhan kamar Rasulullah SAW dan Sayyidah Khadijah as.

Runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Mihrab Rasullah SAW. asalnya terletak di sebelah selatan Qubbah tempat turunnya wahyu

Bak air yang di gunakan Rasullalah SAW untuk berwudhu yang terdapat di rumah beliau

Masjid Imam Ali Al Uraidhi di Madinah yang telah dibongkar

Tempat pemakaman keluarga Nabi SAW.

Makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.

Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat-umatnya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.

 

Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka.

Sumber: ohmymedia.cc
Via: Buletinmedia.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

To Top