Berita

Gara-gara dituduh curi makanan,nenek 62 tahun lebam ditinju majikan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,kes penderaan berkaitan orang gaji dan majikan dilihat meningkat saban hari. Masyarakat kita seolah-olah telah hilang budaya timur yang saling hormat menghormati antara satu sama lain. Sifat prikemanusiaan juga dilihat seperti sudah hilang dan budaya-budaya keganasan mula muncul dalam masyarakat.

Budaya ganas ini bukan sahaja melibatkan penderaan antara majikan dan pekerja,tetapi turut didalam aspek sosial masyarakat setempat seperti kes pergaduhan berebut parking,kemalangan dan sebagainya. Masyarakat lebih suka mengambil keputusan untuk bertindak ganas kepada pesalah daripada memikirkan jalan penyelesaian terbaik. Di sini kita boleh lihat,tahap tekanan perasaan dan emosi yang semakin meningkat didalam masayarakat di negara kita. Ianya adalah sesuatu yang tidak sihat dan membimbangkan.

Belum reda dengan kes yang hangat beberapa minggu ini . Melibatkan seorang datin mendera pekerjanya. Kini muncul lagi kes terbaru yang turut melibatkan penderaan majikan ke atas orang gaji. Berikut adalah ulasan yang telah dibuat oleh laman portal Lobakmerah.com berkaitan kes ini.

Baru Hari Pertama Bekerja, Majikan Iblis Tinju Muka Warga Emas Sampai Lebam
Rasanya ramai lagi yang ingat kes Datin Rozita yang hot beberapa minggu lepas sebab hampir terlepas hukuman mendera pembantu rumah dia sampai setengah mati. Ingatkan kisah macam ni dah stop dah.

Tetiba muncul lagi majikan iblis macam ni bila seorang warga emas kena tumbuk di muka dek kerana kesalahan yang remeh temeh pada hari pertama dia bekerja. Wuish gila ke apa majikan ni! Menurut Harian Metro, Siti Hajar Mohd Yatim, 62, hampir pekak lepas majikan kejam tu tumbuk mukanya kerana dia dituduh mencuri makanan.

Gara-gara dituduh curi makanan,nenek 62 tahun lebam ditinju majikan.Sumber: Harian Metro

Selain daripada menumbuk mangsa sampai muka jadi lebam, Siti Hajar juga mendakwa bosnya tu dah meludah ke mukanya dan memaki dia sesuka hati kerana tak berpuas hati dengan kerja yang Siti Hajar buat. Akibat tak tahan didera macam tu sekali, Siti Hajar nekad larikan diri dengan memanjat tembok setinggi dua meter sebelum mintak pertolongan jiran lain. Gilalah! Nasib baik nenek ni larikan diri.

“Pada awalnya saya berjumpa dengan majikan iaitu seorang lelaki berusia 50-an dan pertemuan itu tak menggambarkan dia seorang yang panas baran atau kaki pukul.

“Namun pada hari pertama saya bekerja, dia ‘menghadiahkan’ tumbukan di muka hanya kerana tak berpuas hati dengan beberapa perkara termasuk dituduh mencuri makanan,” luah Siti Hajar.

Gara-gara dituduh curi makanan,nenek 62 tahun lebam ditinju majikan.

Pada awalnya, mangsa dah ditawarkan untuk bekerja kat situ oleh anak saudara dengan gaji RM900 sebulan. Sebab Siti Hajar bujang, dia terima pekerjaan tu tapi dia tak sangka pulak semuanya akan jadi macam ni sehingga tubuh dia bengkak bengkil kena pukul dengan kayu dan rotan.

“Majikan yang juga pemilik bengkel akan ‘naik hantu’ apabila anaknya mengadu saya ada buat salah atau dituduh mencuri wang dan tanpa usul periksa, saya dipukul tanpa belas ihsan.

“Selain itu, majikan juga mengambil telefon bimbit, kad pengenalan dan kad bank kononnya bagi mengelak saya melarikan diri atau menghubungi ahli keluarga untuk mengadu perkara berkenaan,” jelas Siti Hajar.

 

Ehh majikan jenis apa ni?? Insecure sangat!

Gara-gara dituduh curi makanan,nenek 62 tahun lebam ditinju majikan.Sumber: Harian Metro

Selepas Siti Hajar berjaya melarikan diri, orang ramai bawak wanita tua ni ke Balai Polis Setapak untuk buat laporan lanjut. Dia kemudian dibawa pula ke Hospital Kuala Lumpur dan dimasukkan ke wad selama seminggu sebelum pusat kebajikan mengambilnya.

Buat masa ni polis sedang mengesahkan laporan yang dibuat Siti Hajar dan siasatan lanjut akan dijalankan segera.

Mana pergi rasa belas kasihan majikan ni kat pekerja tambah-tambah yang dah tua? Haih harap-harap nenek tu sembuhlah dari kecederaan yang dia alami

 

Sumber: lobakmerah.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top