Berita

Geram Nampak Suami Dengan Perempuan Lain, Isteri Tekad Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh Pokok

Jika sebelum ini seorang lelaki kantoi curang selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, kali ini ada pula kisah yang hampir sama berlaku. Terbaru, seorang lelaki curang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang dikatakan berlaku di negara seberang.

Menurut Coconuts, seorang wanita telah menyaksikan dengan mata sendiri lelaki yang merupakan suaminya bersama dengan wanita lain di dalam kereta. Berang dengan kecurangan suaminya, wanita itu dikatakan telah cuba melanggar kereta yang dipandu lelaki berkenaan menggunakan Toyota Fortuner miliknya.

Geram Nampak Suami Dengan Perempuan Lain, Wanita Tekad Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh PokokSumber: Tribunnews

Kejadian yang berlaku di Kalimantan Tengah ini melibatkan Abdi Sunaryati dan suaminya, Muhammad Naim yang memandu Mitsubishi L300. Pada waktu itu, Abdi sedang memandu kereta bersama anaknya. Ketika di persimpangan jalan, dia ternampak kereta suaminya lalu bertindak untuk mengintip lelaki itu.

Mengejutkan, Abdi terlihat seorang wanita tidak dikenali duduk bersebelahan suaminya ketika di dalam kereta. Abdi kemudian mengekori kereta Muhammad sehingga sampai ke sebuah kawasan perumahan di Kota Sampit dan melihat suaminya menghantar wanita tersebut pulang.

Geram Nampak Suami Dengan Perempuan Lain, Wanita Tekad Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh PokokSumber: Tribunnews

Menyedari si isteri sedang mengekorinya, Muhammad memecut dengan laju ketika mendekati satu persimpangan. Namun kelajuan kereta milik Muhammad tidak dapat menandingi kepantasan kereta milik isterinya. Abdi bertindak melulu melanggar kereta Muhamamd dengan kuat sehingga kenderaan suaminya itu merempuh sebatang pokok di tepi jalan.

Kemalangan tersebut menyebabkan kereta Muhammad rosak dengan teruk sekali, manakala mangsa pula mengalami kecederaan di muka, dagu dan kaki kiri.

Geram Nampak Suami Dengan Perempuan Lain, Wanita Tekad Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh PokokSumber: Tribunnews

Pegawai polis bertugas, Yudha Setiawan memberitahu bahawa Muhammad terpaksa dimasukkan ke hospital berdekatan kerana mengalami kecederaan selepas dilanggar. Pun begitu, Abdi dan anaknya yang berada di dalam kereta tidak mengalami sebarang kecederaan selain bahagian depan keretanya rosak teruk.

Fuh dahsyat akak ni, dia langgar terus suami dia yang curang tu! Jangan main-main!

 

“Dah bertunang, gatal lagi!” – Lelaki Kantoi Curang Selepas Terlibat Kemalangan Jalanraya

 

Setiap perbuatan yang jahat pastinya akan mendapat balasan daripada Tuhan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, kita sebagai makhluk di muka bumi ini perlulah sentiasa beringat sebelum melakukan sesuatu.

Terbaru, telah berlakunya kemalangan jalanraya yang melibatkan empat orang mangsa. Tragedi itu telah meragut satu nyawa, manakala tiga lagi cedera parah. Menurut Facebookkemalangan tersebut telah berlaku di jalan turun dari Cameron Highland ke Simpang Pulai.

Geram Nampak Suami Dengan Perempuan Lain, Wanita Tekad Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh PokokSumber: Facebook
Geram Nampak Suami Dengan Perempuan Lain, Wanita Tekad Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh PokokSumber: Facebook

Keempat-empat mangsa merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang dan Kulim dan telah dibawa ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan. Menurut Carisalah seorang mangsa yang dikenali sebagai Mohd Izham telah kantoi curang selepas tunangnya meninggalkan komen di Facebook.

Tunang mangsa, memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa dia tidak mengenali mana-mana perempuan yang berada di dalam kereta bersama-sama dengan tunangnya itu. Dia juga mendedahkan bahawa kereta yang dipakai mangsa adalah kepunyaanya.

Geram Nampak Suami Dengan Perempuan Lain, Wanita Tekad Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh PokokSumber: Cari

Susulan daripada komen tersebut, seorang netizen yang dipercayai merupakan adik kepada tunang mangsa turut menaikkan entri menyalahkan mangsa dan memberitahu bahawa kemalangan yang terjadi adalah balasan daripada Tuhan. 

Geram Nampak Suami Dengan Perempuan Lain, Wanita Tekad Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh Pokok

Geram Nampak Suami Dengan Perempuan Lain, Wanita Tekad Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh PokokSumber: Cari

Dia juga berang kerana mangsa menggunakan kereta kakaknya untuk membawa perempuan lain serta sudah hilang hormat kepadanya. Sejak itu pelbagai komen telah ditinggalkan oleh orang ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa itu yang telah didedahkan kepada umum.

Geram Nampak Suami Dengan Perempuan Lain, Wanita Tekad Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh PokokSumber: Cari

Namun begitu, ada juga dalam kalangan orang ramai yang memberi nasihat kepada tunang mangsa supaya tabah menghadapi dugaan ini dan mengingatkan semua supaya sentiasa beringat sebelum melakukan sesuatu.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua.

Sumber 1: lobakmerah.com
Sumber: lobakmerah.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top