Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 Bula

Hebat! Satu Keluarga Sado,Hasil Bersenam Selama 6 Bulan

Gambar Hiasan

 

Bagi mereka yang berazam untuk kurus pada tahun 2018 ini (ini mesti azam korang sejak tahun 2011 tapi tak tercapai sampai sekarang), anda mungkin boleh cuba apa yang telah dilakukan empat sekeluarga ini. Hasilnya sangat menakjubkan dan anda pasti tak percaya lepas tengok gambar mereka yang terkini!

Menurut Bored Panda, sebuah keluarga dari China yang terdiri daripada seorang jurugambar, Jesse, 32, serta bapa, ibu dan isterinya telah menjadi tular di media sosial selepas mereka mengamalkan enam bulan rejim kecergasan yang telah mengubah bentuk tubuh mereka menjadi hebat. Wow!

Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Bored Panda

Semuanya bermula apabila ibu bapa Jesse telah berpindah untuk tinggal bersama dia dan isterinya yang sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Pada mulanya hanya ibunya saja yang ingin berpindah ke rumah pasangan muda itu. Namun akhirnya Jesse mengajak bapanya sekali untuk tinggal bersama kerana dia merasakan ia merupakan peluang terbaik untuk merapatkan ikatan keluarga.

Walau bagaimanapun, Jesse berasa sedih melihat keadaan ayahnya yang berperang ketagihan alkohol dan bertubuh besar. Lalu Jesse merasakan program menguruskan badan merupakan langkah terbaik untuk mengembalikan keyakinan dan semangat untuk hidup buat bapanya.

Jesse mengajak ahli keluarga lain untuk turut serta dalan rejim kecerdasan tersebut dan menguruskan tubuh badan. Mereka bermula dengan latihan berjalan laju dan berjogging. Kemudian mereka pula ke gym hampir setiap hari untuk senaman rutin.

Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 Bula

 

Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Bored Panda
Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Bored Panda
Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Bored Panda
Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Instagram

Pasangan bapa dan anak ini juga mendokumentasikan hasil perubahan tubuh mereka dalam tempoh 10 hari, yang mana Jesse juga memuatnaik gambar tersebut di laman Instagram dan Weibo miliknya.

Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Instagram
Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Instagram

Dalam masa tiga bulan, hasil senaman gigih mereka sudah mula menampakkan rupa… Fuyyo bapak Jesse dah sado!

Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Instagram

Selesai enam bulan, kedua-dua bapa dan anak ini tampak begitu hot lagak model pula! Disebabkan perubahan antara kedua-duanya, ramai yang tidak mengecam rupa mereka.

Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Instagram
Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Instagram

Rejim kecergasan yang bermula dari 10 Mac hingga 30 September 2017 itu telah mengubah gaya hidup keluarga Jesse yang kini lebih mementingkan kesihatan. Tambahnya lagi, perkara paling menggembirakannya selepas latihan ini berakhir ialah melihat keyakinan bapanya kembali seperti dulu.

Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Instagram
Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Instagram
Satu Keluarga Jadi Sasa Hasil Bersenam Selama 6 BulaSumber: Bored Panda

So macam mana? Nak jadi hot macam bapa dan anak ini? Jomlah mula bersenam mulai hari ini! Jangan malas-malas tau!

 

Sumber: lobakmerah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *