Uncategorized

Ibu Ini ‘Follow’ Anaknya Selama 4 Hari, Namun Tidak Sangka! Inilah Drama Realiti Di Sekolah

Gambar Hiasan

DRAMA REALITI DI SEKOLAH

Selama 4 hari follow rayqal, mengajar dan memantau cara membeli, mengajar menunggu mamy/abah ambil, mengajar naik turun van, inilah realiti yang terjadi di depan mata

1. Cikgu mengarahkan supaya ibubapa beredar dari tapak perhimpunan untuk meneruskan kelancaran aktiviti. Tindakan sesetengah ibu bapa mengabaikan arahan itu malah berwefie dan memaksa anak2 pose..

Hakikat : ibubapa sendiri mengajar anak degil dan mengingkari arahan..jadi anda mengharapkan cikgu untuk didik anak anda tidak degil dan mengikut arahan??

2. Waktu anak rehat, ibubapa mengambil tempat duduk murid lain untuk temankan anaknya sahaja makan..maka murid tersebut terpinga2 sambil memegang pinggan dan air sambil mata meliar mencari tempat duduk..kawan terlanggar habis mee dan air tumpah..bayangkan itu yang terjadi pada anak kita sendiri..

Hakikat : ibubapa sendiri mengajar anak menjadi seorang yang mementingkan diri dan mengambil hak orang lain

3. Cikgu mengarahkan supaya ibubapa beredar di hadapan kelas untuk memulakan sesi pembelajaran tapi arahan diingkari malah keluarkan smartphone sambil snap gambar

Hakikat : ibubapa mengajar anak untuk tidak yakin dan tidak mempercayai seseorang yang menjalankan amanah..mengajar anak tidak menghormati hak orang lain

4. Sambil beratur membeli buku dan bayar yuran, seorang bapa sambil memimpin anak berusia 4-5 tahun memotong barisan..”cikgu, berapa lama nak beratur nie, saya kejap lagi nak masuk kerja..”maka si anak kecil petah berkata-kata..”papa kata cuti hari nie nak bawak adik pergi tengok cerita jumanji”..dan si kecil itu dijerkah bapanya di khalayak ramai

Hakikat : ibubapa sendiri mengajar anak bercakap bohong, menipu, tidak sabar dan menjatuhkan maruah orang di hadapan orang adalah tidak salah

5. Ibubapa beratur bersesak-sesak dengan murid lain membeli makanan untuk anaknya seorang dengan tujuan mengajar cara membeli di kantin..maka drama berlangsung lebih kurang 5-7 minit disitu..murid-murid lain dibelakang masih ramai lagi..apabila masing-masing dapat makanan, baru menyuapkan makanan sesuap dua, loceng berbunyi tanda waktu rehat berakhir..maka si polos, bangun sambil menoleh makanan yang tak sempat dihabiskan dan berlalu mencuci tangan

Hakikat : ibubapa mengajar anaknya cara mementingkan diri sendiri, mengambil hak orang lain dan tiada rasa belas pada orang lain..apa salahnya buat role play jual beli di rumah??

6. Parking kenderaan dan van sekolah dipenuhi oleh kereta-kereta ibubapa yang mahu mengambil anaknya..dikejauhan terlihat murid yang masih belum biasa menangis keseorangan mencari van yang terselindung disebalik kenderaan ibubapa lain

Hakikat : ibubapa mengajar anaknya mementingkan diri, tidak peduli orang lain dan mengambil hak orang lain itu tidak menjadi satu kesalahan

Begitulah drama realiti serba sedikit yang terjadi di hadapan mata..

Sedih memang cukup sedih melihat betapa masyarakat sekarang semakin tenat adab, akhlak dan tingkah laku..
Lagi sedih, bila memikirkan sikap generasi akan datang 10-20 tahun lagi bagaimana hasil corakannya..
Sedarlah wahai ibubapa, dikala kita galak menyalahkan guru-guru atas tingkah laku anak kita yang tidak seperti diharapkan, sebenarnya anak itu sendiri belajar dari ibubapanya..
Dikala kita galak memarahi guru-guru yang menghukum anak-anak kita atas kesalahannya, sebenarnya kita sendiri mencorakkan corakan hitam pada sisi hidup anak kita sendiri..

Sebelum kita meletakkan sesuatu kesalahan anak kita pada orang lain, refleks diri dulu..tanya pada diri sendiri sudah cukup sempurnakah didikan kita pada anak kita..
Guru yang sebenar-benar guru adalah ibubapanya sendiri dan guru disekolah bertanggungjawab menggilap lagi potensi anak yang kadangkala ibubapa terlepas pandang..

Ingat hakikat ini walau pahit untuk diterima
Ibubapa adalah cerminan anak-anak
Ibubapa lah sebenar-benar guru pada anaknya
Jadi bertanggungjawablah usah dilepaskan amanah itu di bahu orang lain..
Kelak disana terkaku kelu lidah untuk menjawap dihadapan pencipta..

#nukilanhatiibu

*gambar rayqal yang tak perasan mamy mengintip dia semalam

Image may contain: 1 person, sitting

 

Sumber/Foto : Siti Saleha Jaffar
Kredit: adamhawa.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top