Kisah Hidup

Interview syarikat melayu.Dia tanya solat subuh pukul berapa. Aku tipu 6.30am.

Hi Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession aku.

Nama aku Faz. Seorang perempuan, 27 tahun, tinggal di KL bersama keluarga, baru berhenti kerja dan sedang menganggur. Aku sedang revamp hidup aku. Aku kongsikan cerita aku agar tidak menjadi pada yang lain. Semoga ianya bermanfaat.

Aku seorang yang “work-hard-play-hard” punya orang. Usaha escalator kejayaan. Lepas SPM, parents aku lepaskan aku..maksudnya, mereka beri aku kebebasan untuk buat keputusan tetapi masih dalam kawalan mereka. Aku dapat offer Matrik dan U dan beberapa kolej swasta yang lain. Keputusan pertama yang aku buat sendiri, bila mana aku memilih untuk ke Kolej instead of ke Matrik or Universiti walaupun masa tu mak aku suruh aku pergi U, bapak aku suruh pergi Matrik. Dan aku pergi kolej tu tak ambil degree pun, aku buat professional course terus.

Dan mereka hormati keputusan aku. Sebab apa aku pilih kolej tu? sebab masa tu family aku ada financial crisis, aku tak dapat scholarship, jadi aku pilih ke kolej yang biasa biasa tak glamour pun (boleh apply loan Mara – walaupun lambat tapi boleh cover semua – dapat diskaun bila nak bayar balik) kalau aku ke U or Matrik (kena apply PTPTN – tak boleh cover cost living aku- ada interest). Bagi aku belajar mana-mana pun tak apa, cuma tak glamour lah, bila kawan-kawan kau belajar U, pergi overseas, kau tetiba kolej; krik krik jugaklah bila berjumpa. Alhamdulillah, zaman belajar kolej, aku tak pakai duit parents aku then parents aku boleh fokus pada adik-adik aku yang lain.

Masuk zaman kerja, aku jenis tak memilih kerja dan tempat kerja, meskipun kerja yang aku aim tu tak dapat. Alhamdulillah, aku menganggur 2 minggu je. Kerja dengan Chinese environment tapi tiada masalah dari segi perkauman ke agama ke apa. Kerja aku sibuk. Balik malam, weekend kerja. Ye, aku memang tak ada life. Tapi gaji masyuk. Itu harga yang aku perlu bayar. Kira hidup aku tak sesak, tak perlu catu makanan, boleh bagi duit kat parents setiap bulan, apa yang aku nak aku boleh beli. Bahagia. Syok sendiri. Dan mengenai perhubungan dan rancangan perkahwinan, aku postpone sejak aku putus hubungan yang terjalin selama 3 tahun. Setahun juga aku struggle nak move on yelah aku rasa dia adalah jodoh aku. Tapi sekarang dah okay dah siap pergi wedding dia lagi, wife dia pun okay je dengan aku. Mungkin juga sebab definisi bahagia aku dah lain jadi aku tak merancang untuk berkahwin.

Lama-kelamaan, aku bagaikan hidup dengan diri aku sendiri. Bahagia, gembira tetapi kosong. Orang pandang aku sebagai orang yang berjaya, mak bapak tak perlu risau, berbuat baik dengan keluarga, join NGO bila weekend free, boleh hidup sendiri, nak hangout kat kafe hipster no hal, nak beli mekap mahal takde masalah, tapi hakikatnya aku je yang tahu.

Dan langit tak selalu cerah.

Hubungan aku dengan Tuhan mula retak menanti belah. Sedikit demi sedikit. Bila aku sedar, aku sudah jauh tersungkur. Segalanya bermula dengan solat. Bila balik malam, aku mula delay solat Isyak kononnya tak larat. Aku delay solat Isyak lepas bangun tidur nak ke Subuh. Kau rasa aku akan bangun? Tak. Dan lepastu, aku mula qada’ solat. Lama-lama aku mula tinggal Isyak. Lepastu, aku mula delay solat waktu yang lain, lama-lama aku tinggal sikit-sikit solat, dalam hati aku masa tu “nanti aku qada’ balik”. Akhirnya, aku mula tinggal solat Subuh. Kau tau kan bila kau tinggal Subuh, potensi untuk kau tinggal solat lain adalah tinggi. Sikit-sikit, aku mula tinggal solat, lama-lama aku terus tak solat. Sehari, 2 hari, langsung jadi seminggu. Kadang-kadang solat, kadang-kadang tak. Solat ikut mood. Bertahun aku macam ni. Apa aku rasa masa tu? Absurd. Aku tahu aku salah, aku tahu dosa solat, aku tahu hati aku tak tenteram, tapi aku tetap buat. Sakit. Aku tak mampu untuk kawal tindakan aku dah.

Mak bapak tak tegur ke? Aku duduk rumah sewa bila aku kerja, bila aku free weekend balik rumah rumah dekat je tapi mengada nak duduk sendiri.

Kerja macam mana? Teruk. Masuk kerja lambat, buat kerja asyik dapat review note, kerja tak kualiti. culas dalam kerja, asyik EL memanjang, dan aku stress yang amat sangat.

Bermula tahun lepas, hidup aku makin jadi caca merba, aku dah tak boleh kawal tindakan aku. Pernah sekali aku tu aku bangun lambat, aku EL kerja, aku drive entah kemana, aku lepak restoran sorang-sorang sampai malam, lepastu aku pergi tidur hotel Primiera kat jalan TAR tu. Macam orang gila kan. Aku pergi jumpa Doktor. Doktor diagnosed aku ada depression dan refer aku ke HKL unit kaunselling.

Suatu hari, aku dapat interview dari satu company melayu. Ya, aku memang teringin sangat nak kerja kat company yang 100% muslim, Bukan aku racist, cuma aku nak perubahan environment, boleh cakap melayu waktu kerja. Dalam interview tu dia tanya aku, “pagi tadi solat Subuh pukul berapa?” Aku jawab 6.30am. Aku tipu, padahal aku Subuh gajah;7.00am. Dan dia tanya lagi, “Minta bacakan doa Qunut, Al-Fatihah, dan Tahiyat Akhir”. Lepastu dia minta aku baca Surah Al-Baqarah beserta maksud ayat 1-5. Lepastu baca 3 Qul tanpa melihat Al-Quran.

Aku baca dengan lancar dan elok. Tapi lepas interview habis, aku rasa berat. Berat yang tak tertanggung. Habis interview aku terus balik rumah, solat Maghrib & Isyak dan terus tidur sampai pagi. Handphone aku matikan, aku taknak diganggu oleh sesiapa. Aku tidur dengan perasaan yang tak tertanggung. Pagi tu, aku bangun sendiri pukul 5.15 am. Rasa berat tu hilang, aku bangun, cuci muka 10 kali sampai rasa awake, aku ambil wuduk, aku solat. Aku menangis yang betul betul menangis, aku baca Al-fatihah menangis, rukuk menangis, sujud menangis bagi salam menangis. Aku buat 2 rakaat solat tahajud je. Lepas solat aku menangis lagi. Aku doa satu je masa tu. “Ya Allah, tolong aku Ya Allah, tolong aku kembali kepadaMu”. Aku ulang banyak kali.

Pagi tu lepas solat Subuh, aku duduk kat meja study aku. Lama aku duduk diam. Tanpa buat apa-apa. Aku bertenang, tarik nafas, recap balik kehidupan aku beberapa tahun yang lepas, aku ambil planner aku, aku tulis misi dan visi aku. Aku macam dapat semangat baru. Hari tu adalah hari pertama setelah beberapa tahun lamanya, aku solat awal waktu untuk kelima-lima waktu.

Aku resign tempat kerja lama aku tanpa mendapat tawaran mana-mana. Aku tahu keputusan aku drastik dengan keadaan ekonomi macam ni. Tapi aku rasa tenang lepastu, aku yakin dan percaya tindakan aku. But of course lah aku still cari kerja baru. Oh ya, dan interview Company melayu tu aku tolak. Sebab apa? Aku merasakan aku telah menipu mereka.

Sekarang, aku sedang menghabiskan masa terluang aku ni untuk ‘re-design’ balik diri aku. Perkara pertama yang aku buat, aku ubah jadual hidup aku ikut waktu solat. Aku masih struggle lagi bangun awal pagi pukul 5.45 am, susah weh. Macam-macam aku buat masa minggu pertama, contohnya, bangun bangun terus bukak drama korea kejap just nak bagi mata segar. Aku latih baca Al-Quran dan maksud sekali 10 ayat setiap hari. Untuk Ramadan kali ni, aku tak aim untuk khatam Al-Quran instead aku aim for baca 5 muka surat sehari berserta maksud. Aku had kan limit socmed aku mostly untuk baca artikel dari IIUMC ke The Patriots ke Angel Wears Gucci ke Warga Prihatin ke etc.. IG memang aku off terus buka bila aku rasa nak buka.

Segala puji buat Yang Maha Pencipta. Things getting better, aku masih berusaha lagi dan aku akan terus berusaha. Aku berharap kisah aku ni dapat dijadikan pengajaran. Jaga solat, hidup kita akan terjaga.

Itu sahaja confession aku. Terima kasih membacanya walaupun panjang lebar. Maaf sekiranya ada yang mengguris perasaan. Assalamualaikum.

~Faz~

Sumber: iiumc.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top