Uncategorized

Isteri nazak akibat kemalangan.Tapi suami melutut mohon jangan selamatkan isterinya

Lelaki ini dan isterinya mengalami kemalangan saat sedang menunggang motor. Mereka berdua sama-sama terpelanting, namun malangnya, sang isteri kemudian di langgar oleh kendaraan lain dari arah yang berlawanan

Dengan badan penuh luka dan langkah tertatih, lelaki ini segera menghampiri sang isteri yang telah tak sadarkan diri. Ia terus memanggil nama isterinya, namun sang isteri tetap tak kunjung sadar. Tak lama, ambulans pun tiba.

Namun ketika petugas telah berhasil mengangkat sang isteri naik ke atas mobil ambulans, lelaki ini segera berlutut di hadapan seluruh petugas dengan bersimbah air mata. Tak disangka, lelaki ini kemudian minta agar para petugas tidak menyelamatkan nyawa isterinya!

Isteri nazak akibat kemalangan.Tapi suami melutut mohon jangan selamatkan isterinya

Seluruh petugas terkejut mendengar permintaan lelaki ini. Dengan suara tercekat, ia kemudian menjelaskan alasan dibalik permohonannya tersebut. Ternyata, isteri lelaki ini tengah mengidap kanser tahap akhir. Istrinya pernah berkata agar lelaki ini tidak membuang banyak wang untuk mengobati penyakitnya yang sudah tak tertolong lagi. Namun demikian, petugas medis tidak menghiraukan permohonan tersebut dan tetap melaksanakan kewajiban mereka.

Isteri nazak akibat kemalangan.Tapi suami melutut mohon jangan selamatkan isterinya

Setelah menempuh operasi selama 5 jam, isteri lelaki ini pada akhirnya meninggal juga. Ketika mendengar kabar tersebut, lelaki ini tak dapat menahan emosinya. Ia menangis sejadi-jadinya, meratapi kepergian sang isteri tercinta.

Isteri nazak akibat kemalangan.Tapi suami melutut mohon jangan selamatkan isterinya

Berita ini kemudian dibanjiri oleh komentar para netizen. Seorang netizen berkata,”Jika suatu hari aku terkena penyakit yang sudah tak dapat disembuhkan, aku akan mempergunakan seluruh sisa waktu dan uangku untuk pergi travel ke berbagai negara.

Aku tak mau keluargaku menghabiskan wang dan tenaga untuk suatu hal yang sia-sia. Daripada hidup menderita, lebih baik aku menutup mata dengan bahagia.”;

Netizen lain berkata,”Ibuku juga mengidap kanser tahap akhir. Beberapa waktu ini aku terus menemani di sampingnya dan memberinya semangat. Aku mau menemani selama aku bisa karena aku tahu, waktunya sudah tak lama lagi…”;

Ada juga netizen yang berkata,”Mertuaku divonis mengidap kanser tahap awal. Ia kemudian menjalani operasi, namun tak disangka hasilnya tidak baik, sehingga ia harus menjalani operasi kedua. Setelah operasi kedua, mertuaku terus menerus koma hingga akhirnya meninggal beberapa bulan lalu. Kami telah menghabiskan biaya sebesar lebih dari 20 ribu, namun nyawa mertuaku tetap tak dapat tertolong…”

 

Sumber: kisahbenar.online

Isteri minta bersalin di hospital swasta kos lebih 10k.Demi isteri suami sanggup buat….

 

Bila baca tweet perempuan ni, teringat masa tahun 2016 dulu, ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat Gleneagles Medini untuk LSCS. Masa isteri dia bagi IC kat aku, suami dia cakap “haaaa ni yg awak nak kan? Nak beranak kat hospital ni”. Aku pun tanya lah apa maksud suami dia cakap macam tu. Dia kata mereka ada lalu kat depan Gleneagles masa Gleneagles belum buka lagi. Masa tu isteri dia kata kalau nk anak, suami dia kena bawa dia beranak kat Gleneagles.

Lepas aku dah pulangkan IC, isteri dia terus duduk kat sofa tempat menunggu sementara aku nak settlekan pasal bed & deposit dgn suami dia. Aku pun cakap kat suami dia yang aku kena collect deposit RM8,000 sbb ikut hospital policy, mmg kena bayar deposit atleast 80% from the total estimated procedure cost (policy masa tahun 2016). Dia memang book single ward masa tu. Suami dia jawab “Ada encik, saya mmg ada bawa cash RM10,000 ni. OT siang malam ni encik nak kumpul duit ni”. Sambil dia ketawa bangga. Kesian juga lah aku dengar sbb suami dia kerja biasa2 je.

Lepastu suami dia tanya lagi, “Kenapa tadi encik kata estimated cost? Bukan ke mmg RM10,000 untuk beranak operate kat sini?”. Aku pun cakaplah berdasarkan pengalaman aku kerja situ, tak pernah lagi ada LSCS case yang bil dia RM 10,000 sebab bergantung pd keadaan isteri dia & baby dia. RM10,000 tu cuma anggaran kes LSCS paling simple je. Selalunya LSCS case dlm RM 11K-13K bergantung pd case. Kalau ada complication, lg mahal lah.. Aku bukan nak takutkan suami dia tapi aku tak nak bagi harapan palsu. Muka suami dia terus berubah. Suami dia cakap “Saya memang ada RM10,000 je encik. Ada lagi sikit duit dlm akaun sy tu untuk buat kenduri untuk baby nanti”.

Tapi aku cakap kat dia, dia masih ada masa kalau nk ubah fikiran untuk bawa isteri dia pergi GH kalau betul2 duit dia cuma ngam2 sbb due date isteri dia pun belum sampai lagi sebenarnya & isteri dia belum ada contraction. Lagi pula, dia dah memang ada buku pink GH tu. Ataupun, dia boleh duduk kat double bedded sbb estimated cost utk double bedded LSCS cuma RM8,000 lebih je masa tu. Lepastu suami dia jawab “Tak apalah encik. Proceed je. Mmg dia teringin nak beranak kat sini. Lagipun kalau duduk kat ward 2 org, sy tak boleh teman dia tidur kan?”. Aku pun proceed je lah admission tu. Masa aku pakaikan wristband pd isteri dia tu, muka isteri dia mmg nampak macam excited gila. Maklumlah, belum rasa sakit lagi. Hehe. Selang dua hari lepas tu aku tgk dalam sistem, isteri dia dapat discharge dah. Total bil lebih RM11,000. Tapi baby dia masih tak dapat discharge sebab jaundice. Maksudnya, bil akan semakin bertambah-tambah lah.

So pada para isteri, janganlah nak ikut trend sangat atau nak beranak kat hospital yg gah sangat kalau dah tau si suami tu tak berapa mampu. Ni baru2 tengok Siti beranak kat Gleneagles, jgn plak terus teringin beranak kat Gleneagles. Huhu. Kesian kat suami tu. Bertolak ansur lah. Duit tu boleh buat benda lain yg lebih penting lagi lepas baby tu dh keluar. Kalau yg betul2 mampu, silakan lah. Tak salah pun sebab memang selesa pun kalau dok kat hospital swasta. Bayangkan staf hospital yg dapat diskaun tu pun takut nak beranak kat hospital tu.

Selalu org sebut pasal betapa besarnya pengorbanan isteri mengandung & melahirkan anak. Ye, mmg tak ada sesiapa dpt nafikan pengorbanan isteri & ibu tapi tak ramai yg sebut pengorbanan suami yg macam ni.

————————————————————

Ada penambahan sikit. Aku bukan anti hospital swasta lah. In fact, akak & adik aku pun bersalin kat hospital swasta. Tapi kalau ye pun nak bersalin kat swasta, tgk lah pd bajet anda.

Yg aku cerita dlm posting sebelum ni, suami dia tak berapa mampu tapi dia nak duduk hospital 5 star. Dan aku advice suami dia utk pergi GH tu sebab kami ni staf hospital, DILARANG promote hospital swasta lain. Sebab tu aku suggest suami dia pergi GH.

Bayangkan, anda tidak berapa ada kemampuan tapi anda nak pergi bersalin kat hospital yg kosnya cecah RM12,000 utk LSCS sedangkan anda boleh bersalin dgn kos cuma RM5,000 kat hospital swasta lain. Lebih elok jika duit tu anda simpan untuk keperluan anda dan keluarga anda selepas anda bersalin. Bagi yang berkemampuan atau yg nak 1st class service & treatment, dialu-alukan ke hospital mewah (Gleneagles, Prince Court etc). Tepuk dada, tanya selera. Apa-apa pun, terpulang pd anda nk bersalin kat mana sebab itu duit anda & anak anda. Buatlah perbincangan antara suami & isteri. Kerana suami & isteri ada pengorbanan masing-masing.

 

Sumber:Mohd Hilmi Ahmad Adnan

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top