Berita

Jangan Tanam Pokok Pandan Terlalu Merimbun Di Belakang Rumah Ada ‘BENDA’ Akan Duduk Situ

ABU, NEGERI SEMBILAN – Seorang guru wanita mengalami trauma apabila jari telunjuk tangan kanannya digigit ular dipercayai ketika mengambil daun pandan di kebun kecil di belakang rumahnya.

Kejadian itu juga menyebabkan Salmiah Marzuki terpaksa ditahan di wad hampir seminggu. Malah, jarinya juga tidak dapat berfungsi seperti biasa.

“41 hari yang lalu, jari saya digigit ular. Oleh disebabkan itu, saya terpaksa menginap di hospital selama 6 hari 6 malam. Akibat dari gigitan ular ini, sehingga sekarang jari saya masih tidak dapat berfungsi seperti biasa.

“Bukan ini cerita yang saya mahu sampaikan, tetapi saya ingin berkongsi nasihat seorang doktor agar jangan menanam pandan di belakang rumah sehingga terlalu merimbun. Memadai saja dengan menanamnya di dalam pasu untuk kegunaan sendiri. Menanam untuk tujuan komersial, lain cerita ya.

Jangan Tanam Pokok Pandan Terlalu Merimbun Di Belakang Rumah Ada ‘BENDA’ Akan Duduk Situ


Pokok pandan yang ditanam di kebun kecil belakang rumah Salmiah | Foto – Salmiah Marzuki

“Menurut doktor yang berkongsikan pengalamannya ketika bertugas di unit orthopedik, banyak gigitan ular berlaku yang melibatkan mangsanya berada di kawasan pokok pandan. Ini termasuklah kes saya. Katanya, ular memang suka bersarang di celah-celah rimbunan pokok pandan. Jadi, berhati-hatilah ya rakan-rakan semua,” katanya.

 

Jangan Tanam Pokok Pandan Terlalu Merimbun Di Belakang Rumah Ada ‘BENDA’ Akan Duduk Situ
Kejadian awal November lalu, jari telunjuk Salmiah bengkak disengat kala jengking | Foto – Salmiah Marzuki

Difahamkan, Salmiah pada awal November lalu pernah disengat kala jengking ketika melawat kebun kecilnya itu. Kesannya, jari telunjuk tangan kanan mengalami bengkak dan diberikan ubat antibiotik untuk meredakan bengkaknya.

 

 

Siapa yang tidak takut apabila melihat ular. Hal ini kerana ular boleh saja membunuh kerana bisanya yang sangat beracun merbahaya kepada manusia.

Memiliki bentuk tubuh yang anjal membuat reptilia ini mudah untuk memasuki  tempat-tempat sempit, bahkan tempat yang tak terfikirkan sekalipun. Namun kemunculannya pasti akan buat semua orang ketakutan.

Berikut 3 tempat mengejutkan yang boleh jadi ‘sarang’ untuk ular.

1. Muncul dari Lubang Toilet

Seekor ular kobra sepanjang satu meter dilaporkan muncul dari lubang tandas di sebuah rumah di Thailand.

Seperti yang dilaporkan  Thai PBS, dan  Asian Correspondent,pasukan penyelamat dari Po Teck Toeng Foundation dikhabarkan menerima panggilan darurat dari seorang lelaki, Polapat Laokamnerdpetch.

 

Lelaki berusia 27 tahun itu menghubungi pasukan penyelamat pada pukul 20.40 waktu setempat setelah dirinya melihat  ular dari lubang tandas.

Tiba di tempat kejadian, pasukan penyelamat menemukan bahawa ular tedung itu kembali masuk ke lubang tandas. Untuk menarik ular itu keluar, para petugas menyiram lubang tandas dengan cairan insektisida.

Setengah jam kemudian, reptilia itu pun keluar dari tempat persembunyiannya dan terus ditangkap pasukan penyelamat. Akhirnya, ular  itu dibawa ke sebuah tempat peternakan ular di pejabat Palang Merah Thailand.
2. ‘Teror’ di Kabin Pesawat
Anda mungkin pernah menonton filem yang bertajuk Snake On Plane. Jangan terkejut sebenarnya kejadian ular tersesat didalam pesawat kapal terbang benar-benar berlaku. Seorang penumpang pesawat Aeromexico terkejut apabila terlihat suatu objek kehijauan di syiling pesawat.

 

Dalam video berdurasi 16 saat itu, terlihat seekor ular yang cukup besar telah tergantung di syiling bagasi bahagian belakang dan tidak lama ular tersebut jatuh ke kabin pesawat.

Kemunculan ular itu mengundang kegelisahan dan rasa takut penumpang, apa lagi  ular itu jatuh ke salah satu kerusi penumpang. Kejadiaan ini telah menimbulkan rasa panik kepada penumpang ketika penerbangan sedang dilakukan. Hal ini mungkin terjadi kerana musim panas,lalu ular itu mula mencari tempat perlindungan untuk mengekalkan kelembapan dan kesejukan suhu badannya.
3. Ular menyorok dalam kasut
Cuba bayangkan,apa yang anda akan lakukan sekiranya semasa anda memakai kasut,tiba-tiba terdapat seekor ular didalam kasut yang anda sedang pakai. Mungkin anda akan cepat-cepat cabut dan membuang kasut itu kerana khuatir dipatuk ular yang berbisa kan?

Banyak kisah juga kita dengar ssebelum  ini,kasut antara tempat kegemaran ular untuk bersembunyi terutamanya dimusim-musim panas.

 

Hal itulah yang dialami oleh seorang perempuan di daerah pesisir pantai Moana, Adelaide, Australia Selatan. Seperti yang dilaporkan dari Daily Mail edisi 23 September 2016, perempuan itu dikejutkan dengan apa yang ditemukan di dalam kasut boot UGG kesayangannya.

Seekor ular coklat berbisa sedang melingkar di dalam kasutnya. Perempuan yang tidak disebutkan namanya itu lantas menghubungi Snake Catcher Adelaide untuk membantunya.

Penangkap ular terus itu mengeluarkan binatang berbisa itu dari dalam boot dengan sangat mudah. Ange mengambil guni ularnya dan memasukkan ular tersebut ke dalamnya.

4. Sembunyi di Atap Rumah
Atap rumah juga boleh menjadi sarang tempat persembunyian ular.Hal ini kerana tempatnya yang gelap sesuai untuk ular menjadikan ia sebagai tempat persembunyian.

Sebuah restoran riuh rendah tatkala ular raksasa bergelantungan dari syiling restoran itu. Tak lama kemudian, ular itu jatuh dan turun tepat di depan pengunjung yang ketakutan menyaksikan adegan tersebut.

 

Mereka kemudian mulai menggunakan batang logam untuk menenangkan ular, dan untuk memudahkan  memegang bahagian kepalanya.
5. Menyamar Jadi Pohon?
Hati-hati ketika masuk didalam hutan kerana ular juga boleh menjalar di pohon-pohon pokok dan ia adalah salah satu habitat ular.

Seorang pekerja di hutan Vietnam terkejut bukan main, melihat ular sepanjang 20 kaki atau sekitar 6 meter di antara cabang-cabang pohon.

Dalam rakaman yang yang dikutip dari Daily Mail, reptil berukuran besar itu terlihat menggantung di antara akar pohon ketika pekerja mengangkat tumpukan kayu.

Ular yang tak banyak bergerak itu sepertinya terbangun dari tidur nyenyak. Ia sedikit menggeliat saat terbawa ke dalam alat penggali besi berisi ranting, yang kemudian diarahkan ke tanah kerana ‘tamu’ tak diundang itu.

Seorang pekerja yang berani kemudian menjatuhkan ular jenis seperti ular sawa itu ke tanah dengan tongkat.

Sumber: kisahrumahtangga.net
Sumber: global.liputan6.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top