"Kalau Kena Patuk Ular, Jangan Tiru Cerita Hindustan Hisap Bisa," - Doktor Kongsi Cara Betul Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

“Kalau Kena Patuk Ular, Jangan Tiru Cerita Hindustan Hisap Bisa,” – Doktor Kongsi Cara Betul Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

Ular adalah haiwan berbisa yang mampu meragut nyawa dengan satu semburan berbisanya. Ramai orang sentiasa takut akan haiwan berbisa ini. Namun kadang kala haiwan berbisa ini boleh sesat sehingga memasuki rumah.

Jika duduk di kawasan kampung sudah pasti risau jika ular menceroboh masuk ke dalam rumah. Kita akan bertambah takut dan panik jika terkena patukan haiwan berbisa itu. Jadi bagaimana cara mengatasi jika kita terkena patukan ular?

Dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif bagaimana cara sebenar bagaimana mengendalikan mangsa patukan ular, sebelum mendapat rawatan di hospital, semoga mendapat manfaat bersama.

Bila Kena Patuk Ular

Terkejut saya bila mak mertua saya call tadi. Katanya ada ular masuk rumah.

Tengah khusyuk solat maghrib tadi bunyi macam ada binatang pelik. Rupanya ada ular hitam tengah bergaduh dengan kucing oren yang selalu menyelinap masuk kat dapur.

Nampak macan tedung je. Kalau tedung, memang bahaya sangat la patukannya sebab racunnya sangat berbisa kepada saraf ( neurotoxin ) dan juga sangat la berbisa kepada jantung ( cardiotoxin ).

Sebab tu kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.

Jangan sedut. Jangan ikat.

Jangan toreh. Jangan picit luka.

Yang kena buat adalah :

+ bertenang dan jangan panik

+ jauhi ular tu

+ jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala ( tiga segi ke bulat ) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk ( kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas )

+ bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat ye. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular tu ke dalam saluran darah )

+ limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la camne pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital

Contoh splint

+ masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ye. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar

p/s : Alhamdulillah ular tedung ni berjaya dibunuh dengan jayanya oleh bapak mertua saya. Kalau ikut guideline sebenarnya kena call JPAM atau Bomba ye. Info yang saya bagi ni tolong save ye, malang kan tak berbau. Kalau ada kejadian dipatuk kan nanti senang, terus bukak je info yang saya dah bagi ni

 
Kesan bahaya gigitan ular berbisa
1. Keracunan lokal
Keadaan ini menunjukkan kesan langsung gigitan ular pada bahagian tubuh . Biasanya akan bengkak dan melepuh. Namun pada kes tertentu, boleh  saja langsung terjadi nekrosis (kematian) kerana racun-racun tertentu yang terkandung dalam bisa ular memberi kesan langsung dengan sistem  tubuh mangsa.

3. Gangguan pembekuan darah
Ular mengandungi enzim prokoagulan yang dapat mengganggu proses pembekuan darah. Dan bila keadaan ini tidak segera ditangani, akan terjadi pendarahan sistemik yang tak hanya spontan tetapi juga berpotensi mematikan mangsa.

4. Lumpuh
Ada sejumlah protein dalam venom ular yang bersifat neurotoksik atau mengakibatkan kelumpuhan saraf, utamanya di tubuh bagian atas. Rata-rata mangsa dengan kelumpuhan seperti ini akan meninggal kerana gangguan atau kelumpuhan pada sistem pernafasan. Beberapa di antaranya merasa seperti mengantuk kerana kurangnya pengaliran udara mahupun darah akibat kelumpuhan tadi.

5. Myotoxicity
Ini adalah jenis racun yang umumnya ditemukan pada spesies ular laut. Sekali dilepaskan, racun ini akan menyebar ke pembuluh darah dan otot, mengakibatkan kesan seperti kelumpuhan. Seperti halnya neurotoksik, mangsa yang terkena myotoxic boleh saja meninggal dunia kerana kelumpuhan atau lemahnya otot pernafasan atau kerosakan pada ginjal.

6. Kerosakan ginjal
Ada beragam jenis gangguan ginjal yang terjadi pada mereka yang pernah digigit ular. Yang paling umum adalah ‘acute tubular necrosis’ atau kematian sistem pada ginjal, menunjukkan adanya efek langsung dari racun ular. Boleh  juga kerana hipotensi yang terlalu lama.

Sumber: Dr Taufiq Razif via Siakapkeli

Sumber: ini-kalilah.blogspot.my
Sumber: health.detik.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *