Kisah Hidup

Kandungan sudah 5 bulan.Doktor sahkan anak cacat. Tapi ini keputusan saya.

Naluri seorang ibu hamil itu amat dekat dengan bayi dalam kandungannya. Denyut nadi sekecil itu kekal bergerak seiring dengan naik turunnya nafas ibu. Ya, ibu yang mengandung amat merasai kedekatan ini.

Dan apabila doktor memaklumkan, bayi yang dikandung itu mempunyai pelbagai masalah kecacatan dan dia tidak boleh hidup. Apakah jangkaan emosi yang ibu harus berikan. Perlukah ibu menurut kata doktor, membenarkan anaknya dikeluarkan awal? Atau bagaimana?

Kita yang membaca mungkin menyatakan mengapa susah mahu membuat keputusan? Bila doktor sudah menjangkakan risiko begitu. Bebannya nanti akan berbalik kepada ibu, mengapa mahu menanggung risiko? Relakan sajalah kepergiannya. Ya, kita memang mudah menuturkan.

Menulis komen ikut apa yang kita fikir. Hakikatnya, ibu yang mengandungkan, yang merasai hadirnya satu nyawa dalam tubuhnya takkan mungkin dapat membenarkan nyawa itu diambil pergi. Tak mungkin! Biar apa pun kata orang, biar apa pun bentuk yang akan dilahirkan itulah anugerah, hadiah yang tuhan berikan untuknya.

Kisah seorang ibu yang mengandung 5 bulan dengan bermacam risiko pada kehamilannya. Ceritanya sarat dilema, namun ibu ini tidak mengalah. Dia tetapkan hati.
Otak Bayi Saya Tak Terbentuk Sempurna..
Salam Ibu-ibu,

Di sini saya ingin meluahkan tentang kandungan saya.

Usia kandungan saya sudahpun mencecah 5 bulan. Saya mendapati baby saya ini ada masalah. Masalah yang risikonya tinggi, iaitu masalah pertama yang doktor jelaskan perut baby naik ke ruang paru-paru dan menyebabkan paru-paru baby tidak boleh berkembang.

Masalah kedua yang dikhabarkan, kedua otak baby saya tidak terbentuk dengan sempurna. Bukan itu saja, ada lagi masalah ketika yang mana kedua-dua buah pinggang baby membengkak.

Doktor juga temui masalah keempat, tapi doktor belum confirmkan lagi sama ada lelangit baby saya ada atau tidak. Dan yang terakhir doktor maklumkan baby saya sumbing.

Usia kandungan saya kini 5 bulan. Jadi doktoe sarankan untuk saya buat satu ujian. Ujian ini akan mengesahkan sama ada baby saya ini boleh hidup ataupun tidak.

Apa pun keputusannya tetap atas persetujuan ibu dan bapa sama ada mahu teruskan buat ujian itu atau sebaliknya. Kata doktor, jika keputusan menyatakan baby tak boleh hidup, doktor boleh keluarkan bayi awal. Tak perlu lagi saya meneruskan kandungan ini.
Walau Berisiko, Saya Teruskan Jua Kandungan Ini
Sungguh berat untuk saya terima. Saya berbincang hal ini dengan suami. Dan tak mahu melakukan ujian ini, apatah lagi mengeluarkan bayi dalam kandungan saya.

Lagipun, baby saya sangat-sangat aktif dalam kandungan. Doktor jelaskan memang begitulah. Bayi memang aktif dalam kandungan kerana dia bernafas melalui ibunya.

Cuma kemungkinan waktu baby dilahirkan nanti, mungkin baby tak dapat nak tampung pernafasannya sendiri. Kerana, ketika itu ruang paru-parunya dah sempit sebab diganggu oleh perut yang dah menumpang di tempat paru-paru. Allah..

Sekarang, usia kandungan saya dah 7 bulan lebih. Ya.. saya tetap teruskan kandungan ini. Walaupun saya tahu baby saya akan bermasalah besar kelak. Saya kuat untuk laluinya kerana saya tahu baby saya juga kuat.

Ibu-ibu.. saya mohon doa ibu-ibu semua. Doakan semoga ada keajaiban yang diberikanNya untuk saya dan baby.

Kami mendoakan semoga ibu ini akan melahirkan bayinya dalam keadaan normal dan sempurna serta dipelihara olehNya. Ya, semoga berkat doa mak-mak di bulan Ramadhan akan ada keajaiban untuk ibu ini. Sesungguhnya ketenangan hati itu adalah milik orang-orang yang sabar menempuh setiap ujian dari Allah.

Sumber: mingguanwanita.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top