Uncategorized

Kasar Dan Basah,Siapa Jilat Tengkuk Aku? Bila Toleh Belakang…..Terbeliak

Gambar Hiasan

Kasar Dan Basah,Siapa Jilat Tengkuk Aku? Bila Toleh Belakang…..Terbeliak

 

Pengalaman melalui kisah seram ini berlaku sewaktu aku berusia 18 tahun,Selesai dari menduduki Peperiksaan SPM,aku tidak menyambung pelajaran dan hanya menjadi penganggur di kampungku.

Ayahku seorang pemandu lori,maka banyak tempat yang dia pergi untuk menghantar barangan,kadangkala aku mengikuti ayahku,namun aku lebih banyak masa di kampung atau di rumah kerana sekurang-kurangnya aku dapat menjaga ibu serta adik beradikku,sementara ayah bekerja di luar kawasan.

Di Jadikan cerita,suatu malam lebih kurang 8 malam,Ayahku menghubungiku,ketika itu ayah sudah sampai di bukit putus untuk ke Pahang menghantar barangan ke sana.

Ayah memintaku untuk menghantar ic serta dompetnya yang tertinggal di rumah,maka nak tak hendak terpaksalah aku pergi menghantarkannya dengan menaiki motor Ex5 ku.

Sebelum aku pergi ke bukit putus untuk menghantar dompet ayah,aku jenuh menghubungi kawan-kawanku untuk menemaniku ke sana,Tetapi ada saja alasan mereka,akhirnya aku seorang diri juga yang ke sana tanpa di temani sesiapa.

Perasaan seram tetap ada,bagi menghilangkan rasa seram,aku memasang earphone di telinga dan mendengar lagu-lagu yang ada di telefonku,sesekali aku turut ikut menyanyi.

Sewaktu mula sampai di bukit putus lagu rancak yang menemaniku tadi tiba-tiba sepi!aku menyeluk telefon bimbitku,setelah ku periksa ternyata,Rupanya bateri telefonku sudah habis!

“Aduh!adik aku la ni tadi dok main telefon,padahal petang tadi full bateri”,Rungutku seorang diri di atas motosikal.

Keadaan jalan ketika itu agak sunyi cuma sesekali ada kenderaan lain yang ku lihat melalui jalan bukit putus,Perasaan seram mula naik!dan apabila ada kenderaan lain,hilang sedikit rasa takut.

Sampai di suatu selekoh,bulu roma ku tegak berdiri tanpa sebab!di sebabkan rasa takut,aku memecut dengan lajunya,hingga tiba di suatu kawasan semakin aku memecut motosikalku,semakin berat aku rasakan,Pelik!!

TIBA-TIBA,…

Leherku Seperti di sentuh sesuatu!namun apabila aku menyentuh leherku tiada apa-apa pula,ianya berlaku beberapa kali.

Degupan jantungku semakin laju!Sekali lagi aku berasa ada sesuatu di leherku,aku pantas memegang leherku namun sesuatu yang amat mengejutkan apabila aku seperti terpegang sesuatu!

“Benda itu semakin memanjang hingga sampai ke dadaku,waktu itu memang aku terasa nak berhenti!ah!!memang gila lah kalau aku berhenti di tempat sunyi begini!

aku memegang benda yang kelihatan menyentuh leher hingga ke dadaku itu,lantas aku melihat benda itu yang agak samar-samar,aku menarik benda itu dan secara spontan juga aku memalingkan wajah ke belakang!

MasyaAllah!!makhluk apakah ini???

Rupanya ada makhluk tanpa badan terbang di atas kepalaku!Serentak dengan itu aku menjerit sakan seorang diri!

Hingga lah,…………………………………………….

“awak dah bangun Joe,.”sapa ibu ketika itu,dalam keadaan samar-samar aku dapat melihat wajah ayah ,adik beradikku serta ibuku,Rupanya aku berada di hospital.

Menurut ayah,Dia cuba menghubungiku lagi tetapi tidak dapat,mungkin ayah menghubungiku sewaktu telefon ku telah mati baterinya,dan menurut ayah,dia terpaksa berpatah balik memandangkan dia sudah terlewat dan mungkin ketika itu,kami ada bertembung tetapi kami tidak perasan.

Menurut ayah lagi,seorang pemandu lori yang lain terlihat aku dan motosikal ku jatuh ke jalanraya,dan pemandu itu memberhentikan lorinya lalu menghubungi Ambulans.

“SiapaJilat Tengkuk aku?makhluk apakah yang yang ku temui tadi malam??semua persoalan itu membuatkan aku bertambah bingung

Begitulah kisah yang berlaku kepadaku suatu masa dulu,hanya aku yang melalui perkara sebegini,dan setiap kali ayah mahu bekerja di luar kawasan,maka aku la orang pertama yang akan ingatkan ayah tentang dompetnya!agar aku tak perlu menghantarkan dompet ayah jika ia tertinggal,jika boleh aku tak mahu lagi di jilat “Benda” itu,,”luah Joe sebelum mengakhiri cerita.

sumber :  http://mediakisahrealiti.blogspot.my

Facebook Comments

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top