Berita

Kejam! Remaja Rogol Wanita, Lalu Sumbat & Kembangkan Jek Dalam Kemaluan Mangsa

6 Feb – Selepas menghadiri upacara pengebumian rakannya, tanpa disangka dalam perjalanan pulang seorang ibu kepada dua anak itu telah dirogol sehingga mati oleh seorang remaja berusia 19 tahun, lapor Mirror UK.

Mangsa yang berusia 41 tahun itu dikatakan telah dipelawa oleh seorang remaja untuk menaiki keretanya ketika dalam perjalanan pulang.

Namun, peristiwa itu bertukar menjadi tragedi apabila remaja tersebut bertindak memperkosa mangsa dengan kejam.

Tidak cukup dengan itu, suspek dipercayai menyumbat jek kereta ke dalam kemaluan mangsa sehingga ke perut sebelum mengembangkannya.
Kejam! Remaja Rogol Wanita, Lalu Sumbat & Kembangkan Jek Dalam Kemaluan Mangsa

Wanita itu dibiarkan dalam keadaan separuh mati di dalam kereta tersebut sebelum ditemui oleh orang ramai yang kemudian menghubungi pasukan perubatan.
Menurut rakan mangsa, Nadezha, mangsa kehilangan lebih tiga liter darah. dan ditemui di bahagian tempat duduk belakang.

“Kelangkangnya koyak. Dia ditinggalkan untuk mati di dalam kereta. Doktor melakukan pembedahan sepanjang malam bagi menyelamatkan nyawanya dan dua kali berjaya menyedarkannya sebelum dia pergi buat selamanya” kongsi Nadezhda dalam nada sedih.
Kejam! Remaja Rogol Wanita, Lalu Sumbat & Kembangkan Jek Dalam Kemaluan Mangsa

Suspek berjaya diberkas pihak berkuasa tidak lama selepas itu dan ketika disoal siasat remaja tersebut mengaku perbuatan kejamnya itu.

Mendiang meninggalkan seorang anak perempuan berusia 13 tahun dan seorang anak lelaki berumur 11 tahun.

Sumber: Siakapkeli.my

Sebak, Adik Ni Tertinggal Beg Dalam Toilet, Dalam Beg Ada Sampul Penuh Duit RM1 Tertulis “Duit Mama Abah Bila Tua”

 

Terjumpa dengan beg yang tercicir mungkin perkara yang biasa. Namun, jika anda buka dan terlihat di dalamnya ada sebuah sampul tertulis ”duit mama abah bila tua” beserta sekeping potret anak kecil, apa perasaan anda?

Di dalam sampul itu pula tebal dengan helaian not seringgit mungkin hasil dari duit belanja yang dikumpul. Pasti sebak dan sayu bagaimana seorang anak sekecil ini boleh berfikir luar dari jangkaan anak seusianya.

Perkongsian daripada Hajar Xiaojie MK melalui laman facebook menyentuh hati netizen. Gadis ini pada mulanya menemukan beg pink yang ditinggalkan di dalam tandas awam. Ingin mencari pemiliknya melalui maklumat yang mungkin terdapat di dalam beg, namun menemukan pula sekeping sampul berisi not seringgit tertera tulisan duit untuk mama ayah bila tua. Tipulah hati siapa yang tidak terusik.

Nampak remeh, namun sebenarnya sangat menyentuh perasaan. Ibu bapa berkorban membesar dan memberikan didikan kepada anak-anak bukanlah meminta untuk dibalas. Namun keprihatinan dan kasih-sayang yang ditunjukkan anak ini mungkin hasil teladan dari orang tuanya sendiri. Bagaimana kita sebagai ibu-bapa pula mencorakkan anak-anak? Renung-renungkan.

Jom kita baca perkongsian gadis ini seperti di bawah.

Terjumpa 1 beg.. Adik ni tertinggal beg dalam toilet.. 
 
Kejam! Remaja Rogol Wanita, Lalu Sumbat & Kembangkan Jek Dalam Kemaluan Mangsa


Dalam beg dia tersimpan satu sampul bertulis “Duit Mama Abah Bila Tua”.. Sayu rase hati bila tengok.. sebak sangat..
 
Kejam! Remaja Rogol Wanita, Lalu Sumbat & Kembangkan Jek Dalam Kemaluan Mangsa
 
Kejam! Remaja Rogol Wanita, Lalu Sumbat & Kembangkan Jek Dalam Kemaluan Mangsa
 

Tebal sampul tu penuh duit seringit.. mungkin dia simpan duit hari2.. Kecik kecik lagi dah berfikir panjang unntuk kedua-dua orang tua..

Tengok gambar kecik lagi.. insaf bila tengok.. moga adik terus berjaya, jadi anak solehah ye.. Adik Ar Raudhah Umairah bt Mursid.

Penulis juga doakan moga adik ini berjaya menemukan semula begnya yang hilang.

Sumber: siakapkeli.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top