Uncategorized

Kematian seorang rakyat Malaysia di hadapan makam Nabi Muhammad menjadi viral. Rupa-rupanya ini yang dilakukannya ketika hidup.

Subhanallah, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan apabila dijemput Ilahi di bulan Ramadan. Lebih membahagiakan ia berlaku di 10 malam terakhir yang berbeza dari malam-malam sebelumnya. Tapi apa yang lebih membahagiakan ialah kematian lelaki ini betul-betul berlaku di hadapan makam Nabi Muhammad SAW di Madinah. Maha Suci Allah. Malah kematiannya amat dicemburui seluruh umat Islam.

Seorang rakyat Malaysia, Badrul Munir atau mesra disapa Abg Bad di kalangan rakan-rakannya menjadi insan terpilih apabila meninggal malam tadi betul-betul di hadapan makam Rasulullah SAW di Madinah ketika arwah memasuki kawasan makam untuk solat ketika mengerjakan umrah.

Berita ini menjadi viral malah bangsa Arab sendiri menganggap perkara ini amat luar biasa kerana ianya jarang-jarang terjadi. Apa kebaikan dan sisi baik arwah sehingga darjatnya diangkat begitu tinggi iaitu dapat meninggal di hadapan makam Nabi, malam Jumaat dan lebih penting ialah di 10 malam terakhir umat Islam berpuasa.

Menurut info yang diberikan oleh seorang Ustaz iaitu Ustaz Jamal dari Hulu Langat, yang berada di Tanah Suci berkata, dikatakan arwah bersolat tahajjud di dalam bilik sebelum kematiannya berlaku. Sempat minum satu gelas air masak dan selepas itu Ustaz Jamal sempat meminta satu gelas dari arwah.

Kematian seorang rakyat Malaysia di hadapan makan Nabi Muhammad menjadi viral. Rupa-rupanya ini yang dilakukannya ketika hidup.
Kematian seorang rakyat Malaysia di hadapan makan Nabi Muhammad menjadi viral. Rupa-rupanya ini yang dilakukannya ketika hidup.

Arwah meninggal di hadapan Makam Nabi, Malam Jumaat dan 10 Malam terakhir Ramadan. Kematian yang amat dicemburui

Kematian seorang rakyat Malaysia di hadapan makan Nabi Muhammad menjadi viral. Rupa-rupanya ini yang dilakukannya ketika hidup.

Arwah banyak berbuat bakti kepada golongan ulama dan kerana itulah cara kematiannya dimuliakan

Habis minum, mereka menuju ke Masjid Nabawi,s olat sunat Qabliah diikuti solat fardu Subuh dan solat jenazah. Arwah kemudiannya menuju masuk ke Makam Nabi Muhammmad SAW.

“Saya dan Wak Ramli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar tapi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula. Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW.

“Arwah betul-betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meninggal. Innalillahiwaninailahirojiun.

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Amalan besar yang Badrul Munir dapat iaitu meninggal depan Makam Rasulullah adalah kerana dia banyak berkhidmat untuk Ulama, Madrasah, Masyaik. Semua mereka ini adalah waris Rasulullah.
Kematian seorang rakyat Malaysia di hadapan makan Nabi Muhammad menjadi viral. Rupa-rupanya ini yang dilakukannya ketika hidup.

Kematiannya menjadi bualan di kalangan bangsa Arab kerana cara kematiannya cukup indah

Kematian seorang rakyat Malaysia di hadapan makan Nabi Muhammad menjadi viral. Rupa-rupanya ini yang dilakukannya ketika hidup.

Betapa beruntungnya arwah kerana didoakan oleh orang ramai

Kematian seorang rakyat Malaysia di hadapan makan Nabi Muhammad menjadi viral. Rupa-rupanya ini yang dilakukannya ketika hidup.

Ratusan orang menghadiri upacara pengkebumi arwah abang Bad tanpa mengira bangsa

Kematian seorang rakyat Malaysia di hadapan makan Nabi Muhammad menjadi viral. Rupa-rupanya ini yang dilakukannya ketika hidup.

Arwah dikebumikan di Jannatul Baqi di Madinah

Jadi Allah baginya satu kematian yang dicemburui oleh semua orang. Orang-orang Arab pun kata ini orang hebat, bukan calang-calang punya manusia. Semua doa dapat untuknya. Kami sedang aturkan solat jenazahnya dan pengkebumiannya di Janantul Baqi.

Ini enam senarai kelebihan arwah Badrul iaitu meninggal dalam Masjid Nabawi, di hadapan Makam Rasulullah SAW, Sedang Berpuasa, Safar Umrah, Malam Jumaat dan Bulan Ramadan serta 10 malam terakhir.

Sangat-sangat beruntung sesiapa yang meninggal di Madinah kerana Nabi saw akan beri syafaat.

Ini bersesuaian dengan hadis,

Sesiapa yg boleh mati di Madinah hendaklah mati di sana kerana Aku akan syafaat sesiapa yg mati di Madinah. Hr Tirmizi sahih.

Engkau beruntung kerana Meninggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur dosa-dosa. Firman Allah swt :

Dan kalaulah Apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa

Allahumma Innaka ‘Afuwwun
Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni

 

Sumber: remaja.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top