Uncategorized

‘Kerana Mobile Legends,Suami Aku Jahanam,Malas Kerja & Abai Tanggungjawab’

Kerana Mobile Legends


Gambar Hiasan

Seorang wanita yang juga merupakan seorang isteri dan ibu meluahkan rasa kecewanya dengan sikap suaminya yang terlalu ketagih bermain permainan online, Mobile Legends.

Sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab, baik anak mahupun nafkah telah menyebabkan wanita ini mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hatinya di dunia maya dan meminta pendapat dari para netizen.

Ikuti luahan wanita tersebut. Semoga memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada kita semua.

😭😭😭As salam minn semua.. tlg siarkan screen shot sekali ye min.. kisahnya malam td bengang gler ngan laki aku… pkul 11 lebih mcm tu anak aku yg tengah tido tiba2 menanges kuat, mimpi buruk ke apa..aku kat sebelah tengah tido mamai2 dok tepuk2 pujuk anak tp x jalan gak..

smp ligat anak aku nanges baru aku tersedar dr mamai (penat sgt sbb 10 lebih baru lelap). yg laki aku kat ruang tamu dengar anak aku separuh mati nanges buat bodoh je cket pun x heran (sbb fokus men mobile legend jahanam tu). mau x bengang aku aku baru je lelap anak nanges x nk tlg tengokkan..

Kerana Mobile Legends

last2 aku dukong anak bawa ke ruang tamu aku ckp ‘abg x dengar ke anak nanges’. laki aku ckp ‘syg kan boleh handle’. dlm ati aku geram btol… sbbkan game tu lgsung x boleh lebih kurang tlg tgkkan anak… stop kejap pun x boleh… tang cr duit pndai plak suh bini kerja cr duit same2… tang penat x sanggup… x taw ke bini dr 4.30 pg da bangun x rehat… 10.30 malam barula lelap..

fedup btol ngan laki mcm n… fikir diri sendiri je sedap.. time susah x nk same2… elok game tu je yg kejutkan die pg2, masakkan tok die, lahirkan anak die, n buat semua kerja rumah… geramnya aku… ntah pkul bapela die tido last2 pg td aku kejutkan die g kerja die x nk bangun pun n x pergi kerja…

lantakla malas nk pikir aku siap2 anta anak g bs n terus g kerja… aku fedup… sori.. nk luahkan perasaan je.. aku kalo bengang ngan laki dlm wasap berani la ckp mcm tu… depan2 x berani kena penampar kang.. apa yg aku x puas ati aku luahkan dr wasap je… okla.. tu je nk luahkan.. aku penat.. tq min..

#Nota: Seorang suami seharusnya sama-sama bertanggungjawab didalam menjalankan tugas mengurus keluarga dan anak-anak. Ada benarnya juga apa yang diluahkan oleh si isteri ini,beliau penat menguruskan rumah tangga,memasak,menjaga anak,kemas rumah dan membantu mencari sumber pendapatan untuk ekonomi keluarga. Tetapi si suami pula sambil lewa dan tidak menghargai pergorbanan yang dilakukan oleh seorang isteri serta lebih mementingkan permainan video.

Wahai suami,kasihanilah isterimu. Sebagai suami,perlulah bersama-sama menggembeling tenaga membantu menguruskan keluarga.Janganlah abaikan tanggungjawab kepada keluarga gara-gara hanya permainan video.


Suami sebagai ketua keluarga wajib melayani isteri dengan baik, iaitu sentiasa mesra, berlemah lembut, menjaga kebajikan dan menghormati isteri. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 19, maksudnya

Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik; kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikkan yang banyak (untuk kamu).

 

Rasulullah SAW bersabda

Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. (Riwayat al-Tirmizi)

 

Sabda Rasulullah SAW

Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik kepada isteriku. (Riwayat al-Tirmizi)

Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran untuk kita.

Sumber: Facebook Kisah Rumah Tangga Fans
Sumber:blogmazeer.com
Sumber: soaljawab.my
Edit oleh: Suaramedia.org

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top