Luahan Jurugambar, Tetamu Biadap Minta Ambil Gambar Bersama Pengantin Guna Iphone 8. Tapi Jawapan Spotan Photographer Tersebut Buat Tetamu Itu Bisu!! Pedih Menusuk Kalbu....

Luahan Jurugambar, Tetamu Biadap Minta Ambil Gambar Bersama Pengantin Guna Iphone 8. Tapi Jawapan Spotan Photographer Tersebut Buat Tetamu Itu Bisu!! Pedih Menusuk Kalbu….

Gambar Hiasan

 

Dapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Mana-mana majlis perkahwinan di zaman sekarang pastinya akan menggunakan khidmat jurugambar supaya kenangan pada hari bahagia tersebut dapat dikongsikan kepada anak cucu pada masa akan datang.

Oleh itu, jurugambar boleh dikatakan antara individu yang penting dalam majlis perkahwinan dan tetamu sering memanfaatkan khidmat mereka untuk merakam gambar bersama pasangan pengantin di majlis tersebut.

Luahan Jurugambar, Tetamu Biadap Minta Ambil Gambar Bersama Pengantin Guna Iphone 8. Tapi Jawapan Spotan Photographer Tersebut Buat Tetamu Itu Bisu!! Pedih Menusuk Kalbu....Gambar hiasan

Namun tanpa disedari, sebenarnya tingkah laku tetamu yang melampau juga boleh mengguris hati jurugambar. Menerusi perkongsian jurugambar otai, Abd Jalil Jalil di Facebook, beliau telah menceritakan pengalamannya diberi ‘amaran’ oleh tetamu agar berhati-hati dalam memegang telefon pintar mereka yang berharga mahal.

“Hari ini kesabaran abang teruji apabila ada seorang (tetamu) yang suruh abang shoot gambar dia bersama pengantin. Dia kata iPhone 8 dia ni mahal, baru beli katanya. Pegang baik-baik yer! 

“Lalu secara spontan Abang JJ jawab, yang abang pegang seerat-eratnya kamera ini satu set harganya RM31,500. 

“Abang tak boleh pegang sebelah tangan. Takut-takut jatuh nanti. Kau suruh budak yang itu ambil gambar kau. Lalu terkedu dia,” katanya.

Ops! Memang menusuk teguran abang ni! 

Luahan Jurugambar, Tetamu Biadap Minta Ambil Gambar Bersama Pengantin Guna Iphone 8. Tapi Jawapan Spotan Photographer Tersebut Buat Tetamu Itu Bisu!! Pedih Menusuk Kalbu....Sumber: Facebook

Abd Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Shinin, 60, telah mempunyai pengalaman dalam bidang fotografi selama 35 tahun. Baginya perkara tetamu meminta jurugambar tolong rakamkan gambar mereka bersama pengantin dengan menggunakan telefon bimbit ini adalah hal biasa.

Luahan Jurugambar, Tetamu Biadap Minta Ambil Gambar Bersama Pengantin Guna Iphone 8. Tapi Jawapan Spotan Photographer Tersebut Buat Tetamu Itu Bisu!! Pedih Menusuk Kalbu....Sumber: Facebook

Namun sikap tidak beradab mereka itulah yang membuatkannya kurang senang, katanya kepada mStar.

“Kami bukan budak kecil untuk dipesan ‘jaga telefon ini baik-baik kerana harganya mahal’. Berubah terus air muka pemuda itu bila saya beritahu tentang harga kamera DSLR saya pula,” katanya lagi.

Luahan Jurugambar, Tetamu Biadap Minta Ambil Gambar Bersama Pengantin Guna Iphone 8. Tapi Jawapan Spotan Photographer Tersebut Buat Tetamu Itu Bisu!! Pedih Menusuk Kalbu....Sumber: Facebook

Melalui entrinya itu juga, Abdul Jalil sempat berpesan supaya orang muda kini berbudi bahasa dan belajar menghormati peranan jurugambar rasmi di mana-mana majlis perkahwinan.

Tak payah cerita kamera kau iPhone 8 mahal ni, pegang baik-baik yer. Pui! Kadang-kadang kita kena ajar juga orang yang sebegini. Jadi harapan Abang JJ pada semua jurugambar sama-samalah kita hadapinya dengan bijaksana,” tambahnya lagi.

Perkongsian ini telah mendapat sokongan daripada netizen yang rata-rata memahami situasi seorang jurugambar seperti Abdul Jalil.

Luahan Jurugambar, Tetamu Biadap Minta Ambil Gambar Bersama Pengantin Guna Iphone 8. Tapi Jawapan Spotan Photographer Tersebut Buat Tetamu Itu Bisu!! Pedih Menusuk Kalbu....Sumber: Facebook

Dalam pada itu, Yeirkif Abdullah, 29, yang juga jurugambar perkahwinan popular berkata, dia berkongsi pengalaman yang sama dihadapi Abdul Jalil ketika menjadi jurugambar rasmi bagi majlis perkahwinan.

“Tetamu datang minta rakamkan gambar itu perkara biasa dan kami pun faham. Cuma kalau nak ambil gambar berkumpulan, cukuplah berikan satu telefon bimbit dan gambar itu masih boleh dikongsikan sesama mereka.

“Pernah juga tetamu mengarahkan kami untuk mengambil gambar mereka dengan pengantin tetapi mengikut sudut (angle) yang ditentukan oleh mereka dan tidak kurang juga pihak yang berebut spot untuk merakam gambar pengantin,” luahnya.

Berpada-padalah semasa bergambar di majlis perkahwinan. Kasihan jurugambar nak kena melayan kerenah tetamu semua. Lama-lama pegang kamera pun penat dan berpeluh juga tau. Semoga perkongsian ini bermanfaatlah di musim perkahwinan begini.

*Nota: Pengajaran daripada kisah ini,kita seharusnya perlulah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Tak salah minta tolong kepada orang lain,tapi janganlah sampai sombong dan tidak menghargai pertolongan orang lain. Tidak semua orang dapat menerima cara kita berkomunukasi. Lebih-lebih lagi apabila bercakap dengan orang tua. Orang kata cakap siang pandang-pandang.

Semoga kisah perkongsian ini menjadi pengajaran buat kita. Semoga bermanfaat.

Sumber: lobakmerah.com
Kredit: eraviral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *