Auto Draft

Maksud TERSIRAT Jerawat Tumbuh Dibahagian Tertentu di Muka

Auto Draft
Maksud Tersirat Jerawat Tumbuh di Muka
Jerawat adalah masalah biasa yang dialami oleh individu terutamanya remaja.Tetapi tahukah anda jerawat yang tumbuh dibahagian tertentu di muka mempunyai petanda atau maksud tertentu.Mari kita teruskan membaca artikel dengan lebih

Dagu dan Rahang
Itu menandakan adanya gangguan hormon pada tubuh. Bagi wanita, kebiasaannya ia tumbuh bila tiba saat menstruasi. Ianya normal bagi wanita. Pengambilan Vitamin C dan Vitamin E sangat penting, jangan lupa berehat 🙂

Dahi
Jerawat yang tumbuh di bahagian dahi dikatakan berpunca daripada pengambilan makanan tertentu kesan alahan. Selain daripadaa itu, ianya berkait dengan ketidakseimbangan gula dalam darah serta gejala dehidrasi yang terjadi. Bagi mengatasiny, anda dinasihati untuk menjauhkan makanan  berkolestrol tinggi serta ubah gaya pemakanan dan banyakkan pengambilan air kosong 😀

Mata dan Kening
Jika tumbuh jerawat di sekitar mata dan kening, ianya menunjukkan seseorang mengalami gangguan tahap kesihatan di bahagian hati serta sistem pencernaan.Ianya bahaya sebenarnya. Jangan risau,masih ada penyelesaian .Cara terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengurangkan  pengambilan gula, kafein dan soda. Selain itu, perlu memperbanyakkan pengambilan serat dan air bagi membantu sistem pencernaan

Pipi
Sesiapa juga boleh mengalami masalah jerawat di kawasan pipi.Jerawat jenis ini biasa dialami oleh semua individu. Faktor udara serta alahan pada debu-debu di udara dikaitkan sebagai salah satu penyebab utamanya. Selain daripada itu, perokok lebih terdedah kepada masalah jerawat di bahagian ini. Cara untuk mengatasinya ialah dengan hindari asap rokok mahupun kawasan tidak bersih agar jerawat mampu dijauhi.

Dagu
Di kawasan ini pula, ianya menandakan seseorang yang banyak mengambil makanan yang berlemak serta bergula. Faktor ini sama dengan jerawat yang tumbuh di kawasan hidung iaitu sekitar dalam dan di bahagian bawah hidung. Ia dikatakaan berhubung dengan gangguan kesihatan jantung. Jauhkan daripada pengambilan makanan yang berlemak dan cuba untuk mengambil makanan seperti oatmeal, ikan, avokado, bayam, almond, buah beri dan sebagainya untuk kesihatan jantung.

Anda juga boleh mencuba suplement-suplement yang di jual dipasaran bagi mengatasi amsalah jerawat ini..Antara suplement yang boleh anda ambil seperti vitamin C.

Semoga artikel in dapat memberi anda manfaat untuk lebih kekal sihat dan menawan tanpa jerawat