Berita

Memang Sah!! Inilah 12 Tanda-tanda Besar Pilihan Raya Umum Ke-13 Menjelang Tiba

Parlimen Malaysia ke-13 nampaknya akan terbubar selewat-lewatnya pada 24 Jun 2018. Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran tersebut.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak masih lagi berahsia akan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu. Wartawan dan rakyat jelata menanti-nanti tarikh keramat tersebut. Pemerhati politik mula membuat spekulasi berhubung bilakah tarikh PRU14 ini.

Namun begitu, tanda-tanda besar hampirnya PRU14 sudah mulai kelihatan. Pemimpin-pemimpin besar negara dilihat mula mendekati rakyat.

Tanda-tanda ini boleh dilihat dengan aktiviti-aktiviti luar biasa yang dilakukan oleh para menteri dan juga wakil rakyat. Hal ini memang menjadi kebiasaan dilihat apabila menjelangnya pilihan raya. Para wakil rakyat sanggup turun padang menelusuri denai,hutan dan ceruk pedalaman untuk menemui rakyat bagi menunjukkan mereka ini menjalankan tanggungjawab dan prihatin kepada rakyat. Namun hakikatnya ada yang hanya mentertawakan  gelagat mereka yang sanggup melakukan aktiviti di luar jangkaan rakyat sebagai contoh menjadi pemungut sampah.Perkara ini aneh bagi rakyat biasa yang melihat seorang menteri yang berkot dan bertali leher sebelum ini sanggup bermandi peluh dan bergelumang dengan bau sampah yang akhirnya menjadi bahan jenaka rakyat.

Kemesraan palsu inilah modal memancing kepercayaan. Menteri Besar dengan basikalnya, berkayuh berpeluh peluh cuba menunjukkan kebersamaannya dengan rakyat yang penat bekerja. Realitinya, tidak perlu lihat betapa dangkalnya dia mentadbir, dari kayuhannya saja sudah menyusahkan pengguna jalan raya lain yang dibelakang!

Jangan pula kita lupa, benda benda pelik begini bukan saja diperlakukan oleh Menteri Kerajaan sahaja, para pembangkang pun apa kurangnya. Apakah kita lupa sketsa Azmin Ali masuk ke dalam longkang? Atau kisah klasik Nik Abduh tahan teksi nak ke parlimen? Yang tak pakai tudung tiba-tiba bertudung berjalam berjumpa masyarakat di pasar malam.

Untuk apa semua gambar ini ditatap?

Bolehkah gambar gambar begitu menyelesaikan masalah hutang isi rumah yang sudah sampai ke tahap kritikal? Bolehkah ia membereskan isu pendidikan? Bolehkah ia memberi peluang pekerjaan kepada ribuan graduan yang menganggur? Bolehkah ia menyelesaikan jurang kaya-miskin? Bolehkah ia menukar sistem upah yang menzalimi kelas pekerja? Atau bolehkah gambar itu paling sedikit dapat menyelesaikan masalah harga barang,minyak yang dilihat semakin rancak menaik?

 
Berikut dibawah adalah 12 tanda-tanda besar hampirnya Pilihan Raya Umum (PRU14) ;

1. Akan munculnya makhluk yang datangnya 4 tahun sekali di tempat-tempat awam seperti di pasar borong, pasar malam, stesen bas, kawasan nelayan dan ada yang datang ke rumah-rumah.

Memang Comfirm!! Inilah 12 Tanda-tanda Besar Pilihan Raya Umum Ke-13 Menjelang Tiba

2. Menteri-menteri mula menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing-masing di kawasan pendalaman. Masuk dengan berjalan kaki, berbasikal dan naik motosikal. Malah ada yang memikul kampit beras dan hamper seberat 1kg.

Memang Comfirm!! Inilah 12 Tanda-tanda Besar Pilihan Raya Umum Ke-13 Menjelang Tiba

3. Jalan-jalan kampung yang berlopak 3 tahun mula diturap dengan tar setebal yang mungkin. Malah jalan yang tak rosak juga di tar lapisan baru.

4. Upacara pecah tanah disana sini, perasmian sana-sini untuk pembinaan bangunan-bangunan seperti klinik, hospital dan sekolah untuk kebajikan rakyat.

Memang Comfirm!! Inilah 12 Tanda-tanda Besar Pilihan Raya Umum Ke-13 Menjelang Tiba

5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kepada orang-orang kampung sebagai bekalan selama 4 tahun.

6. Menteri-menteri akan menyuapkan makanan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas didada akhbar. Tiada lagi perasaan jijik.

Memang Comfirm!! Inilah 12 Tanda-tanda Besar Pilihan Raya Umum Ke-13 Menjelang Tiba

7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin 5 sen seminggu setiap liter.

8. Menteri-menteri akan tebar roti canai di gerai-gerai di sana-sini. Malah siap hidangkan makanan untuk pelanggan.

9. Menteri akan rajin asah sabit, cuci longkang , menoreh getah, kait kelapa sawit dan sebagainya.

Memang Comfirm!! Inilah 12 Tanda-tanda Besar Pilihan Raya Umum Ke-13 Menjelang Tiba

10. Tetiba sahaja setiap kali kita makan di gerai atau warung tak payah bayar. Ada yang dah bayar. Makan banyak percuma.

11. Aircond kereta menteri rosak secara tiba tiba, cermin kereta sentiasa dibuka untukk melambai tangan, mesra rakyat agar muka dikenali.

Memang Comfirm!! Inilah 12 Tanda-tanda Besar Pilihan Raya Umum Ke-13 Menjelang Tiba

12. Masalah rumah, masalah tanah yang berlarutan 4 tahun dapat diselesaikan dalam tempoh 1 minggu sahaja!

Dengan kuasa mengundi yang ada ditangan anda sebagai pemilih, jadilah rakyat yang bijak memilih pemimpin yang tidak menyusahkan rakyat pada masa hadapan ketika PRU14 nanti.

Memang Comfirm!! Inilah 12 Tanda-tanda Besar Pilihan Raya Umum Ke-13 Menjelang Tiba

Kesimpulannya, rakyat hanya mahukan kesejahteraan dan kestabilan sosial,ekonomi dan negara. Mereka mahukan pemimpin yang mendengar keluhan hati rakyat.pemimpin yang dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat dan masalah tekanan ekonomi yang ketara saban hari.Pemimpin haruslah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

Sumber: infokini.my
Sumber: ohmymedia.cc

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top