Uncategorized

Mula² Menyamar Beli Sayur,Anak Penjual Sayur Nyaris² Diculik Pelarian Rohingya

Pelarian Rohingya selalunya dikaitkan dengan berita penindasan kaum mahupun peristiwa-peristiwa menyedihkan seperti tiada tempat berteduh dan tidak cukup bekalan makanan. Pun begitu, seorang lelaki warga Rohingya ini ternyata telah menconteng arang pada nama kaum terbabit gara-gara tindakan tidak elok yang dilakukan.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun hampir diculik oleh lelaki dipercayai pelarian Rohingya di sebuah pasar malampada 19 Februari yang lalu. Kejadian jam 6:30 petang itu dilaporkan berlaku di Kuala Kangsar, Perak.

Mula² Menyamar Beli Sayur,Anak Penjual Sayur Nyaris² Diculik Pelarian RohingyaSumber: Facebook

Sewaktu insiden terjadi, ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut yang merupakan seorang penjual sayur sedang sibuk menguruskan jualannya. Tiba-tiba, wanita tersebut terdengar suara anaknya menjerit dengan kuat datang dari sebalik lori. Bimbang selepas terdengar jeritan itu, wanita berkenaan menyuruh suaminya, Wong memeriksa apa yang berlaku.

Setibanya di situ, Wong terkejut apabila ternampak seorang lelaki muda menarik tangan anaknya dengan penuh paksaan. Bimbang akan keselamatan anak perempuannya, Wong segera menghalang lelaki tersebut dan meminta bantuan orang ramai.

Mula² Menyamar Beli Sayur,Anak Penjual Sayur Nyaris² Diculik Pelarian RohingyaSumber: China Press

 

Mula² Menyamar Beli Sayur,Anak Penjual Sayur Nyaris² Diculik Pelarian RohingyaSumber: China Press

Difahamkan, pelarian berusia 21 tahun itu keluar daripada kem pelarian dua tahun yang lalu. Setelah ditangkap, lelaki tersebut memberikan alasan bahawa dia hanya mahu bergambar dengan kanak-kanak itu sebelum digari dan ditangkap oleh pihak polis.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan sebenarnya ada membeli sayur di gerai Wong sebelum kejadian berlaku dan menyorok di belakang lori sejurus selepas itu. Wong menjelaskan bahawa anaknya memang kerap kali mengunjungi mereka di pasar malam itu bagi membantu perniagaan sayur-sayuran keluarga.

Mula² Menyamar Beli Sayur,Anak Penjual Sayur Nyaris² Diculik Pelarian RohingyaSumber: China Press

Wong memaklumkan bahawa sepanjang 20 tahun berniaga di pasar malam tersebut, ini adalah kali pertama kejadian sebegitu menimpa dirinya dan keluarga.

Berhati-hati para ibu bapa. Zaman sekarang memang kena extra careful tak kira di mana!

 

Sumber: lobakmerah.com

Budak Perempuan Berusia 4 Tahun Nyaris Diculik Ketika Ditinggalkan Bapa Untuk Ke Tandas

 

Sudah berapa kali diingatkan supaya jangan meninggalkan anak kecil keseorangan di dalam kereta? Penjenayah zaman sekarang pantang orang leka saja, pantas mereka menjalankan operasi.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia empat tahun nyaris-nyaris dilarikan penjenayah apabila bapa budak tersebut singgah di stesen minyak untuk ke tandas, lapor Sinar Harian.

Mula² Menyamar Beli Sayur,Anak Penjual Sayur Nyaris² Diculik Pelarian RohingyaSumber: Facebook

Dalam kejadian yang berlaku di stesen minyak dekat Tanah Merah, Kelantan itu, bapa mangsa dikatakan telah memberhentikan kereta jenis Honda Civic miliknya di belakang stesen minyak tersebut dan meninggalkan anaknya di dalam dengan enjin tidak ditutup dan pintu tidak dikunci. Alahai cuainyaaa!

Namun selepas kira-kira lima minit, bapa mangsa yang baru keluar dari tandas terkejut melihat keretanya hilang dan anaknya berada tidak jauh dari stesen minyak tersebut dalam keadaan menangis.

Hasil pemerhatian melalui kamera litar tertutup (CCTV), tiga suspek yang menaiki Proton Wira warna hitam dirakam telah berhenti untuk mengisi minyak sebelum salah seorang daripada mereka pergi ke tandas di belakang stesen tersebut.

Video Player

Mula² Menyamar Beli Sayur,Anak Penjual Sayur Nyaris² Diculik Pelarian Rohingya
Mula² Menyamar Beli Sayur,Anak Penjual Sayur Nyaris² Diculik Pelarian RohingyaSumber: Facebook

Selepas meninjau kawasan sekitar stesen minyak, suspek dengan pantas memasuki kenderaan mangsa dan melarikan kereta tersebut.

Mula² Menyamar Beli Sayur,Anak Penjual Sayur Nyaris² Diculik Pelarian RohingyaSumber: Facebook

Dua lagi rakan suspek yang berada di dalam Proton Wira pula kemudian dilihat mengekori dari belakang kereta yang dibawa lari. Pun begitu, mereka sempat meninggalkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan baik dan tanpa sebarang kecederaan di kawasan berdekatan. Nasib baiklah tak apa-apa!

Mula² Menyamar Beli Sayur,Anak Penjual Sayur Nyaris² Diculik Pelarian RohingyaSumber: Facebook

Menurut siasatan polis, Proton Wira yang dinaiki penjenayah tersebut juga adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Pendang, Kedah. Buat masa ini, usaha untuk mengesan ketiga-tiga suspek masih giat dijalankan.

Pastikan anda tidak cuai apabila mempunyai anak kecil. Mereka tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan, zaman sekarang penjenayah ada di mana-mana.

 

Sumber: lobakmerah.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top