Dunia

Naga bukan,buaya pun bukan. Rupa-rupanya binatang ini adalah…

Sekilas pandang ia kelihatan seperti tenggiling, dua kali pandang ia sebenarnya adalah spesies haiwan aneh menyerupai naga yang dikenali sebagai cicak armadillo!

Haiwan yang unik dan jarang dilihat ini ditemui oleh seorang lelaki ketika cicak armadillo tersebut terperangkap di antara retakan dua batuan. Sewaktu ditemui, haiwan unik ini langsung tidak cuba melarikan diri dengan bersembunyi dan sebagainya.

Naga bukan,buaya pun bukan. Rupa-rupanya binatang ini adalah...

Tetapi, ia akan menggigit ekornya sebelum menggulungkan badan menjadi bola dan bergolek untuk melarikan diri. Disebabkan itu, cicak armadillo turut diberikan gelaran lain iaitu ‘cicak gigit ekor’.

Naga bukan,buaya pun bukan. Rupa-rupanya binatang ini adalah...

Penemuan tersebut membuatkan lelaki ini ingin tahu dengan lebih mendalam tentang haiwan tersebut.

Dikatakan spesies cicak armadillo ini berasal di kawasan batu pasir yang terletak di Afrika Selatan. Walaupun haiwan ini memiliki bentuk badan yang pelik, ianya seringkali dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Sisik yang terdapat pada badan cicak armadillo turut membuatkan orang sering tersalah anggap haiwan ini sebagai tenggiling.

Naga bukan,buaya pun bukan. Rupa-rupanya binatang ini adalah...

Satu lagi fakta menarik mengenai spesies armadillo ini adalah ia tidak mengawan dengan terlalu kerap. Jadi, haiwan-haiwan ini boleh hidup sendirian tanpa adanya pasangan. Secara tak langsung, kadar pembiakan cicak armadillo juga agak perlahan, dilaporkan hanya satu hingga dua ekor sahaja dalam setahun.

Naga bukan,buaya pun bukan. Rupa-rupanya binatang ini adalah...

Di samping itu, ada juga segelintir manusia sanggup berhabis duit yang banyak semata-mata untuk mendapatkan haiwan luar biasa ini. Beberapa tahun kebelakangan, berlaku peningkatan aktiviti penjualan dan mengeksport cicak armadillo ini.

Naga bukan,buaya pun bukan. Rupa-rupanya binatang ini adalah...

Kini, ia boleh didapati di seluruh dunia dan harga bagi seekor cicak armadillo pasti akan mengejutkan anda!

Naga bukan,buaya pun bukan. Rupa-rupanya binatang ini adalah...

Walaupun haiwan ini kelihatan agak mengerikan bagi sesetengah individu, ia sebenarnya boleh menukar tingkah lakunya setelah membiasakan diri dengan manusia.

Naga bukan,buaya pun bukan. Rupa-rupanya binatang ini adalah...

Dalam erti kata lain, cicak armadillo yang telah biasa hidup bersama manusia tidak akan terlalu melindungi diri atau menggulungkan badannya untuk melarikan diri dan bersembunyi.

Naga bukan,buaya pun bukan. Rupa-rupanya binatang ini adalah...

Namun begitu, bukankah lebih baik sekiranya kita membiarkan haiwan yang diancam kepupusan ini hidup bebas di habitatnya?

 

Sumber: erabaru.com.my

 

8 Khasiat Pokok Lidah Buaya Yang Perlu Anda Tahu

1. Khasiat Pokok Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan
Pokok Lidah Buaya adalah tumbuhan yang mempunyai dahan atau daun yang tebal, mengandungi banyak air di dalamnya.

Ia banyak digunakan di dalam produk kecantikan, kosmetik, farmasi dan industri makanan. Dianggarkan bahawa tumbuhan ini menyumbangkan kepada $13 Billion dalam harga pasaran.

Setiap daunnya penuh dengan tisu licin (gel) yang menyimpan air dengan banyak, sehingga bentuknya menjadi tebal. Gel tersebutlah yang digunakan di dalam produk-produk kecantikan.

“The gel contains most of the bioactive compounds in the plant, including vitamins, minerals, amino acids and antioxidants.”
2. Pokok Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria
Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan. Gel pokok lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluarga polyphenol.

Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam pokok lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada badan.

3. Pokok Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar
Pokok lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan.

Khasiat pokok lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari.

 

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pokok lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran.

4. Air Pokok Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Plak Gigi, Setanding Dengan Mouthwash

Pereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami. Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan pembetukkan plak pada gigi.

Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari pokok lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain – hanya dalam 4 hari.

Kajian yang lain turut mengesahkan perkara ini.

Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigi, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida Albicans.

Naga bukan,buaya pun bukan. Rupa-rupanya binatang ini adalah...Menurut laman web Healthline.com, penggunaan pokok lidah buaya dipercayai telah digunakan pada zaman Mesir purba pada 6,000 tahun yang lalu.

5. Pokok Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)

Ramai orang yang mengalami ulser mulut – mesti ada punya dalam sepanjang hayat mereka.

Biasanya, ulser mulut ini akan berlaku pada bibir, di dalam mulut dan akan berlanjutan selama 7-10 hari.

Sudah banyak kajian yang mencadangkan bahawa pokok lidah buaya ini boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.

Di dalam satu kajian selama 7 hari ke atas 180 respondan yang kerap mendapat ulser mulut, diarah untuk menyapu sedikit cebisan gel pada ulser tersebut setiap hari.

Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapu tidak dinafikan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.

Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel dari pokok lidah buaya ini bukan sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit!

6. Pokok Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit

Pokok lidah buaya boleh digunakan untuk merawat sembelit.

Kali ini bukan pada gelnya, tetapi pada latexnya – iaitu sejenis lebihan berwarna kuning yang melekat, dijumpai dibawah kulit daun aloe vera ini.

Salah satu komponen yang bertanggungjawab kepada kesan ini adalan dipanggil aloin atau barbaloin yang boleh bertindak sebagai laxative.

7. Manfaat Pokok Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa pokok lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan.

Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel pokok lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.

Kajian yang lain pula mendapati bahawa pokok lidah buaya boleh mengurangkan erythema (kesan merah pada kulit), tetapi pada masa yang sama mendapati bahawa ia boleh dehidrat sel kulit.

8. Pokok Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi Pesakit Kencing Manis)

Kadang-kala, pokok lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk pesakit kencing manis (Diabetes)

Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah.

Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak pokok lidah buaya boleh memberikan kesan yang positif.
Kesimpulan
Tidak dinafikan bahawa  terdapat pelbagai khasiat pokok lidah buaya ini, terutama kepada kesihatan dan kecantikan.

Harap artikel ini memberikan manfaat kepada anda semua. Silakah kongsikan artikel ini agar orang lain dapat tahu perkara ini juga.

 

Sumber: alraudhah.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top