Berita

Najib baru kena geledah semua kesian.Tapi jgn lupa semua ini jadi depan mata aku.

Setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), tumpuan rakyat kini beralih pula kepada berita penggeledahan barang bukti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Proses siasatan yang memakan masa itu mendapat perhatian netizen dan kenalan rapat beliau.

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan keadaan bekas Perdana Menteri itu yang disifatkan tidak wajar diperlakukan sedemikian apatah lagi ketika menyambut bulan Ramadhan.

Seorang kenalan rapat beliau juga turut memuatnaik gambar Najib yang tertidur di sofa sementara anggota polis yang lain sedang melakukan operasi. Kenalan beliau juga mengatakan sepatutnya bekas Perdana Menteri itu perlu dihormati dalam apa jua situasi.

Namun, pendapat dan luahan dari netizen disangkal oleh Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin. Beliau berpendapat apa yang terjadi kepada Najib hanyalah kerana mengikut siasatan berbanding Tun Mahathir yang telah ditarik hak keistimewaanya sebelum menjawat kembali jawatan sebagai Perdana Menteri. Beliau juga mengakui semua yang berlaku di depan matanya.

‘EHSAN’ bekas Perdana Menteri ketika menjadi Perdana Menteri kepada bekas Perdana Menteri yang kini menjadi Perdana Menteri.

Outrider ditarik balik.
Kakitangan di pejabat ditarik
Tukang masak 30 tahun ditarik
Sewa pejabat ditarik
Organisasi-organisasi yang beliau terlibat ditekan sampai menyebabkan beliau sukarela letak jawatan
Nama dipadam dalam sejarah
Gambar diharamkan dipapar dimana- mana
Semua bantuan diberi diugut
Pesawat disabotaj
Tun Dr Mahathir tiga kali disoal siasat termasuk Tun Dr Siti Hasmah.
Bodyguard ditarik

Najib kena
Najib kena
Najib kena

Ini semua depan mata aku. Kemudian, nak suruh aku kesian dekat kau yang baru kena geladah sikit kata “macam mana pun dia bekas Perdana Menteri dan ada jasanya”.  Nasiblah bulan puasa.

P/S – Najib masih menerima outrider, masih dapat keistimewaan, tukang masak tak kena tarik. Cuma polis geledah sebab untuk kumpul bahan bukti sebab ada laporan polis. Semua untuk lengkapkan siasatan. Jadi?? Kenapa perlu menangis hiba kesian kat dia??

Sumber: thereporter.my

Tindakan menggeledah tidak wajar – Sumber rapat dengan Najib

Kehadiran polis dengan lebih 12 kereta dan sebuah lori Black Maria di rumah Datuk Seri Najib Razak menimbulkan kemarahan orang yang rapat dengan bekas perdana menteri itu.

Seorang sumber yang bercakap kepada Malaysiakini menyifatkan tindakan polis itu yang dibuat sehari sebelum umat Islam berpuasa adalah tidak wajar.

Sumber itu turut berkongsi gambar Najib yang kelihatan tertidur di sofa dengan masih memakai baju Melayu sama yang dipakai ketika berterawih semalam, sementara pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dikatakan menggeledah rumah bekas perdana menteri itu.

Menurut sumber itu lagi, sebagai bekas perdana menteri, Najib perlu dihormati dalam apa jua situasi.

“Ini sesuatu yang tidak wajar. Kenapa mereka (polis) tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) perlu bersiap untuk sahur,” katanya.

Sumber itu juga mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung operasi polis itu yang dilakukan seminggu selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Nampak macam pembalasan dendam Mahathir sudah menang. Saya harap dia gembira di mana jua dia sedang tidur sekarang,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh Ishar Singh mengesahkan polis menjalankan ‘pencarian’ di kediaman Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Amar Singh bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Amar Singh juga dipetik sebagai berkata bahawa operasi serupa turut diadakan di lima lokasi lain, termasuk di Pavillion Residence di Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Operasi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.

Kira-kira pukul 10.30 malam, lebih 12 kereta polis dan sebuah lori Black Maria tiba di kawasan luar rumah Najib.

Susulan itu, timbul spekulasi mengatakan bekas pengerusi BN itu mungkin akan ditangkap.

Semalam, Dr mahathir berkata Najib mungkin akan didakwa dalam tempoh terdekat. Pengerusi HARAPAN itu juga menolak kemungkinan akan membuat tawaran dengan Najib.

Perdana menteri juga mendakwa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu beliau rancangannya untuk mendakwa Najib setelah bekas presiden Umno itu tidak lagi berkuasa.

Abdul gani sebelum ini mengetuai unit khas yang terdiri daripada bekas ketua polis dan pengarah Bank Negara serta SPRM bagi menjalankan siasatan berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib, selain isu berhubung SRC International.

Sumber:  malaysiakini.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top