Kisah Hidup

Niat baik,tumpangkan lelaki tinggal bersama kerana kesian.Tak sangka,anak jadi barang mainan nafsu serakah dia.

Kita memang dididik oleh ibu bapa dan guru di sekolah sejak kecil lagi untuk berhati mulia.  Bersangka baik dengan orang dan menghulurkan bantuan kepada oranglain yang memerlukan adalah amalan terpuji. Amalan ini juga dituntut sesama muslim supaya membantu saudara muslim yang memerlukan jika mampu.

Namun begitu,mengenali seseorang terbatas hanya pada zahir dan luaran sahaja. Pepatah ada mengatakan ‘rambut sama hitam,tapi hati lain-lain’. Pepatah ini menjelaskan,walaupun luaran nampak sama,baik tetapi hati kita tidak tahu bagaimana. Di zaman ini perlu juga sikap berwaspada dengan siapa kita bantu agar tidak memakan diri serta mendatangkan masalah pada kita di masa akan datang.

Kisah kali ini yang kami ingin kongsikan adalah daripada kisah yang benar-benar terjadi. Kisah ini telah dikongsikan oleh Mak Liza. Kisah ini bermula apabila seseorang membantu seorang lelaki untuk tinggal bersamanya di rumah. Lelaki yang dibantu itu berusia 37 tahun. Namun siapa sangka,orang yang kita bantu menjadi gunting didalam lipatan mendatangkan masalah kepada keluarga apabila sanggup menodai anak berusia 12 tahun yang tidak tahu apa-apa dek kerakusan nafsu serakah. Berikut  kisah yang dikongsikan. Semoga kita berhati-hati dan mengambil iktibar daripada kisah ini.

 

Gunting Dalam Lipatan
=================

Umurnya baru 13 tahun. Mula melakukan hubungan seks dari umur 12 tahun. Kekerapan melakukan seminggu 2 kali. Hubungan seks dilakukan bersama lelaki berusia 37 tahun. Di dalam laporan polis, dinyatakan suka sama suka.

Ketika dihantar ke sini, dia menangis. Di cuba melindungi lelaki tersebut. Lelaki itu kata nak bertanggungjawap. Saya tidak tahu rupa mana cara bertanggungjawap tu. Nak bernikah , umur baru 13 tahun.

Bukan sumbang mahram. Dengan lelaki yang dikenali. Tinggal serumah. Malam malam tidor di ruang tamu dan melakukan hubungan seks juga di ruang tamu itu. Pandai cari peluang. Melakukan hubungan seks waktu malam apabila emak bapa sudah masuk bilik tidor.

Emak bapa langsung tidak tahu. Pandai sembunyi. Sehinggalah terbongkar apabila melihat perubahan bentuk tubuh badan. Perkara disedari apabila kandungan sudah 6 bulan.

Tujuan saya cerita supaya emak bapa diluar sana berhati hati, beringat ingat dalam menjaga anak perempuan masing masing. Sekarang ni emak bapa yang kena berawas dengan sesiapa sahaja. Tambah tambah jika ada lelaki lain yang tumpang tinggal serumah.

Elakkan ada lelaki asing menumpang di rumah walaupun saudara mara, sepupu sepapat, sebabnya waktu malam atau waktu emak bapa tidak ada di rumah , lelaki yang tumpang bebas keluar masuk rumah kita , sedangkan kita ada anak perempuan.

Jangan sangka anak perempuan umur 10 tahun tu kanak kanak yang tidak ada nafsu. Memang mula mula mereka ingat itu cuma permainan yang mengasyikkan. Tambahan jika kanak kanak itu merasakan pelukan itu seperti pelukan ayah dengan anak kerana anak ini memang dahaga kasih sayang bapa kandung. Emak bapa bercerai. Hubungan bapa tiri dan anak tiri terbatas. Bapa tiri menjaga batas dirinya dengan anak tiri.

Memang permulaan apa yang kanak kanak itu rasa ialah bapa peluk anak. Tetapi bapa itu melanggar batas apabila tangan menjalar menyentuh alat sulit dan membelai sampai timbul keasyikan dan meransang nafsu. Akhirnya anak itu betul betul merasakan ia sebuah permainan. Bukan paksaan.

.

Bila emak tahu, menyesal sudah tidak berguna. Marah tidak ada akhirnya. Terseksa jiwa raga apabila orang yang kita tumpangkan khianat.

Berawas dalam membantu sesiapa pun.

Peringatan Dari Ummi,

Sumber:Baitus Solehah
Edit oleh: Suaramedia.org

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top