Otai Hartanah Bocorkan 5 Rahsia Paling Penting Dapatkan Sewa Rumah Murah

Jika anda berada dalam proses pencarian rumah, tentunya anda mahukan bayaran bulanan yang lebih rendah daripada apa yang dinyatakan oleh ejen rumah tersebut.
Apa yang anda perlu tahu ialah sewa bulanan yang ditetapkan boleh dibincangkan lagi bersama bakal ejen anda. Namun, peluang ini harus diambil kesempatan apatah lagi ia bakal menentukan perhubungan antara anda dengan ejen tersebut untuk masa yang akan datang.
Disini, kami menghidangkan 5 perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mendapatkan sewa bulanan yang lebih berpatutan.

1) Elak perbincangan menerusi Telefon/E-Mel
Otai Hartanah Bocorkan 5 Rahsia Paling Penting Dapatkan Sewa Rumah Murah

Perkara yang paling mustahak ialah mengelakkan diri daripada membuat perjanjian selain daripada di hadapan muka. Anda perlulah berusaha untuk berdepan ejen tersebut dan pastikan anda tidak membuat sebarang tuntutan terlalu awal.
Anda boleh memulakan perbincangan dengan menyatakakan minat anda terhadap kediaman tersebut, pada masa yang sama boleh memberitahu ejen bahawa anda juga sudah menjumpai alternatif yang lebih murah.

2) Fikir dan tuntut secara realistik
Otai Hartanah Bocorkan 5 Rahsia Paling Penting Dapatkan Sewa Rumah Murah
 
Disebabkan anda mahukan kekurangan dari segi sewa bulanan, anda perlulah lebih realistik. Diharapkan anda membuat kajian yang lebih menyeluruh mengenai kawasan di sana, begitu juga dengan kawasan yang paling terdekat.
Pastikan angka pertama yang disebutkan lebih rendah daripada apa yang telah ditetapkan. Kemudian, anda boleh berbincang lagi kerana apa yang penting ialah mendapatkan nilai yang lebih rendah daripada apa yang telah ditetapkan.

3) Perlulah beradab ketika berbincang
Otai Hartanah Bocorkan 5 Rahsia Paling Penting Dapatkan Sewa Rumah Murah
 
Komunikasi adalah kunci mendapatkan harga yang lebih rendah. Ceritakanlah kepada ejen mengenai rekod anda sebelum ini (jika anda pernah menyewa rumah).
Pastikan ejen dapat lihat bahawa anda seorang yang bertanggungjawab bukan sahaja dalam membayar sewa bulanan malah bertolak ansur ketika menjaga keadaan rumah yang bersih. Jika mampu, anda juga boleh membuat tawaran untuk mendahulukan bayaran yang lebih banyak daripada apa yang diminta ejen rumah untuk mendapatkan sewa bulanan yang lebih rendah.

4) Awas! Pastikan anda tahu segala kerosakkan sebelum membuat perjanjian
Otai Hartanah Bocorkan 5 Rahsia Paling Penting Dapatkan Sewa Rumah Murah
 
Jangan mudah terpedaya dengan perkara-perkara yang dinyatakan atas kertas. Pastikan anda membuat pemeriksaan disekitar rumah dan kawasan sebelum menandatangani sebarang kertas hitam putih.
Sekiranya ada kekurangan terdapat pada rumah tersebut, anda juga boleh membuat tawaran untuk membuat penambahbaikan sendiri dengan harapan sewa bulanan dapat dikurangkan.

5) Teruskan pencarian anda
Otai Hartanah Bocorkan 5 Rahsia Paling Penting Dapatkan Sewa Rumah Murah
 
Jika kesemuanya gagal, anda tidak perlu risau kerana pilihan anda tidak terhad kepada satu rumah sahaja. Dapatkan informasi daripada ejen, jiran-jiran kawasan tersebut atau teruskan pencarian anda di laman web jika anda benar-benar mahu menetap di kawasan tersebut.