Uncategorized

Pengguna Terkejut Ikan Bilis Berharga RM2.24,Menjadi RM348.Tak Sangka Ini Tindakan Beliau

Gambar Hiasan

 

Sebagai pengguna, anda perlulah sentiasa memeriksa resit bayaran yang diberi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalamannya yang hampir mengalami kerugian beratus ringgit hanya disebabkan kesilapan pencetakan harga bahan mentah yang ditimbang.

Mujur tabiatnya yang gemar memeriksa resit bayaran, menyelamatkan dirinya dari mengalami kerugian besar itu. Semoga menjadi pengajaran dan peringatan buat kita semua.

CERITA hari ini, nasib menyebelahi.

Habis saja exam, terus pergi ke market untuk shopping barang-barang dapur. Barang boleh dikatakan agak banyak dan kira-kira memang akan hbais dalam RM200+. Dan bila sampai di kaunter, juruwang kata total harga semua barang yang diambil adalah sebanyak RM586.75. Muka dengan penuh redha, hulur RM600 dengan berbaki RM13.25.

Naik kereta, terus belek resit. Kebiasaannya memang setiap kali nak beli barang, saya akan catat dalam kertas atau buku nota supaya barang yang dibeli tak tercicir. Pelik sebab dari mana datangnya barang yang boleh cecah sampai RM600 itu?

Bila semak senarai barangan yang dibeli dalam resit, baru perasan ikan bilis yang saya tandakan tak ada. Yang ada, ‘Silverside CTN’ yang saya sendiri pun tidak tahu apa maknanya itu. Buka semula bonet belakang kereta dan usaha sedaya upaya mencari batang hidung ikan bilis dan lihatlah apa yang saya dapat. (Rujuk gambar ketiga).

Pengguna Terkejut Ikan Bilis Berharga RM2.24,Menjadi RM348.Tak Sangka Ini Tindakan Beliau

Pengguna Terkejut Ikan Bilis Berharga RM2.24,Menjadi RM348.Tak Sangka Ini Tindakan Beliau
Pengguna Terkejut Ikan Bilis Berharga RM2.24,Menjadi RM348.Tak Sangka Ini Tindakan Beliau

Ikan bilis yang berharga RM2.24, tiba-tiba menjadi RM348. Turun dari kereta terus pergi semula ke kaunter dan beritahu bahawa mereka sudah tersilap kira dan alhamdulillah dapat semula duit saya.

Sekadar pesanan untuk kita semua. Rajin-rajinkanlah periksa semula resit bayaran yang kita dapat itu. Periksa jumlah keseluruhan harga barang yang dibeli itu betul atau tidak, sama atau tidak dengan harga barang yang kita beli. Semoga ini adalah kejadian yang terakhir buat diri saya.

Sumber: Nik Yam Chik Zainab
Kredit: Thereporter.my

CARA DAPAT BALIK DUIT JIKA DITIPU PENIAGA ONLINE
Zaman teknologi semakin canggih. Perniagaan atas talian semakin popular seiring dengan meningkatnya pengguna laman sosial seperti facebook dan instagram. Atas peluang ini, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menipu dalam perniagaan atas talian ini. Mereka menyangka dengan transaksi wang secara online tanpa bersua muka boleh menyelamatkan mereka dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Jika kena caranya, mereka pasti tumpas tetapi pembeli barangan secara online ini perlu menyimpan butiran peniaga online ini seperti nombor akaun bank dan nombor telefon.

Pengguna Terkejut Ikan Bilis Berharga RM2.24,Menjadi RM348.Tak Sangka Ini Tindakan BeliauELAK DITIPU PENIAGA ONLINE

Tetapi apa yang dikongsikan oleh Suzana OA di dalam Group Miri Community  tampak lebih efisien dan lebih cepat untuk langkah mendapatkan kembali duit anda secara pantas sekiranya ditipu oleh peniaga online.

Hanya buat mereka yang pernah d tipu peniaga on9 n cara nak tebus duit balit dr c penipu.. Hari ini saya nak share cara untuk mendapatkan duit apabila buyer di tipu melalui transaksi online.
Senang saje dan dengan menggunakan cara ini, anda pasti akan dapat balik wang anda…

1. TAK PERLU UPDATE FACEBOOK
Apabila dah kena tipu, 1st thing… Ini penting… Mesti ingat….1st yang kita kena buat, JANGAN UPDATE FACEBOOK… Tak guna update facebook.. Takkan dapat balik duit punya…

2. BUAT LAPORAN POLIS
2nd, kita buat report polis.. Dalam report tak payah nak cakap banyak… Tak payah nak kata benda Tak sampai la kena tipu la ke ape2… Kalau awak boleh report kena tipu barang Tak sampai, seller boleh report kata dah sampai… & cerita ini Tak akan habis punya… Buyer cakap Tak dapat, seller cakap dah send … Mmg bukan tanggungjawab polis atau bank nak selesaikan masalah ini… Diorang Xde kerja lain ke? Takkan nak settle kes mcm ni je… So biasanya diorang Tak follow up… So ape kita nak buat?? Dah lah kena kencing… Bazir masa dan bazir petrol pulak sekarang…

3. ISI LAPORAN UNTUK TINDAKAN BANK
3rd, masa report tuliskan sahaja, SAYA TELAH MEMASUKI WANG KE ACCOUNT YANG SALAH, REPORT INI BERTUJUAN UNTUK RUJUKAN PIHAK BANK. Report ini kena buat sebab Tak buat, bank pulak Tak layan….

4. PERGI KE BANK
Bila dah buat report mcm ni, teruskan ke BANK dan tunjuk report, biasanya, BANK AKAN MENGARAHKAN PIHAK BERKENAAN UNTUK MEMULANGKAN WANG KEPADA ANDA…

Ramai yang akan tanya, ehhhh… Boleh keh macam ni? Saya silap bank in bukan salah sesiapa…
Jawapannya PASTI BOLEH… Kalau orang salah bank in 20,000 kat account kamu, kamu ingat Tak payah pulangkan ke?? Ingat boleh withdraw guna duit tu pastu update FB “YAY!! Ada orang tersalah bank in kat aku 20 ribu.. Best giler aku aku shopping beli banyak2 #VAPORSHARK” Mesti Tak boleh maaaa… Kena return juga mah… Kalau tak return, tunggu la Surat mahkamah ke ape2.. Tapi saya pasti anda Akan balik balik wang anda…

Sumber: magicalips.com

Tambahan

Saya telah mendapatkan pengesahan dari rakan yang kerja di bank. Beliau mengesahkan cara ini boleh dipraktikkan selagi ada bukti transaksi dari mangsa kepada saspek dan salinan laporan polis. Perkara ini perlu dilakukan dalam masa 48 jam.

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top