Berita

Pengorbanan Wanita Ini Setia Jaga Kekasih Hidap Kanser Mata Tahap Akhir Buat Ramai Terharu

Kehidupan bercinta semestinya penuh cabaran dan memerlukan kefahaman serta pengorbanan antara kedua belah pihak. Tidak semua wanita dapat menerima hakikat dan sanggup untuk meneruskan perhubungan selepas mengetahui kekasihnya jatuh sakit, tetapi wanita ini memang wajar dipuji.

Baru-baru ini, orang ramai terharu dan kagum melihat seorang wanita yang masih setia bersama kekasihnya walaupun lelaki itu tidak lagi sihat seperti dulu.

Menurut Nextshark, seorang wanita, Atittaya Chumkeaw mendapat perhatian ramai setelah memuat naik gambar dia dan kekasihnya, Pooh Kaew di Facebook group True Buddhism. Gambar itu dimuat naik dengan kapsyen mengenai perhubungan mereka yang sudah mencecah tiga tahun.

Pooh Kaew, 21, telah berubah rupa kerana menghidap retinoblastoma, sejenis kanser rare yang mula membentuk dari retina mata. Keluarganya memberitahu bahawa mereka tiada mempunyai pilihan untuk merawat lelaki itu walaupun Kaew masih menyimpan harapan supaya ketumbuhan itu akan hilang.

Menurut Daily Mail, admin Facebook group tersebut memberitahu bahawa entri itu bukanlah untuk memberi harapan palsu kepada pesakit kanser.

Saya kagum dengan wanita ini yang tetap setia bersama pasangannya. Orang ramai mengatakan kasih sayang yang diberikan adalah perkara yang terbaik terjadi kepada lelaki itu. Ia mungkin akan menyebabkan keajaiban berlaku.”

Pasangan ini dilaporkan gembira kerana mendapat sokongan di internet dan menyatakan harapan untuk meningkatkan tahap kesihatan untuk Kaew dan penghidap kanser lain di seluruh dunia.

Menulis di Facebook tahun lepas, Chumkeaw menceritakan tentang cinta mereka.

Kami akan berganding tangan dan berjalan bersebelahan selamanya. Kami akan menyokong satu sama lain selama-lamanya.”

Dalam posting lain dia menulis: “Cinta yang saya pilih mungkin bukan mimpi. Tetapi ia adalah cinta yang bahagia.” -unilad

Sejak gambar itu dimuat naik, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat pasangan muda ini dan mendoakan yang terbaik untuk Pooh Kaew supaya kembali sembuh.

 

sumber: sayangawak.com

“Pakcik dah rasa hancurnya hati pakcik bila dibuang anak sendiri,”

 

Assalamualaikum..just nak share 1 story yang agak buat hati ni sedih sangat… Tadi pergi dobi dekat dengan tasik prima tu …lepas settle letak baju dalam washing machine saya perasan ada seorang pakcik yang duduk dekat kedai dobi tu… Saya pun tegur.. Assalamualaikum pakcik…pakcik basuh baju ke? Dia pun balas sapaan saya dengan senyuman yang sangat ikhlas. Saya pun tanya lagi, Pakcik tinggal kat mana… Tiba2 dia jawab pakcik takde tempat tinggal.. Pakcik tinggal di surau yang berdekatan… Tak silap saya dia cakap tinggal di surau yg dekat dengan kfc tasik prima tu.. Saya bertanya lagi..kenapa pakcik tinggal kat sana? Pakcik tu pun mula bercerita …sempat saya lihat matanya mula berkaca.  Bermula la kami borak2 kosong… Pakcik tu cerita dia dihalau oleh anaknya… Mata ni mula berkaca juga (kita memang cpt sedih kalau bab mak ayah ni) … Pakcik tu sambung lagi cerita

.dia ada 2 orang anak… Lelaki dan perempuan… 2 orang anaknya dah berkahwin…isteri dia meninggal pada tahun 2015.. Katanya dia dihalau oleh anaknya yang kini tinggal di court 2…saya tak berapa pasti apa sebab nya… Pada pendapat saya walau apa salah seorang ayah dia sekalipun, sampai nya hati awak buang ayah awak… Saya tekun dengar pakcik tu bercerita… Sambil air mata dah tak mampu nak tahan lagi… Saya menagis juga … Pakcik tu pesan pada saya… Selagi nyawa ayah dan ibu awak ada.. Awak jagalah ibu ayah awak nak… Rezeki awak tidak akan putus kalau awak jaga ayah awak ..

Pakcik dah rasa hancurnya hati pakcik bila dibuang anak sendiri…anak yang pakcik besarkan dengan penuh kasih sayang… Semua keinginan anak pakcik, pakcik turutkan ..akhirnya ini balasan yang pakcik dapat nak..kata pakcik tu… Lagi la air mata saya ni laju… Sedih sangat2… Lepas borak2 panjang dengan pakcik tu tak sedar baju dalam mesin dah berhenti ..saya pun hulurkan sedikit sumbangan yang termampu saya beri… Pakcik tu cuba menolak..dia cakap awak nak kahwin..nak pakai duit.. Tak payah la nak… Tapi saya cuba memaksa juga utk ambil … Alhamdulilah pakcik tu ambil sambil mendoakan saya… Semoga murah rezeki ya nak ..pakcik mampu doakan utk awak saja…. Semoga rumahtangga awak bahagia hingga ke jannah… Tiba2 rasa nak nagis lagi …hati ni mmg lembut sangat… Cepat sangat sedih… Sebelum berlalu pergi tinggalkan pakcik tu… Hati ni sayu sangat… Kalau anak dia ada dalam fb ni.. Saya merayu ambil la ayah awak balik .. Ayah awak tu syurga awak..

Sedih saya tgok ayah tadi… Walaupun dia pernah salah atau apa saja dia lakukan pada awak.. Maafkan lah ayah awak..sedangkan awak kecil2 dulu dia penat lelah membesarkan awak … Pada sesiapa nak hulurkan bantuan pada pakcik ni.. Boleh terus jumpa pakcik ni di surau berdekatan kfc tasik prima…

Ini Dinatara Komen Netizen Yg Memuji Tindakan Gadis INi…

Pengorbanan Wanita Ini Setia Jaga Kekasih Hidap Kanser Mata Tahap Akhir Buat Ramai Terharu

Pengorbanan Wanita Ini Setia Jaga Kekasih Hidap Kanser Mata Tahap Akhir Buat Ramai Terharu

Pengorbanan Wanita Ini Setia Jaga Kekasih Hidap Kanser Mata Tahap Akhir Buat Ramai Terharu

sumber:hantumedia.com

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top