Uncategorized

‘PETANI Tua’ Memasuki Restoran Mewah Dilayani Pelayan Terbaik. Namun Pelayan Ini Dipecat Majikannya Setelah Dibacakan Ayat Pelik Oleh Petani Ini.

‘PETANI Tua’ Memasuki Restoran Mewah Dilayani Pelayan Terbaik. Namun Pelayan Dipecat Majikannya Setelah D

Gambar Hiasan

 

Ada orang yang suka menilai diri orang lain dengan melihat luarannya. Terdapat pepatah lama yang mengatakan, jangan menilai sebuah buku dari kulitnya.

Penampilan luaran seseorang itu tidak semestinya mencerminkan keperibadian dalamannya. Seseorang itu mungkin lebih hebat dari yang kita sangka dengan hanya melihat penampilannya yang sederhana.

 

Kisah ini berlaku di sebuah restoran mewah yang terkenal. Seorang pelayan wanita yang cantik dan terbaik telah bekerja di sini. Semua kakitangan yang lain di restoran mewah tersebut memandang tinggi kepadanya. Pelayan ini meraih pendapatan lumayan yang mencecah ribuan ringgit dengan bekerja di restoran mewah itu.

Restoran mewah yang menjadi tempatnya mencari rezeki itu sememangnya sebuah restoran yang menghidangkan hidangan mewah untuk golongan kaya dan berkelas atasan.

 

‘PETANI Tua’ Memasuki Restoran Mewah Dilayani Pelayan Terbaik. Namun Pelayan Dipecat Majikannya Setelah D

 

Ada kala ketika waktu yang sibuk dan dikunjungi golongan ternama, pelayan terbaik dan cantik ini mendapat wang tip sehingga ratusan ringgit hanya pada satu malam.

Pelayan ini sangat gembira dan berbangga bekerja di restoran mewah ini. Pada fikirannya, dia memiliki segala-galanya. Pelayan ini sangat cekap bekerja dan memiliki kecantikan serta personaliti yang sangat menarik sehingga membuat semua pelanggan ternama di situ menjadi tertawan dengan layanan yang diberikan kepada mereka.

Pada satu hari, ketika pelayan terbaik ini sedang bertugas, seorang petani tua telah berkunjung ke restoran mewah ini. Ketika masuk, pelayan ini melihat keadaan petani tua itu yang berpakaian sederhana dan lusuh. Dengan pandangan memperlekeh, pelayan terbaik ini berkelakuan seperti enggan melayani orang tua tersebut.

Melihat kepada penampilannya yang selekeh, pelayan terbaik ini berfikir mungkin orang tua ini baru sahaja datang ke bandar dari kampung. Berapa sahaja wang yang dia miliki untuk menempah hidangan di dalam restoran mewah tersebut. Jangan-jangan datang ke restoran mewah tersebut untuk memohon simpati dan makanan percuma.

 

 

Pelayan wanita terbaik ini telah diminta oleh pengurusnya untuk melayani orang tua ini. Dengan perasaan yang teragak-agak, pelayan ini menghampiri orang tua tersebut dan bertanya pesanan hidangannya.

Petani tua ini berkata, “Berikan saya segelas air suam dahulu kerana saya berasa haus.”

Dan pelayan terbaik ini menjawab, “Oh! Di sini tidak ada air suam, air minuman lain dalam menu ini ada. Jika encik tidak mahu memesan apa-apa minuman dan makanan dalam menu ini, encik boleh pergi!”

Orang tua ini seakan tidak menghiraukan dan terus berkata, “Tolonglah! Saya sangat haus. Saya ingin minum air suam dahulu. Selepas ini baru saya akan memesan makanan.”

Pelayan ini menjawab lagi dengan nada marah dan tegas, “Jika encik tidak mampu untuk membayar makanan dan minuman di restoran ini, sila jangan buang masa kami. Encik boleh pergi dan keluar dari sini!”

Orang tua ini terdiam seketika. Kemudian dia berdiri untuk beredar dari restoran mewah ini, dan sebelum beredar dari situ, orang tua tersebut telah memandang wajah pelayan terbaik ini dengan teliti.

 

‘PETANI Tua’ Memasuki Restoran Mewah Dilayani Pelayan Terbaik. Namun Pelayan Dipecat Majikannya Setelah D

 

Kemudian orang tua ini berkata kepadanya, “Ikut hakim memiat daging, sakit di awak, sakitlah orang. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.”

Kata-kata orang tua ini sangat memberi makna, tetapi pelayan terbaik yang mengaku dirinya terbaik dan pandai melayan semua orang ini menjadi keliru dan tidak memahami apa maksud yang telah diperkatakan oleh orang tua ini.

Pada keesokan hari, pada waktu pagi sebelum restoran mewah itu dibuka, pengurus restoran telah membuat satu mesyuarat tergempar dan mengumpulkan kesemua kakitangan restoran tersebut. Pengurus ini berkata,”Hari ini, pemilik restoran dan ketua pengarah syarikat ini akan datang untuk menemui kamu semua. Jadi, bersiap sedia semua!”

Mendengar arahan daripada pengurusnya, pelayan terbaik ini menjadi teruja dan tidak sabar untuk bertemu ketua pengarah dan mahu mengampu. Pelayan ini bersiap dan berdandan dengan cantik di hadapan cermin, untuk memperlihatkan penampilannya yang cantik lagi menarik itu.

Dalam fikirannya, “Ketua pengarah akan datang. Pasti dia akan terpegun dengan penampilan saya, harap dia akan menyedarinya lalu menghargai penampilan menarik saya dan akan menaikkan gaji saya.”

 

‘PETANI Tua’ Memasuki Restoran Mewah Dilayani Pelayan Terbaik. Namun Pelayan Dipecat Majikannya Setelah D

 

Tidak lama kemudian, sebuah kereta mewah yang cantik telah berhenti di hadapan restoran mewah tersebut. Pemilik restoran dan ketua pengarah telah datang seperti yang dijadualkan. Pintu kereta dibuka pemandunya dari tempat duduk belakang dan muncul seorang pengarah tua dengan berbaju hitam yang sederhana.

Kesemua kakitangan restoran telah menunggunya. Mereka tersenyum dan menyapa, “Selamat datang tuan pengarah!”

 

Ketua pengarah ini mengangguk dan memandang kesemua kakitangan itu dengan senyuman. Setelah meminta kesemua kakitangan restoran ini duduk, pengurus restoran telah berkata, “Tuan pengarah ingin berkata sesuatu kepada kamu semua.”

Semua kakitangan berasa gembira sambil duduk dengan tenang untuk mendengar kata-kata ucapan tuan pengarah, kecuali pelayan terbaik ini yang berwajah bimbang, terdiam dan menunduk malu. Pelayan terbaik ini benar-benar telah mati kutu dan tidak dapat melakukan apa-apa lagi.

 

Mengapa pula pelayan terbaik ini berkelakuan begini? Rupa-rupanya ketua pengarah ini adalah petani tua yang telah dihalaunya dari restoran mewah itu semalam.

Setelah ketua pengarah ini telah selesai berjumpa dengan semua kakitangannya, pelayan terbaik ini telah dipecat dengan serta merta. Pelayan terbaik ini telah merayu dan berkata dia amat menyesali akan perbuatannya tetapi segalanya telah terlambat.

Semua kakitangan yang lain telah mengetahui sifat sebenar pelayan terbaik ini dan tidak dapat membantunya mendapatkan kembali pekerjaan tersebut. Semua kakitangan tidak berani untuk membantah keputusan yang telah dibuat oleh ketua pengarah selaku pemilik restoran mewah ini.

 

‘PETANI Tua’ Memasuki Restoran Mewah Dilayani Pelayan Terbaik. Namun Pelayan Dipecat Majikannya Setelah D

 

Maksud mendalam yang telah diberikan oleh ketua pengarah kepada pelayan terbaik pada waktu dia dihalau itu ialah sesuatu perintah dan tugas yang diamanahkan itu hendaklah dilakukan dengan adil.

Kita hendaklah menanam di dalam diri supaya sentiasa beringat dengan segala rintangan yang akan datang ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Pekerjaan harus dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana mahu mendapatkan balasan dan pujian.

 

Mungkin pelayan ini telah menyesali perbuatannya, tetapi nasi telah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Segalanya telah terlambat. Tidak seharusnya dia menggunakan penampilan diri untuk menilai keperibadian seseorang itu.

Tidak semua orang akan mempunyai keperibadian yang sama seperti penampilan dirinya. Apa guna berwajah cantik, menarik dan percakapan yang memikat sekiranya mempunyai hati dan pemikiran yang sempit seperti pelayan wanita ini.

 

Jadi, sebagai pengajaran jangan sesekali kita menilai orang lain dengan melihat penampilannya. Siapa yang tahu, kita akan tersilap langkah dan menyesali perbuatan kita melayani orang lain seperti itu seumur hidup dengan mempertaruhkan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan seperti pekerjaan yang baik, menjadi pelayan bergaji lumayan di restoran mewah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

 

Sumber:Era Baru
Via: mymediaprima.today

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top