Berita

Pinjam Kereta Ibu Mertua Pergi Meragut,Akhirnya Ditangkap

Viral di media sosial petang semalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang wanita warga emas diragut sehingga terjatuh dalam longkang, mengundang kemarahan netizen yang mengutuk tindakan dua lelaki terbabit.

Bagaimanapun, dua peragut berkenaan tidak sempat meraikan hasil ragut apabila mereka ditahan polis kira-kira sejam selepas kejadian di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, tengah hari semalam.

Lapor Berita Harian, dua suspek berusia 27 dan 33 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Kubur Muda, jam 1 tengah hari semalam.

Berdasarkan rakaman video CCTV, mangsa, Wong Chui Ling, 72, sebelum itu berjalan kaki bersendirian menuju ke arah keretanya selepas selesai makan di kedai berhampiran sambil diperhatikan oleh dua peragut terbabit.


Sebaik saja menghampiri dan cuba membuka pintu kereta, mangsa didatangi suspek dari belakang dan terus merentap beg tangan mangsa sehingga menyebabkan warga emas itu terjatuh. Dua peragut itu kemudian segera melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Persona.

Kejadian itu sempat disaksikan oleh seorang penunggang motosikal, namun tidak mampu berbuat apa-apa. Beberapa buah kenderaan yang melalui kawasan itu juga dilihat tidak berhenti untuk membantu mangsa.

Mangsa cedera di bahagian kepala dan dibantu oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Penahanan dua suspek berkenaan turut berjaya menemui semula beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen pengenalan diri dan wang tunai RM200.

Pinjam Kereta Ibu Mertua Pergi Meragut,Akhirnya Ditangkap
Pinjam Kereta Ibu Mertua Pergi Meragut,Akhirnya Ditangkap
Pinjam Kereta Ibu Mertua Pergi Meragut,Akhirnya Ditangkap
Pinjam Kereta Ibu Mertua Pergi Meragut,Akhirnya Ditangkap

Hasil ujian urin, kedua-dua suspek dikesan positif dadah jenis methampetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sumber: thereporter.my
Ditahan selepas sejam meragut
KOTA BHARU: Dua peragut kempunan meraikan hasil jenayah mereka, apabila ditahan polis kira-kira sejam selepas meragut beg tangan seorang warga emas di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, di sini, tengah hari tadi.

Dua suspek berusia 27 dan 33 tahun itu ditahan di sebuah rumah dekat Jalan Kubur Kuda, di sini, jam 1 tengah hari tadi selepas sejam meragut mangsa.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian jam 12 tengah hari dengan durasi selama 120 saat itu turut menjadi viral di laman sosial petang tadi.

Berdasarkan rakaman itu, mangsa Wong Chui Ling, 72, dilihat berjalan kaki bersendirian menuju kereta Proton Saga miliknya selepas selesai makan di kedai berhampiran, sebelum didatangi seorang lelaki dari belakangnya yang terus merentap beg tangannya.

Akibat rentapan peragut terbabit, mangsa terjatuh di tempat kejadian dan mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Persona dipandu rakannya.

Seorang peniaga kedai elektrik yang enggan dikenali berusia 30an, berkata ketika kejadian dia berada di kedainya sebelum dimaklumkan pekerja yang ternampak seorang wanita cedera selepas diragut.

“Mangsa kemudian dibantu orang awam yang menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Manakala lelaki yang meragut mangsa berjaya melarikan dengan menaiki sebuah kereta,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Ibrahim Sharif ketika dihubungi berkata, hasil maklumat dua suspek itu ditahan selepas sejam melakukan jenayah itu.

“Pemeriksaan lanjut turut menemui semula beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen pengenalan diri dan wang tunai RM200.

“Kedua-dua suspek yang dikesan positif dadah methampetamine kini disiasat mengikut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

2 beradik ragut warga emas direman
KOTA BHARU: Dua beradik direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes meragut warga emas berusia 72 tahun di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah di sini, semalam.

Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Rosli Ahmad, terhadap suspek berusia 27 dan 33 tahun itu sehingga 4 Mac ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-duanya yang berpakaian lokap ungu dan oren dibawa ke mahkamah jam 9 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Ibrahim Sharif, ketika dihubungi mengesahkan dua beradik itu direman untuk siasatan lanjut.

Dua beradik itu ditahan polis jam 1 tengah hari semalam selepas sejam meragut beg tangan seorang warga emas.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu mangsa, Wong Chui Ling cedera di kepala selepas terjatuh atas jalan raya.

Dua lelaki itu kemudian melarikan diri dengan kereta Proton Persona milik ibu mentua seorang daripada mereka.

Mereka ditahan di rumah mentua seorang lelaki itu di Jalan Bayam selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tersebar di media sosial.

Turut ditemui bersama mereka adalah beg tangan mangsa yang diragut dengan sebahagian wang sudah digunakan.

Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methampetamine.

Sumber: bharian.com.my

Facebook Comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI

Menyediakan perkongsian blog,berita serta kisah-kisah menarik untuk anda

Hak Cipta Terpelihara © 2018 SuaraMedia.org

To Top